? ??????????????Spongebob? ????? ?? ???Rating: 4.3 (41 Ratings)??35 Grabs Today. 9593 Total Grabs. ??????P
review?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????Do You Feel Lucky?? ????? ?? ???Rating: 4.8 (23 Ratings)??33 Grabs Today. 6636 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Lil BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, October 10, 2007

Izzan opinion about 'Bagaimana Melatih Akhwat Bersikap Dengan Family Supaya Kualiti Dakwah Di Kampus Sama Dengan Kualiti Dakwah Di Rumah'

In the name of Ar- Rahman
Berkali-kali ana cuba untuk menjawab persoalan yang ana dapat ini, berkali-kali juga pena dijari ini terhenti dan kertas silih berganti. Namun, apa-apapun yang terjadi, ana mesti siapkan hari ini, bertemankan bonda yang sanggup menemani ana ke cybercafé demi untuk memberikan semangat buat anaknya untuk menyiapkan segala tugas yang telah diamanahkan.Terima kasih ana yang tidak terhingga buat bonda dan ayahanda yang tercinta kerana selama ini tidak putus-putus memberikan galakan dan kata-kata semangat buat ana, Isyaallah, ana tidak akan mensia-siakan apa yang telah ALLAH pinjamkan buat ana.
Mudah tatkala membaca, namun gementar didada kian hebat, menanyakan diri sendiri tentang dakwah terhadap family.Walauapapun yang terjadi, ana tidak boleh menuggu segalanya berada di kemuncak untuk ana mulakan langkah,mungkin satu masa dahulu, ana pernah tersilap, namun sebagai seorang islam yang mengatakan dirinya beriman tidak akan melakukan kesalahan yang sama buat kali kedua.
Bagaimana melatih akhwat UPSI bersikap dengan family supaya kualiti dakwah dikampus sama dengan kualiti dakwah dirumah. Sama-sama kita renung sejenak tajuk ini, apa yang mampu kita bangkitkan dan kita keluarkan untuk kita huraikan dengan lebih mendalam?
Ana dapat melihat yang ditegaskan dalam untaian tajuk diatas adalah, sikap akhwat terhadap family, kualiti dakwah dan situasi dirumah dan juga situasi di kampus.Kita cuba kupas isi penting bermula kata kunci yang terakhir, kampus. Kampus di ibaratkan sebuah tempat persinggahan dimana tempat untuk kita menimba ilmu sebanyak mungkin, ilmu duniawi dan akhirat. Masyarakat, itulah tempat yang kita tuju setelah melalui beberapa tempat persinggahan. Siapa yang kita kategorikan dalam masyarakat? Masyarakat itu secara tidak langsung terdiri daripada diri kita sendiri, family, jiran dan siapa –siapa sahaja tidak kira agama, umur, pangkat, keturunan, atau apa-apa. Kita banyak belajar secara teori, namun teori yang selama ini kita pelajari itu tidak membawa apa-apa makna tanpa kita aplikasikan dalam kehidupan kita. Banyak manapun teori yang kita dapat dan timba, namun pengalama yang melengkapkan sebuah kehidupan yang sedang kita jalani ini. Setiap dari kita, pasti mengalami pengalaman yang berbeza,membesar dalam rahim yang berbeza dan segala-galanya berbeza. Yang menyamakan kita Cuma tujuan kita, iaitu Allah yang Esa.
Jadi, ukhti, tidak mustahil untuk kita berbeza medan untuk kita dakwahi, mungkin ada family yang senang untuk kita dakwahi dan mungkin ada juga family yang kita yakin mampu untuk kita dakwahi, Cuma memerlukan sedikit masa dan ketika untuk meyakinkan mereka.
Ukhti, pada pendapat ana, diantara cara yang boleh ana cadangkan untuk melatih akhwat bersikap dengan family adalah, kita perlu mendedahkan akhwat dengan pelbagai situasi atau permasalahan family yang berbeza-beza ini.Ana tidak dapat membayangkan denagn jelas bagaimana situasi ini, namun bagi ana ianyta penting untuk kita melatih diri dan mental denagn pelbagai masalah yang mungkin sekarang ini kita tidak mengalaminya, namun ukhti, tidak mustahil kita akan laluinya satu masa nanti.
Kita juga boleh mendedahkan cara berkomunikasi dan berakhlak yang betul dengan family. Tanpa kita sedari, mungkin selama ini kita sedang melakukan kesilapan yang mungkin kita pandang enteng, namun ianya sangat dipandang serius oleh family kita. Memang kita memerlukan akhlah yang terbaik untuk medakwahi family kita, namun jangan kita lupa, yang akidah juga sangat penting untuk memandu kita seiring denagan apa yang kita sering tuturkan.
Bagi ana, untuk berada dirumah dalam masa yang lama, sedikit sebanayak dapat menggoyahkan keimanan kita. Jadinya, daurah dan program ketika cuti adalah penting, dimana saat inilah akhwat aka berkumpul dan membentangkan permasalahan yang berbangkit. Kita evaluate dan kita cari jalan penyelesaian untuk kita aplikasikan sekembalinya kita kerumah nanti. Paling tidak, kita perlu menziarahi akhwat, mungkin hal ini dapat memberikan satu pengalamn yang baru buat kita.
Entahla ukhti, puas sudah ana memikirkannya, dan akhirnya ana menanyakan persoalan ini kepada beberapa akhwat yang lain. Antara masukkan yang ana terima, kita boleh merencanakan rancangan-rancangan yang akan laksanakan dirumah, seperti yang telah kita lakukan sebelum cuti semester ari tu.
Wassalam…

0 comments: