? ??????????????Spongebob? ????? ?? ???Rating: 4.3 (41 Ratings)??35 Grabs Today. 9593 Total Grabs. ??????P
review?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????Do You Feel Lucky?? ????? ?? ???Rating: 4.8 (23 Ratings)??33 Grabs Today. 6636 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Lil BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, October 10, 2007

Zinnirah bukan pemalas

Malas merupakan satu sikap negatif yang harus dihindari oleh semua individu. Kemalasan ini akan merupakan satu punca seseorang individu khususnya seorang dai’e untuk bertindak lebih proaktif, mengatasi keperluan semasa. Setiap apa yang didapati sememangnya akan setimpal dengan usahanya. Seperti firman Allah dalam surah Ibrahim ayat 51 yang bermaksud:
“ Agar Allah memberi balasan kepada setiap orang terhadap apa yang dia usahakan. Sungguh Allah Maha Cepat perhitunganNya”
Ini merupakan bukti yang jelas bahawa setiap hasil yang dipperolehi adalah bersesuaian dengan kadar usaha yang dicurahkan.

Pandangan saya, malas mempunyai bayak kategori. Diantara kategorinya ialah malas berfikir. Suka untuk saya mengambil peluang ini untuk membahaskan tentang kemalasan berfikir kerana saya merasakan ianya berkaitan dengan diri saya. Di bawah ini ingin dikongsi bersama mengenai tips untuk mengelakkan diri daripada malas berfikir.
Kita boleh menjadi ahli fikir yang baik dengan meningkatkan sensitiviti semua deria yang dimiliki. Dengan yang demikian, kita boleh melatih dan mengajak diri kita berfikir tentang segala yang kita mahu. Berbincang mengenai sesuatu perkara akan melatih kita berfikir, lebih-libih lagi hal dakwah. Pemikiran dalam otak kita mula berkembang bila kita berhujah sama ada menolak, mempersoalkan atau bersetuju tentang sesuatu konsep yang diminati. Melalui proses ini lama kelamaan fikiran kita akan tajam dan kita telah membentuk suatu sikap dan mempunyai satu pendirian yang tersendiri sendiri.
Sikap kita yang kritis itu seterusnya akan melahirkan keputusan yang lebih wajar, tepat dan matang. Jadi rajin-rajinlah berfikir agar kita menjadi seorang yang kaya dengan idea dan tidak mudah lupa. Jangalah terima pendapat orang lain tanpa memikirkannya terlebih dahulu. Kita perlu mempunyai kemampuan sendiri untuk berfikir secara realistik tanpa prasangka tentang sesuatu isu.
Al Quran pun ada menyebut untuk kita memeriksa sesuatu berita yang disampaikan. Jika kita terima bulat-bulat fikiran orang lain bermakna kita tiada kekuatan imental. Jika kita timampunyau kekuatan mental untuk berfikir secara kritis maka kita sebenarnya tidak tahu kemanakan haluan fikiran anda. Daya fikiran yang berkesan adalah pemikiran yang mendorong kita menjadi manusia yang berkualiti dan proaktif.
Sebenarnya; apa yang menyebabkan kita malas berfikir ye? Janganlah malas berfikir. Sebenarnya hanya kita yang boleh mengawal sikap malas yang ada pada diri kita jika kita mempunyai fikiran bahawa kita boleh mengatasi sikap malas tersebut.
Selain dari faktor malas yang ada pada kita menjadi penyebab kita mudah lupa, penulis berpendapat sikap pemalu yang melulu yang dimiliki yang boleh menjadi punca mudah lupa. Misalnya sesuatu maklumat/perkara akan lebih mudah diingati sekiranya kita sendiri yang berusaha bertanya mengenainya. Malangnya ada diantara kita yang malu untuk bertanya. Akibat dari sikap malu yang tidak bertempat ini menyebabkan kita tidak bertanya apa-apa mengenai perkara/isu yang dibangkitkan. Akhirnya hasil perbincangan akan dilupai begitu sahaja.
Selain dari faktor malas berfikir dan malu untuk bertanya menjadi punca anda mudah lupa seperti yang dibincangkan di atas. Faktor tekanan hidup (stress) juga boleh menjadi menyebab kepada gejala mudah lupa. Tekanan hidup yang dialami merupakan suatu keutamaan yang negatif ke atas fungsi daya ingatan. Didapati seseorang yang mengalamai tekanan hidup yang amat sangat tidak akan berupaya menyimpan maklumat-maklumat yang baru diterimanya. Seseorang mengalami tekanan hidup yang tidak berupaya untuk mengeluarkan maklumat yang sedia tersimpan di benaknya ini kerana daya ingatannya terhalang dan menjadi pelupa. Jadi untuk tidak mudah lupa maka apa saja yang menjadi punca "stress" mestilah dihindari. Banyakkanlah berehat dan tenangkanlah fikiran ya ukht.
Kita sebenarnya juga mudah lupa akan sesuatu perkara bila mana kita berada dalam situasi kelam kabut, gopoh, marah, emosi dan tidak tenteram. Misalnya kita mungkin mudah lupa untuk membawa telefon bimbit jika terbangun lewat dan tergesa-gesa ke kelas. Untuk menggelakkan itu semua maka kita perlu sentiasa bersabar dan mulakan sesuatu urusan dengan bismillah dalam rangka mengingati Allah. Jangan mudah lupa akan nikmat iman, nikmat badan sihat, nikmat umur panjang dan beraneka nikmat lain yang tidak terhitung jumlahnya.
Keadaan sekitaran juga boleh menjadikan seseorang itu mudah lupa. Bila orang berada di situasi yang hingar-bingar, sekitaran yang merimaskan, keadaan kesesakan mana mungkin kita mengingat maklumat yang diberikan dengan sempurna. lazimnya akan lebih mudah mengingat balik sesuatu perkara yang pernah dialami bila kita berada di situasi/tempat yang sama di mana tragedi itu terjadi.
Jangan lah mudah lupa akan sesuatu visi juga misi serta wawasan kita ke sesuatu tempat. Allah mentakdirkan kita di sini untuk sama mendapat nikmat tarbiyyah, dan kiyta punya tanggungjawab besar apabila memegang status seorang dai’e.
Daya ingatan akan lebih berkesan jika sekiranya sesuatu urusan itu dibereskan sepertimana sepatutnya pada masa yang ditetapkan. Sesuatu kerja/projek/tugasan yang tertangguh dengan sengaja akan mudah dilupakan bila ada projek lain yang lebih kita minati menjelma.Jadi, pupuklah minat untuk meneroka hal dan selok belok dakwah ini. Jadi jangan suka bertangguh, kerana ini akan mengundang sikap mudah lupa. Seseorang akan mudah lupa sekiranya tidak bertindak mengikut keperluan/realiti semasa. Jadi bersedialah dengan fikiran terbuka serta bersegeralah menghadapi kenyataan semasa tanpa berlengah. Sembahyang di awal waktu adalah lebih afdal dari di akhir waktu. Lebih cepat kita lupa sehinggalah ianya mendatangkan sesuatu kesan yang menyusahkan. Utamakan yang utama agar anda tidak mudah lupa akan tugasan penting yang mesti dibereskan segera. Percaya atau tidak, sesetengah individu menggunakan tabiat pelupanya sebagai satu cara untuk menarik perhatian pihak lain. Seseorang yang latah mungkin lupa akan dunia realitinya sehingga melakukan aksi yang di luar batasan serta mengeluarkan kata-kata yang kurang baik. Mungkin tabiat mudah lupanya menjadikan ianya satu tarikan ramai setempat. Tidaklah wajar sebagai seorang dai’e menggunakan alasan ini; saya lupa kerana saya amat mengharap bahawa saya tidak tergolong dalam orang yang malas berfikir. Wallahu’alam..

0 comments: