? ??????????????Spongebob? ????? ?? ???Rating: 4.3 (41 Ratings)??35 Grabs Today. 9593 Total Grabs. ??????P
review?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????Do You Feel Lucky?? ????? ?? ???Rating: 4.8 (23 Ratings)??33 Grabs Today. 6636 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Lil BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, October 30, 2007

Booster study dr Zulaikha

Ana mulakan dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi MAha Penyayang. Semoga ana menulis ni semata-mata kerana Allah bukan kerana pihak yang lain. Sepertimana yang kita tahu, kebanyakan akhwat terutama akhwat UPSI semakin menurun pencapaiannya dalam akademik. Pencapaian akademik keseluruhan juga tidak memberangsangkan kerana tiada akhwat yang betul-betul cemerlang, mendapat dekan untuk menyambung pelajaran ke peringkat tertinggi samaada meneruskan pelajaran di UPSI atau di luar. Pendapat ana adalah penting kejayaan seseorang akhwat dalam akademik dalam masa yang sama di berjaya menyumbang sepenuhnya kepada dakwah dan tarbiyah ini. Sebagai contoh, jika ada akhwat UPSI yang Berjaya mendapat PNGK dekan atau melebihi 3.75, kemungkinan besar akhwat tersebut akan ditawarkan untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi dengan biasiswa dan akan menjadi lecturer di UPSI. Peluang ini boleh digunakan untuk memantapkan lagi dakwah di UPSI.

Namun, sepertimana fenomena yang kita dapat lihat pada hari ini, adalah agak mustahil untuk mencapai misi tersebut. Dapat dilihat akhwat kurang bersemangat untuk study, samaada dalam kelas atau semasa minggu peperiksaan. Jadi ana akan mengulas dengnan lebih lanjut tentang cadangan bagaimana untuk meningkatkan semangat akhwat untuk terus belajar dengan baik seterusnya mencapai kecemerlangan. Anatara perkara yang boleh dilakukan untuk meningkat kan booster akhwat ialah teak AKAD boleh menganjurkan seminar akademik menjelang peperiksaan. Dalam seminar tersebut hendaklah ditekankan betapa perlunya seorang akhwat itu Berjaya dalam pelajaran, malah bukan sahaja Berjaya malah mencapai kejayaan yang memberangsangkan. Team TTK boleh menjemput akhwat atau ikhwah yang Berjaya mencapai kejayaan yang cemerlang dalam akademik dalam masa yang sama cemerlang dalam dakwah untuk mengisi. Ini akan memberikan semangat kepada akhwat untuk Berjaya sebagaimana akhwat atau ikhwah tersebut. Kadang-kala mungkin akhwat atau ikhwah yang Berjaya malu untuk memperkatakan tentang kejayaan mereka, pihak TTk juga boleh menjemput akhwat lain yang mengetahui perkembangan semasa akhwat yang Berjaya untuk mengatakan tentang mereka dari pihak orang lain.

Selain itu akhwat juga perlu banyak didedahkan dengan orang yang Berjaya dalam kehidupan dalam masa yang sama kerja dakwah mereka sangat mantap. Akhwat mungkin boleh diberi task untuk mengkaji seseorang tokoh tersebut. Sebagai contoh; tokoh tersebut ialah Abdul Aziz RAntisi; antara mursyid am HAMAS yang merupakan seorang doctor perubatan, belajar di Universiti Iskandariah Mesir namun menyerahkan seluruh hidupnya kepada dakwah dan akhirnya syahid di jalan Ilahi ; Abdullah Azam merupakan seorang pensyarah di Universiti terkemuka dan banyak lagi kisah kejayaan akademik tokoh-tokoh dakwah. Ini merupakan bukti seharusnya seorang Islam itu Berjaya bukan sahaja Berjaya dalam dakwahnya malah berjaya dalam akademik dan kehidupan di dunia ini.

Namun yang paling penting adalah menekankan kepada akhwat tentang pentingnya meluruskan niat semata-mata kerana Allah. Tujuan utama kita seharusnya untuk mencari redhaNya. Selepas itu barulah tujuan kita adalah untuk mengejar kejayaan dunia untuk kepentingan dakwah. Apabila niat kita settle insya Allah kita akan mudah untuk berbuat apa sahaja termasuk sentiasa bersemmangat untuk sentiasa belajar dengan baik dan mencapai kejayaan cemerlang dalam akademik. Ana bercakap tapi ana sekali lagi amat susah untuk bebuat. Tapi ana bertekad untuk berubah. Doakan ana semoga ana bercakap dan ana yang pertama-tama berbuat.

Afwan kathira wa jazakillah hu khairan kathira

0 comments: