? ??????????????Spongebob? ????? ?? ???Rating: 4.3 (41 Ratings)??35 Grabs Today. 9593 Total Grabs. ??????P
review?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????Do You Feel Lucky?? ????? ?? ???Rating: 4.8 (23 Ratings)??33 Grabs Today. 6636 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Lil BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, October 10, 2007

khadijah bukan pemalas

Bismillahirrahmanirrahim. Sebelum ana meneruskan ayat-ayat yang lain, ana ingin mengajak uhkti-ukhti semua untuk kita sama-sama beristigfar, memohon keampunan daripadaNya atas segala dosa-dosa yang telah kita lakukan selama ini sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Astagfirullahaladzim…astagfirullahaladzim…astagfirullahaladzim…Moga titik-titik hitam yang telah melekat di hati kita dapat dibersihkan dengan istigfar itu. InsyaALLAH…Apa yang ana akan taip di bawah ini adalah sebagai satu renungan dan taujih untuk kita semua terutama sekali untuk ana sendiri dalam kita mengislahkan diri kita untuk menjadi seorang da’i yang sejati sesuai dengan syariat islam.
Ukhti Fillah,
Seperti yang kita sedia maklum, baru-baru ini kita telah ditegur oleh seorang akhwat kerana sikap malas kita. Kita malas untuk ”bekerja”, malas untuk berfikir, malas untuk berusaha serta sentiasa mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan sesuatu perkara yang diamanahkan kepada kita. Kita meng”claim” diri kita sebagai seorang da’i. Tetapi adakah kita telah bersikap seperti seorang da’i? Adakah kita telah berakhlak seperti seorang da’i? Seorang da’i tidak mempunyai sikap pemalas. Seorang da’i akan melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Seorang da’i juga akan melakukan sesuatu perkara tanpa disuruh. Da’i seorang yang proaktif. Seorang da’i tidak akan mengeluh jika mendapat sesuatu arahan, malah dia akan merasa gembira kerana dipilih untuk melakukannya. Dia sanggup berkorban jiwa, harta serta sanak-saudara kerana dia yakin dengan janji-janji Allah di dalam Surah Taubah ayat 111 (9:111) yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah sehingga mereka membunuh atau terbunuh, (sebagai) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung.

Itulah janji dari Allah untuk sesiapa yang sanggup berkorban di jalanNya. Allah membeli diri orang-orang mukmin yang sanggup berkorban di jalanNya dengan memberikannya syurga yang sangat mahal serta tidak ternilai harganya. Tetapi bila kita merefleks pada diri kita, bila kita muhasabah diri, kita sering tertanya-tanya setakat manakah pengorbanan yang telah kita berikan untuk Islam? Setakat manakah kita telah berbuat untuk menegakkan kembali agama Allah di muka bumi ini? Kadang-kadang tanpa kita disedari, kita mengungkit apa yang telah kita korbankan selama kita ditarbiyah, terutama sekali pengorbanan dari segi masa. Kita meng”claim” bahawa kita tidak mempunyai masa untuk study kerana banyak melibatkan diri dalam program-program yang dianjurkan. Lebih parah lagi jika kita mengaitkan dakwah dengan jatuhnya pointer kita. Kita menyalahkan dakwah kerana tidak mempunyai masa untuk study. Cuba kita renungkan sejenak, jika banyak masa-masa kita diluangkan untuk kerja dakwah, apakah buktinya? Adakah dakwah kita di sini gencar seperti di tempat-tempat yang lain? Jawapannya adalah tidak. Itu hanyalah omongan kosong sahaja. Kita terpaksa mengakui dan menerima hakikat bahawa selama ini, kita telah banyak membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti tidur berlebihan, bergurau-senda dan sebagainya. Kita banyak menghabiskan masa dengan akhwat-akhwat sehingga timbulnya term ”ukhuwah melampau”. Kita juga suka menangguhkan kerja yang diamanahkan tidak kira kerja dakwah ataupun kerja sebagai seorang pelajar...Nasihat ini adalah untuk kita semua terutama sekali untuk diri ana sendiri.
Ukhtu Fillah,
Marilah kita sama-sama mengislahkan diri kita menjadi seorang yang lebih baik dari sebelum ini. Marilah kita sama-sama tonjolkan akhlak yang baik yang akan menjadi ikutan mad’u-mad’u kita. Sama-samalah kita mengingatkan akhwat-akhwat kita yang terleka untuk sedar kembali. Ukhti, ingatlah bahawa kita adalah seorang da’i, yang mengajak orang lain ke arah kebaikan, maka ayuhlah ukhtiku sayang, ayuhlah ukhtiku sayang, ayuhlah ukhtiku sayang, bangkitlah...marilah kita sama-sama memulakan langkah baru, tinggalkan sikap malas kita, kerana sikap itulah yang akan menjatuhkan maruah umat Islam. Jangan biarkan maruah umat Islam tercalar walau sedikit...bangkitkanlah semangatmu ukhti, renungilah kata-kata di bawah ini...

0 comments: