? ??????????????Spongebob? ????? ?? ???Rating: 4.3 (41 Ratings)??35 Grabs Today. 9593 Total Grabs. ??????P
review?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????Do You Feel Lucky?? ????? ?? ???Rating: 4.8 (23 Ratings)??33 Grabs Today. 6636 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Lil BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, October 30, 2007

Booster study dr Khaulah

“ngantuknya!!” ucap Mala sambil mulutnya luas terkuak.

”tutuplah mulut tu kalau ya pun. Tak sopanla kamu ni”, respon Shila tidak senang dengan perilaku roomatenya.

” Opss..lupa!! jazakillah. Mana akhwat yang lain? Sepi je banglo ni. Tadi punyalah riuh. Dengar nasyid la.. makan kuih raya la.. sekarang macam takde orang je,” kata Mala sementara matanya liar memandang ke arah pintu. Walaupun pintu tersebut masih tertutup, Mala tetap memandangnya seakan boleh melihat suasana akhwat di banglo.

”Entah. Dah tidur kot. Mana taknya, tadi kan ramai yang keluar. Ada yang follow up sekolah, ada yang baru habis post mortem rehlah, ada yang baru balik dari program luar. Faham-faham je la,” balas Shila. Jauh di sudut hatinya, dia sebenarnya kagum dengan sikap akhwat. Walaupun di ambang peperiksaan, masih sanggup lagi berkorban masa dan wang ringgit untuk memenuhi tuntutan dakwah. Alhamdulillah..bisik hati kecilnya.

” Erm.. betul jugak..malas la nak study. Semua orang dah tak study. Takde mood”, ucap Mala sambil tangannya mula menutup buku karangan Prof. Halim. Penutup pen dicapai dan dengan pantas batang pen disatukan bersama penutupnya.

Shila hanya memandang sepi Mala. Tanpa berkata apa-apa, Shila meneruskan pembacaannya. ”Bab ni perlu difahamkan hari ni,”bisik Shila. Calculator dicapainya dan nombor-nombor ditekan pantas persis seorang akauntan. Perbuatan Mala tidak sedikitpun menarik perhatian Shila. Dia masih lagi berusaha menekan kalkulator. Nombor demi nombor ditekan lagi. Apabila sampai pada langkah terakhir, Shila berhenti.

” Ala.. jawapan tak sama,” keluh Shila.

” ana nak tido dulu. Ngantuk..,” Mala mencapai bantal dan selimutnya. Belum sampai dua minit, dia sudah terlelap.

Shila masih lagi berusaha menyelesaikan masalah matematik. Jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi. Setelah beberapa kali percubaan, akhirnya jawapan yang dicari-cari muncul jua.

” alhamdulillah..” luah Shila dengan nada gembira.

Tanpa rasa jemu, Shila cuba untuk menjawab soalan seterusnya. Shila masih ingat lagi peringatan Allah dalam surah yang biasa dibaca. Setelah selesai sesuatu pekerjaan, hendaklah meneruskan dengan pekerjaan lain. Tidak kiralah perkara itu hanya perkara kecil, namun hakikatnya masa perlulah diisi dengan perkara-perkara yang berguna.

Masa tidak pernah menunggu kita. Tapi, kita yang sering mengabaikannya. Apabila berada bersama, jarang yang menghargainya. Tetapi, apabila sudah tiada, ramai yang terkapai-kapai. Ramai yang mengeluh.. Ramai yang menyesal.. Ramai yang menderita.. Masa selama 1 saat mungkin tidak berguna kepada sesetengah orang. Pernahkah terfikir, dalam masa 1 saat, macam-macam boleh berlaku. Nyawa dicabut, bumi digoncang, kemalangan jiwa, kehilangan harta dan jiwa dan sebagainya sudah cukup sinonim dengan kita. Saban hari, memang itulah yang berlaku.

Ya, memang lumrah manusia diciptakan bersikap suka mengeluh. Apabila ditimpa sesuatu ujian, dia menjadi keluh kesah dan apabila mendapat kebajikan, dia menjadi kikir. Dengan hanya nikmat yang sebesar habuk di pandangan Allah yang Maha Kaya, begitu ramai yang sombong dan bongkak. Yang menghairankan apabila diberi ujian, ramai yang tersungkur. Tidak dapat menghadapi ujian yang dikurniakan Allah sedangkan mungkin di situlah peluang yang diberikan oleh Allah kepada kita untuk mencari pahala. Manusia memang pelik..

Shila menggeleng kepala memikirkan dirinya yang sering menangguh-nagguh sesuatu pekerjaan. Kalau dahulunya sebelum dia ditarbiyah, jangan katakan A. Kadang-kadang A+ pun sekacang kuda senang dirembatnya. Entah kenapa semangatnya mula menurun dalam bidang akademik. Nak kata kerja dakwah mantap, takde lah mantap mana. Memang tak mantap pun. Anak halaqah baru berapa yang mampu dibinanya. Anak taalim pula setiap minggu bertukar. Kadang-kadang tak pernah ada yang mahu menjenguk muka Shila untuk mendengar pengisian pada minggu-minggu tertentu. Sibuk..katanya ada assignment..discussion..program.. Shila tak pernah marah. Dia tahu memang itulah sikap yang akan ditonjolkan objek dakwahnya di awal usia tarbiyah. Shila tak pernah bersungut.. Dia tahu, Allah sedang mengujinya. Shila tak pernah berputus asa.. Dia tahu Allah sedang memilih yang terbaik untuk saf pimpinan dakwah. InsyaAllah bila tiba masanya, akan ada segolongon objek dakwahnya yang akan membantunya menyebarkan risalah yang suci.

Akademik?? Siapa yang tak kenal dengan sikapnya yang suka tidur di dalam kelas. Masuk je kuliah tak sampai 5 minit, mata mula berkaca-kaca. Bukan kerana terharu dengan ucapan yang diberikan oleh pensyarah namun dek kerana menahan ngantuk. Selalunya pada minit ke sepuluh, Shila sudah terbang ke alam fantasi ciptaannya. Akhwat sekuliah memang pernah mengejutnya beberapa kali. Tapi, usaha mereka sia-sia. Tak senang dimakan..

Shila rasa sedih. Bukan dia tidak mengetahui perkara itu seakan tidak menghormati pensyarah.. Risau jika ilmu yang dipelajari tidak diredhai.. risau jjika niat belajarnya tersasar..pelbagai cara pernah dia lakukan. Skipping sebelum ke kelas, keluarikan duit untuk membeli vitamin B complex..bawa makanan dalam kelas.. makan waktu lecturer mengajar dan banyak lagi.. Shila masih ingat lagi sewaktu di zaman persekolahan, seringkali mendapat pujian cikgu kerana prestasi di dalam akademik yang cukup membanggakan sekolah. Shila pernah mendapat anugerah pelajar cemerlang UPSR, PMR, SPM. Tidak kurang juga di matriks takkala Shila dipanggil ke atas pentas mengambil hadiah di atas pencapaiannya di dalam subjek matematik. Apabila Shila mengingati kembali kenangan lepas, dia sering tersenyum. Kenangan-kenangan itu menjadi penguat semangat untuk Shila agar lebih termotivasi lagi untuk belajar.

Tarbiyah sebenarnya sudah mengajar semua aspek. Murabbiyah juga sering menekankan aspek menjaga masa. Di dalam muwassofat tarbiyah juga terkandung ’Hariisun a’la wakt’. Bila Shila menyemak kembali elemen-elemen yang terkandung di bawah sifat ini, ’gagal’. Itu sahaja yang mampu dilafazkan. Shila sedar dia pernah beberapa kali membuang waktu. Sering terleka dengan sikap segelintir akhwat dengan perkara-perkara kurang berfaedah. InsyaAllah Shila akan mengubah. Ini merupakan azam yang sudah beberapa kali diperbaharui. Sangat mudah melafazkan azam tetapi sangat payah melaksanakannya.

Shila tersentak dari lamunan. Dia segera beralih ke alam nyata, membiarkan lamunannya bergantung tanpa tali. Shila tersenyum sendirian. Bukan bangga kerana prestasi cemerlang dalam akademik tetapi dia berusaha melaksanakan fardhu ain yang diperintahkan oleh Allah kepadanya. Belajar dan menuntu ilmu juga merupakan amanah dakwah. Tak boleh disia-siakan sewenang-wenangnya. Dia akan teruskan usaha tanpa kenal penat lelah. insyaAllah, Shila akan sentiasa menggenggam janji pada dirinya sendiri. Dakwah nombor satu tetapi study bukan nombor dua...!!

Shila meneruskan usaha menyelesaikan soalan topik hermite interpolation..

0 comments: