? ??????????????Spongebob? ????? ?? ???Rating: 4.3 (41 Ratings)??35 Grabs Today. 9593 Total Grabs. ??????P
review?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????Do You Feel Lucky?? ????? ?? ???Rating: 4.8 (23 Ratings)??33 Grabs Today. 6636 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Lil BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, October 25, 2007

Bagaimana kita meraih pahala ketika Haid?

Ketika ana membaca buku The Way to Win karya Solikhin Abu Izzuddin, lembar demi lembar halaman buku tersebut ana selak sehingga mata ini tertancap pada satu frasa yang agak menarik untuk dikongsi bersama. Orang yang berbeza tidak semestinya baik, tetapi orang yang baik semestinya tampak berbeza. Ehm… termenung sejenak memikirkan frasa ini. Memang betul, seorang pencuri dan pembunuh nampak berbeza tatkala berada dalam lingkungan bi’ah yang baik, berbeza dalam erti kata dalam keadaan orang lain cenderung untuk melakukan kebaikan tetapi mereka cenderung untuk istiqomah dalam kemaksiatan bukan dalam keadaan baik. Tetapi, seorang yang baik memang sentiasa tampak berbeza kerana dalam dunia fitan (fitnah akhir zaman) ini, orang yang melakukan kebaikan semua dianggap ganjil, berbeza, pelik dan ghuroba’. Masyarakat umum menoleh dua kali jika terlihat akhwat khusyuk membaca masyhaf ketika menunggu bas, kakak kita mungkin pelik melihat kita yang bermatian cegah mereka dari bercouple dan ibubapa kita mungkin pelik melihat anak mereka ini sibuk melobi nikah walau pengajian masih belum selesai. Tetapi, begitulah dakwah dan tarbiyah mengajar kita agar jangan canggung bila menjadi orang yang pelik, jangan melatah tatkala ada mata-mata yang memandang sinis kita, tetapi ingat…pelik kita bukan bermakna eksklusif.

Begitu juga dengan tajuk esei ini. Kadang-kadang, orang umum mungkin terkesima, masih ada orang sanggup memerhatikan hal-hal yang sekecil ini? Jangankan orang awam ana sendiri pun terfikir sejenak tatkala menemui buku berjudul Meraih pahala ketika haid. Oh…muhasaah diri kembali. Apa agaknya amal yang kita boleh banggakan ketika kita sedang menstrual? Selalunya tiba saat ini, kebanyakan akhwat merasa down, dengan alasan tidak dapat melantunkan bacaan suci Quran, tidak boleh melakukan ibadat rutin seperti solat dan tak boleh shaum seperti biasa. Kadang-kadang..bila perioh..Horey…! boleh ‘bantai’ tidur sampai siang, kalau tengah kuliah tidak perlu berasak-asak dengan student untuk tunaikan solat Zuhor di surau yang sempit sementara nak kejar kuliah pukul 2 petang..astaghfirulah…moga ana sama-sama mengikhlaskan niat semata-mata kerana Allah, ibadat kita sebagai hamba tiada cuti-cuti. Masa period bukan masa cuti ibadat tetapi inilah masa untuk kita sebenarnya melipatgandakan amal lantaran kerana amal rutin yang boleh kita lakukan makin terhad.

Apa yang oleh kita lakukan untuk meraih pahala? Macam biasa lah zikir ma’thurat dan istighfar kalau boleh jangan biarkan ber’lubang’ hatta walau target untuk satu hari. Tetapi kadang-kadang time period lah, ma’thurat kita banyak miss lantaran kerana lazimnya baca ma;thurat selepas solat tetapi bila tak solat, ma’turat pun postpone dan akhirnya tak buat. Target kita baca buku pun tambah lebih dari kebiasaan. Andai sebelum ini, kita target 20ms seminggu, jadi ketika period biar kita target 20ms untuk sehari. Ini penting supaya apabila dah ‘suci’ kita tidak akan tinggalkan frasa period itu dengan sia-sia tetapi sebaliknya ada perubahan baik yang kita bawa iaitu tsaqofah kita semakin bertambah. Tak kisahlah tsaqofah dalam dakwah, nikah, ruhiyah dan lain-lain.

Selain itu, kita boleh ambil kesempatan untuk me’review’ kembali hafalan hadis Arbain kita, dah hafaz sampai hadis ke berapa? Adakah tahun lepas kita hafal sampai hadis ke5 tetapi kuantiti hafazan kita masih di takuk yang sama sungguhpun masa terbiyah kita semakin bertamah. Boleh jadi, mahu mencari kualiti seperti Umar yang tidak akan berganjak ke surah selanjutnya jika di tidak beramal seluruhnya dengan isi kandungan surah al-Baqorah. wa’allahua’lam.

Sebenarnya, amal untuk raih pahala terlalu banyak, tak kisahlah kita period atau tak. Paling penting, kalau kita nak, banyaklah daya kita, banyaklah usaha kita. Tetapi jika kita tak nak , maka banyaklah dalih kita, banyaklah alasan kita. Kalau kita, tidak mampu untuk melakuakn sesuatu kebaikan, tetapi kita membantu orang atau memudahkan jalan untuk seseorang melakukan kebaikan pun kita dapat ganjaran pahala sama dengan orang yang melakukan kebaikan. Ana teringat seorang akhwat membangkitkan satu isu- benarkah kerja dakwah kita makin kurang kalau menikah??..Teng..teng..antunna rasa macam mana? Sebenarnya mungkin kalau sebelum nikah kerja dakwah kita 90:10 tetapi bila kita nikah contonya berkurang menjadi 50:50. sebenarnya nisbah 40 yang hilang itu kita telah bagi kepada suami kita melalui perhatian yang kita curahkan kepada rumah tangga, mentarbiyah anak-anak di rumah, jaga makan minum dan lain-lain. Katakan kerja dakwah suami sebelum menikah 60:40, kita beri dia 40 peratus, jadi dia boleh comitte pada kerja dakwah 100% iaitu 60+40=100%. Tidak cukup dengan itu, kalau kita memudahkan jalan orang melakukan kebaikan, maka kita dapat pahala setimpal dengan orang yang melakukan kebaikan. Sama juga kalau kita memudahkan jalan suami untuk berjihad dengan membantu mengawasi rumah dan anak-anak, maka kita pun akan mendapat imbalan yang sama denagn pahala suami kita. Jadi, kalau commitment kita pada dakwah jadi 50 selepas nikah, kita tetap dapat pahala setimpal dengan pahala suami=100, jadi pahala kita 150%,ehm..banyak kan?

Sama juga, perkara yang ana, hendak tekankan kalau kita tidak melakukan solat tetapi kita memudahkan jalan untuk mereka solat pun dapat imbalan yang sama. Sebagai contoh, menjaga anak akhwat ketika umi sedang solat, membentangkan sejadah, bila akhwat berpuasa kita menjadi orang yang terkehadapan menyediakan juadah berbuka puasa untuk mereka. Pendek kata, sebenarnya terlalu banyak ruang dan peluang untuk kita buat amal ibadat. Wa’allahua’lam

0 comments: