? ??????????????Spongebob? ????? ?? ???Rating: 4.3 (41 Ratings)??35 Grabs Today. 9593 Total Grabs. ??????P
review?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????Do You Feel Lucky?? ????? ?? ???Rating: 4.8 (23 Ratings)??33 Grabs Today. 6636 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Lil BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, October 10, 2007

Asma' bukan pemalas

Astaghfirullah…astaghfirullah,ketika jari ini sedang menekan keyboard laptop ini, hati terkilan kerana malam semalam aku tidur tanpa membuat apa-apa kerja. Penat kerana ada halaqah malam semalam dan sempat tidur setengah jam..penat kerana kelas dari 8 pagi sampai 7 malam..penat kerana balik kelas terus gempur ziarah???adakah dengan memberi alasn sedemikian, maka aku ada alas an untuk terus tidur tanpa melakukan apa2 kerja yang banyak menanti??? Macam inikah kualiti seorang da’i??tak rasa bersalahkah aku terhadap Allah setelah aku memateri janji denganNya bahawa hidup matiku adalah kerana Allah dan Rasul, kerana Islam dan Jihad? Ya Allah…ampunkan dosa hambaMu yang lemah ini…bimbinglah aku dalam meniti kehidupan di duniaMu ini. Rasanya tidak layak langsung untuk aku mengatakan yang aku bukan pemalas. Kerana hakikat sebenarnya, jika diimbas kerjaku untuk semester lepas, banyak yang aku lakukan dalam last minute, suka bertangguh. Untuk semester baru ini, aku pasang azam baru, aku tak mahu bertangguh kerja lagi. Banyak ibroh yang aku dapat ambil dari sikap aku yang suka bertangguh untuk semester lepas. Semua orang boleh memasang azam…untuk mempraktikkan? Semalam, dalam halaqah, macam-macam teguran membina dariseorang murobiyah telah aku dengar..aku perlu bangkit dengan azam aku untuk berubah..Ya Allah, berikan hambaMu kekuatan..kekuatan untuk mengubah diri ini..dari seorang yang biasa menjadi luar biasa. Untuk tugasan yang telah diberikan seminggu lebih yang lepas..aku lakukan saat ini. Mana azam semester baru?? Betullah…nak membina azam mudah sekali..tetapi untuk mempraktikkan bukan mudah. Tetapi ia bukan bermaksud tak mungkin azam dapat dilaksanakan. Ia bukan mudah tetapi bukan pula mustahil. Aku juga banyak dapat masukan dalam Daurah Akademik minggu lepas..rata-rata akhwat memperkatakan tentang sikap malas, tak berdisiplin dengan masa. Aku terus memanjat azam aku untuk berubah semester ini. Keputusan PNGS aku untuk semester lepas juga sangat menurun, semuanya kerana aku bersikap malas. Dalam halaqah yang lepas juga, aku mendengar seorang akhwat memberi tazkirah tentang buku yang dia baca. Penuisnya Dr Fadzilah Kamsah. Tajuknya 55 petua menjadi orang yang cemerlang. Tajuk yang ukhti tersebut utarakan adalah mengenai sikap menangguh kerja. Antara masukan yang aku dapat ialah petua untuk tidak bertangguh. First, ingat prinsip gerakan, wah aku agak terkejut mendengarnya. Aku fikir Dr Fadzilah pun ada gerakan ke? Orang yang biasa macam tu pun terfikir perkara macam tu. Inikan pula aku yang dah ditarbiyah. Patutnya lebih-lebih lagi. Sekarang aku adalah salah satu daripada jundi jundi Allah yang bergerak dalam satu gerakan. Adalah sangat penting untuk aku tidak bersikap malas, adalah penting untuk aku sentiasa memerhatikan waktu. Kewajipan yang ada lebih banyak daripada masa yang ada. Kata-kata tersebut telah aku dengar acapkali sejak aku dilanggar tarbiyah lagi. Betul-betulkah aku faham akan maksudnya?? Betul-betulkah aku menghayati maksudya?? Sudahkah aku mempraktikkan sesuai dengan apa yang aku faham?? Astaghfirullahala’zim...banyak lagi kewajipan yang masih aku tidak serius melakukan. Petua kedua, kenalpasti apakah halangan kita daripada berbuat kerja tersebut..lebih kurang macam tulah. Takde sebarang halangan daripada luaran..sebenarnya ia lebih kepada masalah diri sendiri. Diri sendiri yang suka bertangguh, diri sendiri yang malas. Semua masalah tersebut berpunca dari masalah iman. Iman ibarat Raja yang berkuasa untuk menentukan tindak tanduk kita dalam seharian. Dengan kata lain, if iman ok hari itu, InsyaAllah, tindak tanduk, segala keputusan yang kita nak buat semuanya bimbingan dari ALLAH. Petua yang ketiga sentiasa tulis apa yang kita nak perbuat..dengan kata lain,plan. Aku memang suka merancang, tapi masalah aku adalah dalm melaksanakan. Aku ikut apa yang aku rancang, contohnya nak buat report, bila dah buat separuh, aku rasa macam dah buat banyak, so boleh berhenti and sambung bila-bila pulak nanti. Itulah masalah yang aku hadapi semester lepas. insyaAllah, semester ini aku akan lebih mendisiplinkan diri. Petua seterusnya, sentiasa bertindak. Apabila diberi satu-satu tugasan, terus berbuat kerja tersebut. Tak menunggu last minute, baru terkejar-kejar. Petua yang lain, tulis matlamat kita. Petua yang menarik perhatian aku ialah kita perlu terus dan tetap buat keputusan untuk taknak dan takkan bertangguh. Ya, semua bergantung pada diri sendiri..nak bertangguh atau tak?
Dengan amanah sebagai mas’uliyah pada semester ini, banyak tanggungjawab yang ana harus pikul. Dalam masa yang sama, ana perlu banyak belajar daripada akhwat-akhwat bagaimana memgurus masa dengan betul, bagaiman mengurus halaqah dan binaan ta’lim dengan betul.aku akui, aku masih lemah dalam proses mengubah diri ini..Ya Allah..kepadaMu aku memohon..berikanlah aku dan akhwat-akhwat yang lain, kekuatan untuk membina diri, agar menjadi kaderMu yang luar biasa,serba bisa, yangf sentiasa kuat untuk melakukan perubahan ke atas diri. Ya Allah, aku juga memohon kepada Mu, tetap tegarkan diri kami di atas jalanMu ini, bersih luruskan niat kami dalam memburu redhoMu..amin ya rabbal a’lamin.

0 comments: