? ??????????????Spongebob? ????? ?? ???Rating: 4.3 (41 Ratings)??35 Grabs Today. 9593 Total Grabs. ??????P
review?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????Do You Feel Lucky?? ????? ?? ???Rating: 4.8 (23 Ratings)??33 Grabs Today. 6636 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Lil BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, October 10, 2007

Zulaikha bukan pemalas

Wasiat hassan al banna yang kesepuluh ialah tanggungjawab dan amanah yang perlu diselesaikan lebih banyak dari masa yang ada. Jadi kita tidak boleh buang masa dengan sia-sia tanpa melakukan aktiviti yang berfaedah. Merujuk kepada tajuk diatas. Pemalas didefinisikan sebagai melakukan sesuatu kerja tanpa semangat yang membara kadang-kadang melakukan kerja dengan tidak bersungguh-sungguh.
Ada beberapa faktor yang menjadikan saya sebagai seorang yang pemalas. Faktor pertama dan faktor yang sangat penting ialah lemahnya iman. Tidak merasakan kebersamaan Allah, jadi melakukan amal ibadah atau aktiviti seharian bukan kerana Allah, melainkan kerana perkara duniawi atau melakukan kerana terpaksa. Jadi, merasakan ada masa untuk bermalas-malasan walaupun sebenarnya banyak lagi kerja yang menanti. Selain itu, antara faktor lain ialah banyaknya makan sehingga terlalu kenyang. Rasulullah tidak pernah makan dengan kenyang selama 3 hari berturut-turut sepanjang hidupnya. Namun kita pada hari ini tidak pernah merasai lapar selama 3 hari berturut-turut. Sehinggakan kadang-kala banyak makanan yang dibuang disebabkan tidak dapat menghabiskannya akibat terlalu kekenyangan. Banyaknya makan ini sangat berkait rapat dengan faktor yang seterusnya. Faktor ketiga ialah banyaknya tidur. Akibat kekenyangan, kita akan menjadi cepat mengantuk apabila melakukan sesuatu kerja. Apabila mengantuk, jika kita tidak kuat semangat untuk melawan hawa nafsu kita akan merebahkan diri di pembaringan dengan alasan sebentar sahaja. Tapi kebiasaanyya, masa tidur adalah lama hingga kadangkala menyebabkan tidur yang berlebihan. Tidur berlebihan ini menyebabkan badan menjadi tidak bermaya, dan tidak bersemangat untuk melakukan kerja kerana berasa letih disebabkan terlebih tidur. Keletihan inilah yang menyebabkan manusia menjadi malas. Faktor keempat ialah membuat sesuatu kerja dengan tidak menekankan kualiti kerja tersebut. Jadi kita akan membuat kerja dengan sambil lewa dan malas. Antara sebab mengapa kualiti kerja tersebut tidak ditekankan mungkin kerana merasakan kerja tersebut tidak penting.
Terdapat beberapa solusi yang dicadangkan untuk mengatasi masalah pemalas ini. Jika kita melihat kepada faktor pertama, lemahnya iman. Jadi kita perlu sama-sama meningkatkan kualiti iman kita. Bukan sekadar memenuhkan mutabaah tetapi kualiti tiada, hanya kuantiti semata-mata. Tapi kita mestilah menekankan aspek kualiti untuk mutabaah tersebut menjadi amal ibadah bukan sekadar melepaskan batuk di tangga. Pendapat saya, seandainya masalah iman settle, masalah-masalah yang lain akan settle. Kita akan sedar sebenarnya terlalu banyak kerja yang kita perlu selesaikan dan tiada masa untuk bermalas-malasan. Seandainya masalah iman selesai, kita akan betul-betul mengikut sunah Rasulullah saw dalam kehidupan seharian. Kita akan cuba untuk makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang, makan seadanya, tidak tamak dalam makanan, dan tidak suka membuang masa dengan tidur yang berpanjangan.
Pemalas dapat dikategorikan kepada beberapa aktiviti. Yang pertama sekali malas untuk berdakwah. Iman itu adakalanya naik dan adakalanya turun. Tapi walau apa pun, kita tetap perlu meneruskan dakwah walau sesusah manapun, walau sesibuk manapun kita. Kadang-kala saya juga begitu, malas untuk pergi berziarah, malas untuk bersilaturrahim jika duduk dalam bas atau duduk di perhentian bas mungkin disebabkan beberapa faktor sampingan lain seperti lapar dan penat. Tapi walau apa pun kita kena sedar bahawa kita adalah seorang da’i dimana sahaja pun kita berada walau apa pun kondisi kita. Ana akan naik dan bersemangat semula kalau memikirkan kita diletkkan di tempat ini bukan sia-sia. Mesti ada sesuatu yang Allah nak tunjuk kat kita. Mungkin masa ana malas-malas tapi tetap teruskan bersilaturrahim dan ziarah, masa inilah yang paling berkualiti. Dan ana perlu bersungguh-sungguh kerana ana bukan pemalas.
Yang kedua malas dalam akademik. Biasanya ana akan malas dalam akademik. Kalau banyak kerja, bertimbun-timbun dan melambak-lambak lagilah, rasa malas sangat nak pilih yang mana satu yang perlu diselesaikan. Kadang-kadang bila kita merasakan kerja dakwah tu banyak, malas nak pergi kelas, malas nak buat assignment. Tapi akademik adalah tanggungjawab ana. akademik adalah amanah dakwah. Apatah lagi kalau disuruh mencari maklumat melalui jurnal, library, atau buku-buku rujukan tang lain. Biasanya yang inilah yang paling malas. Tapi ane kena buang sikap malas ana untuk menjana pemikiran, untuk menjana ilmu pengetahuan ana. study adalah amanah dakwah dan ana bukan pemalas. Jadi ana perlu teruskan berusaha.
Sekian sahaja dari ana. ana akan cuba mengubah sikap ana. manage masa dengan baik untukmembuktikan ana bukan seorang pemalas.

0 comments: