? ??????????????Spongebob? ????? ?? ???Rating: 4.3 (41 Ratings)??35 Grabs Today. 9593 Total Grabs. ??????P
review?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????Do You Feel Lucky?? ????? ?? ???Rating: 4.8 (23 Ratings)??33 Grabs Today. 6636 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Lil BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, October 10, 2007

Salsabila opinion about 'Bagaimana melatih akhwat bersikap dengan famili supaya kualiti dakwah di kampus sama dengan kualiti dakwah di rumah'

Jalan dakwah sebagaimana dikatakan Imam Syahid Hasan Al-Banna adalah jalan yang satu. Jalan yang telah ditempuhi Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya. Rasulullah s.a.w menyeru sahabatnya kepada iman dan amal. Hari demi hari, berbagai peristiwa dan situasi datang silih berganti. Semuanya menerpa kehidupan dakwah kita termasuklah kualitinya di mana saja kita berada.
Apabila bercakap sahaja tentang kualiti dakwah kemungkinan ramai lagi akhwat yang masih dalam dilema. Mengapakan kualitinya acapkali berbeza dengan keberadaan di kampus dan di kampung bersama keluarga. Tetapi ingin diingatkan sekali lagi bahawa bukan semua akhwat mengalami peristiwa yang sama semasa bersama keluarga. Ada yang masih utuh menjaga kualiti ibadah dan dakwahnya di kampung halaman.
Cara yang terbaik adalah kita perlu menjaga kualiti mutabaah walau di mana jua kita berada. Kita perlu membiasakan diri kita untuk lebih bersikap berdikari dan tidak terlalu bergantung kepada akhwat yang lain kerana pada masa akan datang ada kemungkinan kita perlu tinggal jauh dari akhwat- akhwat yang lain termasuk juga keluarga dan menggerakkan dakwah di sana.
Jika selama ini tahjud kita terlaksana dengan pertolongan akhwat yang tidak putus- putus untuk mengejutkan kita dari keenakkan di buai mimpi maka mulai hari ini kita cuba untuk bangun dari tidur dengan sendirinya. Sudah pasti melakukan sesuatu yang jarang dilakukan memerlukan banyak kesabaran tetapi hasilnya adalah lebih memuaskan. Bak kata Imam Syahid Hasan Al-Banna dalam Risalah Al-Khamis ‘Risalah ke Lima’ menyatakan,
“Sesungguhnya langkah- langkah dan batas-batas jalan kalian sangat jelas rumusannya. Saya tidak akan menyalahi batas- batas ini kerana saya yakin seyakin- yakinnya bahawa kadang- kadang jalan yang harus ditempuhi panjang. Tetapi tidak ada jalan lain selain jalan ini. Jalan ini memerlukan orang yang sabar, teguh, sungguh- sungguh dan kerja serius.
Jika di antara kalian ada yang ingin terburu- buru memetik buah sebelum masak atau memetik bunga sebelum mekar, maka ketika itu saya tidak bersamanya. Sebaiknya ia menempuh jalan lain, bukan jalan ini. Barangsiapa yang sabar bersamaku sampai benih tumbuh, batangnya kuat dan berbuah ranum serta layak untuk dipetik, maka pahalanya ada pada Allah. Kita akan mendapat salah satu dari dua kebaikan, menang dan memimpin atau mati syahid dan berbahagia.”
Itulah kata- kata Imam Syahid Hasan Al-Banna bahawa seorang aktivis dakwah itu tidak mengenal putus asa ketika berdakwah walaupun waktu yang ditempuhi untuk mencapai sasaran dan cita-cita tersebut terasa sangat panjang. Maka kita sebagai seorang yang beragama islam dan telah ditarbiyah perlulah bersungguh- sungguh menjaga kualiti dakwah bersama famili. Janganlah kita menjadikan famili dan kampung halaman sebaik titik kelemahan terhadap dakwah yang kita perjuangkan selama ini dan membiarkan diri dinodai syaitan laknatullah.
Akhwat perlu berdikari tidak bermaksud akhwat itu tidak boleh meminta pertolongan akhwat lain sama sekali tetapi meminimakan kebergantungan terhadap akhwat lain. Semasa bersama famili di kampung jangan sesekali lupa untuk bertanya khabar akhwat- akhwat lain. Ini dapat membantu kita untuk menaikkan semangat perjuangan menjaga kualiti dakwah di rumah apabila mendapat kata- kata perangsang dari sekalian akhwat. Apabila kita mengharapkan akhwat lain bertanya tentang keadaan iman kita di rumah maka kita juga harus memainkan peranan kita sebagai seorang akhwat dengan bertanya tentang keadaan akhwat lain dan sentiasa memberi kata- kata positif untuk membkar semangat perjuangan akhwat.
Mencoretkan apa yang perlu dibuat untuk menjaga kualiti dakwah bersama famili dan di kampus adalah mudah tetapi hakikatnya adalah perit. Tetapi kita perlu sentiasa ingat bahawa perkataan perit tidak akan wujud sekiranya kita bersungguh- sungguh menjaga kualiti dakwah kita di mana jua kita berada kerana Allah itu Maha Melihat dan Maha Mendengar. Setiap perkara yang kita lakukan walau pun tidak dilihat atau didengari akhwat lain tetapi akan didengari dan dilihat oleh Allah s.w.t. Maka bersungguh- sungguhlah kita dalam melakukan sesuatu perkara. Insyallah jika niat akan sesuatu yang baik maka pasti akan dimakbulkan oleh Allah dan setiap urusan kita akan dipermudahkan.
Maka janganlah kita sesekali lupa untuk sentiasa berdoa dan meminta pertolongan Allah untuk setiap urusan kita terutama sekali yang berkaitan dengan dakwah. Hanya Allah s.w.t sahaja yang dapat membantu hambaNya. Sudahilah solat kita dengan sujud panjang dengan memdoakan ketetapan iman dan sentiasalah bersyukur atas nikmat iman dan islam yang diberikan oleh Allah s.w.t. Ingatlah sesungguhnya senjata umat Islam itu adalah doa.

0 comments: