? ??????????????Spongebob? ????? ?? ???Rating: 4.3 (41 Ratings)??35 Grabs Today. 9593 Total Grabs. ??????P
review?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????Do You Feel Lucky?? ????? ?? ???Rating: 4.8 (23 Ratings)??33 Grabs Today. 6636 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Lil BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, December 31, 2007

Modul Kem Motivasi Solat

Tajuk Modul : Ice-Breaking
Masa : 1 jam ½

Objektif :-
i. Untuk memperkenalkan ahli kumpulan antara satu sama lain supaya peserta faham dan dapat merasai kehadiran fasilitator sebagai umi bukan sebagai guru.
ii. Mewujudkan sikap keterbukaan, saling percaya mempercayai dan mesra antara satu sama lain.
iii. Menghilangkan garis pemisah antara ahli.
iv. Membina ikatan kumpulan.

Langkah:-

Pembahagian Kumpulan (My Family) – 30 minit

1. Sebelum sesi dimulakan, fasilitator telah menyediakan sejumlah kertas yang terlorek beberapa warna mengikut jumlah setiap kumpulan. Jumlah bilangan lorekan warna kertas bergantung kepada bilangan kumpulan yang hendak dibentuk
2. lorekan warna yang mewakili kumpulan peserta adalah :
biru merah
hijau putih
kuning
3. Peserta akan diberikan kertas yang terdapat lorekan warna yang telah dipilih di atas secara rawak.
4. Dalam masa yang telah ditetapkan (cth 10 minit), peserta dikehendaki mencari fasilitator yang juga mempunyai kertas yang dilorek warna yang sama dengan peserta, fasilitator yang mempunyai lorekan warna yang sama akan menjadi umi mereka. Peserta akan teruskan pencarian sehingga jumpa semua ‘family’-umi dan adik-beradik yang lain.
5. Setelah masing-masing membentuk satu kumpulan, fasilitator memberi arahan untuk membuat moto/simbolik/item pengenalan ‘family’ bagi kumpulan mereka berdasarkan pemilihan rawak warna yang telah mereka perolehi. Mereka harus menerangkan mengapa mereka memilih moto tersebut.

Taaruf Mudah – 30 minit

1. Taaruf dengan menanyakan nama penuh, nama panggilan, asal, hobi, cita-cita, makanan kesukaan, subjek kegemaran dan sebagainya mengikut kekreatifan fasilitator.
2. Fasilitator juga boleh melakukan permainan seperti menyuruh peserta menyusun barisan mengikut negeri asal, berat badan dan sebagainya.
3. fasilitator akan meraikan hati peserta dan sentiasa merangsang peserta menghangatkan suasana,fasilitator akan memperkenalkan diri seagai umi dan peserta mempunyai panggilan dalam ‘family’ baru seperti Kak Long dan sebagainya.



Taaruf Perlembangaan – 30 minit

1. Peserta diminta berada di dalam satu bulatan. Fasilitator akan memberikan tempoh masa yang sesuai kepada peserta untuk memilih nama panggilan atau singkatan dan memikirkan suatu gaya atau isyarat yang sopan yang melambangkan dirinya.
2. Fasilitator akan mempersilakan peserta yang pertama memperkenalkan dirinya dengan menggunakan gaya atau garisan yang dipilih diikuti dengan nama panggilan sebanyak 3 kali. Seterusnya peserta kedua perlu mengulangi nama dan isyarat peserta pertama diikuti pula dengan dirinya. Begitulah seterusnya. Lakukan sehingga selesai. Ulangi daripada perlahan hingga beransur laju. Fasilitator boleh juga sekiranya ingin mengulangi aktivit ini dari arah yang bertentangan
3. setiap ‘Family’ akan memperkenalkan moto/simbolik/item pengenalan ‘family’ masing-masing. Item ‘family’ tersebut akan menjadi barang amanah ‘family’ masing-masing



Tajuk Modul : ‘Subhanallah, Indahnya alam’
Masa : 1 jam ¼

Objektif :-
I. Untuk menghayati kebesaran Tuhan
II. Mewujudkan sikap menghargai alam sekitar
III. Merapatkan ukhwah

Langkah:-

Warming up – 15 minit

Sebelum sesi dimulakan, fasilitator akan mengepelai semua peserta membuat beberapa gerakan memanaskan badan

Jogging – 10 minit

Peserta dan fasilitator akan berlari anak di sekitar kawasan padang sambil menghayati alam
Fasilitator akan menceritakan tentang keagungan Allah melalui penciptaan alam secara santai.

Cari cucu – 25 minit

Objektif :-
Menilai sejauh mana peserta mengingati nama panggilan rakan mereka
Mengenali para peserta melalui aspek luaran seperti pakaian, bentuk badan

Material :-
Sapu tangan / kain penutup mata
Tongkat
1. Peserta akan diarahkan oleh fasilitator untuk membentuk bulatan besar. Semua peserta akan memberitahu nama panggilan atau singkatan masing-masing.
2. Sebelum permainan dimulakan seorang dari mereka haruslah menjadi nenek. Nenek akan ditutup matanya dengan sapu tangan atau kain untuk dijadikan nenek. Sebatang tongkat diberikan untuk dipegang dan berperlakuan seperti nenek tua yang buta.
3. Semua peserta akan mengelilingi nenek dengan berpegangan tangan diantara satu sama lain. Sebuah dendangan dinyanyikan oleh cucu secara beramai-ramai.
4. Nyanyian :
Nenek, nenek,si bongkok tiga.Siang mengantuk,malam berjaga.Mencari cucudimana berada.Nenek kahwindengan anak raja.
5. Setelah cucu tamat mendendangkan nyanyian, maka nenek pula mengambil giliran mendendangkan nyanyiannya.
Cucu, cucutak dapat lari.Nenek tuabanyak sakti.Sekarang neneknak cari ganti.Siapa yang kena,dia menjadi.
6. Setelah selesai dendangan nenek masing-masing cucu duduk mencangkung mendiamkan diri dengan harapan nenek tidak mengetahui kedudukan mereka. Dengan menggunakan tongkat nenek mencari-cari cucu yang mendiamkan diri disekelilingnya. Setelah berjaya menangkap seorang cucu nenek perlu meneka nama panggilan atau singkatan peserta tersebut dengan betul.
7. Sekiranya tekaan nenek itu betul maka pemain tersebut akan menjadi nenek menggantikan tempatnya. Seandainya tekaan itu tidak tepat maka watak nenek masih menjadi miliknya dan permainan diteruskan.
Teng teng – 25 minit

1. Peserta akan diarahkan oleh fasilitator untuk membentuk dua buah kumpulan. Sebelum permainan dimulakan, undian dijalankan bagi menentukan kumpulan yang mana harus memulakan permainan terlebih dahulu.
2. Bagi memulakan permainan, peserta hendaklah mencampakkan gundu ke dalam petak pertama dengan cara membelakangkan petak. Jika gundu tidak masuk ke dalam petak yang ditentukan atau terkeluar ia di anggap mati dan hilang giliran. Peserta lain mengambil giliran pula.
3. peserta dikehendaki melompat kedalam kesemua petak dengan sebelah kaki, kecuali di petak sembilan dengan kedua belah kaki. Tetapi bagi peserta yang baru sahaja memulakan permainan dimana gundu berada di petak pertama, maka peserta hendaklah melompat terus ke petak ketiga, tanpa memijak di petak kedua. Begitu juga dengan lompatan disetiap petak, seandainya pemain terpijak garisan ia dianggap mati dan giliran pemain lain mengambil alih permainan.
4. Setelah pemain melompat kembali ke garisan permulaan, setibanya di petak kedua dan keempat, pemain hendaklah memijak dengan kaki kanan di petak kedua dan kaki kiri di petak keempat. Setelah itu pemain dikehendaki melompat ke petak ketiga pula dengan hanya sebelah kaki dan seterusnya gundu hendaklah dikutip di petak pertama lalu melompat ke petak pertama dan terus ke garisan penamat.
5. Setiap pemain tidak dibenarkan memijak petak dimana gundu berada di dalamnya, samada kepunyaan sendiri atau pihak lawan, jika ini berlaku ia dikira mati, giliran pemain seterusnya mengambil alih permainan.
6. Setiap kumpulan akan bermain secara bergilir sehingga pemenang dikira berdasarkan kumpulan yang paling ramai baki ahli yang tidak mati.







































Tajuk Modul : ‘Tressure hunt’
Masa : 1 jam ¼

Material :-
Lampiran ‘ pekerja balak yang rajin’
Lampiran ‘kebakaran’
Lampiran ‘peta harta karun’
Telur
Kertas A4


Langkah:-

Warming up – 15 minit

Sebelum sesi dimulakan, fasilitator akan mengepelai semua peserta membuat beberapa gerakan memanaskan badan
fasilitator akan memberikan Peta harta karun dan seorang fasilitator dari kumpulan lain (untuk memantau tugasan di setiap check point) kepada semua kumpulan , semua peserta dikehendaki melalui semua check point untuk menyelesaikan tugasan
peserta yang sampai di cheack point terakhir akan menyerahkan semua barang dan tugasan kepada pemantau.



Check point 1

Objektif :-
Menilai tahap pengetahuan pengetahuan dan pemahaman peserta terhadap LDK1
Menguji kepantasan peserta dalam menjawab soalan

Untuk pergi ke check point seterusnya peserta hendaklah menjawab beberapa soalan akan ditanya oleh Fasilitator berkaitan persediaan sebelum solat yang ditekankan dalam LDK1. Soalan yang diajukan berdasarkan kreativiti fasilitator

Check point 2

Objektif :-
Menilai tahap pengetahuan pengetahuan dan pemahaman peserta terhadap LDK1
Menguji kepantasan peserta dalam menjawab soalan

Peserta diminta untuk mencari barang-barang yang tertera di atas kertas disekeliling mereka dalam masa 5minit. Barang tersebut adalah getah dan marker pen. Kemudian pemantau akan memeri arahan kepada mereka supaya menegakkan marker pen masing-masing dan dalam masa 10minit mereka diminta untuk melastik marker pen tersebut dalam jarak tertentu. Markah dikira berdasarkan bilangan marker pen yang berjaya dijatuhkan


Check point 3

Objektif :-
Menilai tahap kreativiti dan inovatif peserta dalam menyelesaikan masalah
Membina semangat kerjasama antara peserta dan mesyuwarah antara kumpulan


Sebiji telur diletakkan di hadapan peserta dan mereka dikehendaki mendirikan telur tersebut dengan apa cara sekali pun dalam 5 minit.


Check point 4

Objektif :-
Untuk melahirkan peserta yang kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan masalah
Bermusyawarah dalam menyelesaikan masalah atau konflik
Merapatkan ukhwah antara ahli

Peserta akan dapat sehelai kertas A4. Peserta diarahkan membuat apa sahaja dengan kertas tersebut agar semua ahli kumpulan dapat masuk dan memboloskan diri mereka. Caranya bebas. Pemberian kertas tidak boleh diulang.


Check point 5

Objektif :-
Menekan kepada peserta bahawa kejenuhan kita melakukan ibadah rutin kerana kurang menghalusi ibadat kita


Peserta dikehendaki menghafal sebuah cerpen ‘pekerja balak yang rajin’. Ini bertujuan untuk menguji daya ingatan para peserta dan mereka akan diuji pada check point terakhir.

Jawapan :-
Amien terlupa untuk mengasah kapak lantaran kerana sibuk bekerja.

Check point last

Objektif :-
Mendedahkan kepada peserta konsep perseimbangan dunia dan akhirat agar cemerlang dunia akhirat
Menekankan kepada peserta kepentingan untuk kita berpegang kepada ajaran Quran

Peserta dikehendaki mencantumkan kepingan artikel yang terpisah dan tersembunyi di sebalik task dan mungkin di sebalik barang amanah iaitu cerpen ‘kebakaran’

Jawapan :-
Marhani : adalah seorang penganut yang memahami dan mematuhi ajaran. Sedar akan akibat yang di terima jika menyanggahi ajaran

Azra : bersikap materialistik dan memikirkan dunia semata-mata. Tidak menghiraukan akibat yang diterima jika tidak mematuhi ajaran Islam

Aimi : ibarat seorang yang jahil tentang agama. Ini juga boleh ditujukan kepada mereka yangmencari akhirat tanpa memikirkan alam sekeliling dan memikirkan tanggungjawab sosial. Contohnya, seorang yang tidak lekang ke masjid tetapi tidak mengajar adik solat dan tidak mahu membantu adik-adik di rumah. Aimi akhirnya terperangkap dengan dunia kerana tidak arif dengan dunia itu sendiri.




























Tajuk Modul : Senamrobik
Masa : 1 jam

Objektif :-
v. Untuk menghayati kebesaran Tuhan
vi. Mewujudkan sikap menghargai alam sekitar
vii. Menghilangkan garis pemisah antara ahli.
viii. Membina ikatan kumpulan.

Langkah:-

Warming up – 15 minit

Sebelum sesi dimulakan, fasilitator akan mengepelai semua peserta membuat beberapa gerakan memanaskan badan

Senamrobik – 15 minit

Lagu Bumi suci palestina dimainkan dan fasilitator mengajarkan gerakan ringkas sambil diikuti para peserta.

Senamrobik – 30 minit

Semua peserta akan mementuk bulatan besar
Sambil muzik dimainkan, seorang peserta akan dipilih untuk memulakan gerakan sendiri dan gerakan tersebuta akan diikuti peserta yang lain
kemudian peserta yang lain akan meneruskan gerakan yang lain sambil peserta lain mengikut pergerakan tersebut sehingga semua peserta berpeluang mencipta gerakan mereka sendiri


















Tajuk Modul : Bina kubu kita!
Masa : 1 jam

Objektif :-
· Untuk melatih kepekaan dan senstiviti peserta terhadap persekitan
· Menghilangkan garis pemisah antara ahli dan ikatan kumpulan

Langkah:-

Warming up – 15 minit

Sebelum sesi dimulakan, fasilitator akan mengepelai semua peserta membuat beberapa gerakan memanaskan badan


Bina kubu kita! – 45 minit

Beberapa sandal peserta akan digunakan untuk membina kubu
Pihak lawan akan mengambil jarak dan memlontarkan sandal pada kubu sandal yang dibina peserta dengan matlamat untuk menghancurkan kubu tersebut
tatkala sandal tersebut mengenai sasaran, serentak dengan itu peserta akan lari menyelamatkan diri dari mengenai sasaran musuh.
dalam pada masa yang sama peserta akan mencuri-curi untuk menyusun semula sandal seperti sedia kala.
Jika peserta terkena hantaran sandal dari pihak musuh, peserta tersebut akan terkeluar dari permainan.
Peserta akan dikira menang jika peserta dapat membina kubu sempurna dan musuh dikira menang jika semua peserta habis terkena hantaran sandal.

















Tajuk Modul : Let’s prepare our solat
Masa : 1 jam 50 minit


Material :-
· Buah dadu
· Lampiran ‘dam roket’

Objektif :-
· Menanamkan kefahaman mendalam tentang persediaan sebelum solat.

Langkah:-

Dalam LDK ini fasilitator akan menekankan tentang pesediaan sebelum melakukan solat seperti wudu’, rukun solat, syarat sah solat, perkara yang membatalkan solat, perkara sunat sebelum menunaikan solat, doa selepas azan dan lain-lain lagi.
Penekanan tentang persediaan sebelum solat ini akan dijalankan dalm bentuk Permainan Dam roket supaya peserta tidak bosan dengan teori
dalam setiap kumpulan, peserta akan dibahagikan dalam dua kumpulan lagi dan masing-masing akan mengambil giliran membuang dadu
Sekiranya buah peserta jatuh di tempat roket, maka buah tersebut akan naik mengikut arah roket tersebut.
Sekiranya buah dadu berakhir di tempat 'tahi bintang jatuh', maka buah pemain tersebut akan turun ke bawah menurut arahnya
Jika buah pemain terletak di tempat bintang, maka soalan akan dikemukakan kepada peserta. Peserta yang lain akan mendengar juga soalan yang akan dilontarkan berkaitan tentang persediaan sebelum menunaikan solat. Jika ada soalan, fasilitator boleh membuka ruang untuk perbincangan dan pertanyaan. Fasilitator hendaklah memastikan peserta benar-benar faham dengan peserdiaan sebelum solat ini. Fasilitator boleh membuat persediaan dan rujukan awal melalui buku seperti sifat solat Nabi yang dilampirkan bersama.
Sekiranya pemain tidak dapat menjawab soalan dengan betul maka pemain tersebut akan hilang satu giliran.Pemenang dikira berdasarkan siapa yang berjaya sampai ke petak 100 menurut bilangan dadu yang betul-betul tepat.











Tajuk Modul : Let’s practice our solat
Masa : 1 jam 30 minit

Objektif :-
· Memahami tentang bacaan ketika solat dan gerakan ketika solat

Material :-
· Laptop
· Video tentang ‘sifat solat Nabi’


Langkah:-

Dalam LDK ini fasilitator akan menekankan tentang bacaan dalam solat dan gerakan dalam solat
Fasilitator hendaklah memastikan semua peserta menghafal bacaan dalam solat dan benar-benar memahami gerakan dalam solat. Dalam LDK fasilitator akan dibantu dengan video sifat Solat Nabi. Fasilitator boleh membuka ruang untuk perbincangan dan soal jawab. Oleh itu, para fasilitator hendaklah membuat rujukan awal.


























Tajuk Modul : Let’s perform our solat
Masa : 1 jam 50 minit

Objektif :-
· Memahami tentang bacaan ketika solat dan gerakan ketika solat

Material :-
· Telekung
· Lampiran borang evaluasi solat peserta.


Langkah:-

Dalam LDK ini peserta akan melakukan praktikal dalam solat mulai dari wudu’, azan, praktikal solat Suboh berjemaah dan doa selepas solat.
fasilitator juga akan turut memberi pendedahan tentang doa Qunut dan bacaan sujud sahwi.
Fasilitator akan diberi borang evaluasi untuk menilai peserta.
Borang penilaian ini akan disertakan dalam rekod kemajuan peserta yang akan diserahkan ketika acara penyampaian sijil peserta.



























LAMPIRAN

KEBAKARAN

Satu kebakaran telah berlaku di sebuah kondominium. Marhani, Aimi dan Azra adalah antara penghuni yang sedang nyenyak tidur. Siren kecemasan berbunyi.
Marhani panik apabila mendengar siren kecemasan berbunyi. Dia bingkas bangundan terus menyelamatkan diri. Dia terfikir tentang dompet dan fail-fail penting yang di letakkan di dalam almari. Api telah merebak dan semakin marak. ‘Ah, lupakan sahaja. Nyawa lebih penting’, fikirnya. Ketika dia bergegas menuruni tangga kecemasan, dia terlihat seorang wanita mengandung yang kepayahan menuruni anak tangga tersebut, jadi Marhani pun memimpin wanita tersebut menyelamatkan diri.
Azra adalah seorang usahawanita yang mengusahakan ladang cendawan yang sedang meningkat maju. Fail-fail kontrak perniagaan yang bernilai jutaan ringgit yang disimpan di dalam almari. Begitu juga dengan kad kredit dan baju-baju. Api semakin menjulang tetapi dia masih memunggah barang-barangnya....
Aimi pula seorang tua yang menumpang di bilik anak saudaranya. Hari itu adalah hari pertama dia tiba di Kuala Lumpur dari kampung halaman. Dia keseorangan pada malam itu kerana anak saudaranya yang bertugas sebagai doktor mendapat ‘on call’. Ketika mendengar bunyi siren dia terpinga-pinga. Dia tahu itu adalah tanda bahaya lalu menuju ke tingkap dan dia terkejut melihat penghuni kondominium tersebut bertempiaran lari sambil menjerit ‘api! Api!’.’oh, kebakaran rupanya’. Dia cuba membuka pintu tetapi api semakin marak. Dia juga tidak ahu fungsi tangga kecemasan. Aimi dan Azra akhirnya terkorban dalam nahas kebakaran kondominium itu sementara Marhani pula berjaya menyelamatkan diri.




















LAMPIRAN

PEKERJA BALAK YANG RAJIN

Amien adalah seorang pemuda yang tampan dan gagah. Dia bercita-cita untuk menjadi pekerja balak. Semasa menyambut jadinya yang ke-18, dia pun keluar dari rumahnya dan menuju ke sebuah kilang memproses kayu balak yang terkenal di negeri itu. Amien terus mendapatkan supervisor kilang dan terus memohon untuk mendapatkan pekerjaan. Supervisor itu amat sukacita melihat Amien yang tampan dan mempunyai susuk tebuh yang tegap lantas dia pun menerima amien untuk bekerja sebagai pekerja balak.
Pada hari pertama, Amien telah berjaya menebang sebanyak 10 batang pokok balak. Supervisor itu amat berpuas hati dengan prestasi kerja Amien. Pada hari yang berikutnya, pemuda itu telah bekerja keras seperti biasa tetapi dia hanya dapat menebang 8 batang pokok sahaja. Pada hari berikutnya lagi, Amien telah bekerja keras seperti biasa tetapi bilangan pokok yang berjaya ditebangnya semakin berkurangan.
Pada hari jumaat, Supervisor itu telah memanggilAmien masuk ke pejabatnya kerana Amien masih belum berjaya menumbangkan walau sebatang pokok pun sehingga matahari terbenam. Amien merasa sangat sedih dan malu.

Amien Tuan, setiap hari saya telah bekerja keras daripada biasa tetapi dari hari ke hari bilangan pokok yang berjaya saya tebang semakin berkurang dari hari ke hari.
Supervisor kenapa hari ini kamu tidak dapat menumbangkan sebatang pokok pun?
Amien saya telah cuba dengan bersungguh-sungguh Tuan



Kenapa Amien tidak berjaya menumbangkan sebatang pokok pun?

STUDY CASE

SOALAN LDK
Yusra adalah mas’ulah baru untuk medan X menggantikan Atikah yang juga antara orang terawal mengerakkan lahan dakwah di X. Yusra menghadapi konflik rendah diri dalam menggalas amanah yang digalasnya.sikap Atikah yang pernah menegur kesalahannya di khalayak ramai dalam sebuah syuro. Malah seminggu sebelum rombakan organisasi, Atikah pernah meluahkan perasaannya dalam sebuah liqo; bahawa dia berat untuk melepaskan amanat sebagai mas’ulah lantaran bimbang amanat ini tidak mampu digalas dengan baik oleh junior. Yusra juga sentiasa teragak-agak dalam memberi pengarahan kepada akhwat batch senior kerana ditekan situasi di atas.
MASUKAN 1
Masalah- inferiority complex
Sikap - Yusra- kurang konfiden melaksanakan tugas yang diamanahkan
- terlalu mengikut perasaan semasa menjalankan tugas

- Atikah- teragak-agak dalam memberi tugas kepada akhwat baru, sama seperti tidak yakin dengan keputusan syuro.

- kurang berhikmah dalam cara menegur Yusra.

Solusi - Yusra- atasi masalah inferiority complex dengan:
- tambah keyakinan diri
- Perlu yakin dlm memberikn arahan.
- tiada sikapn kesenioran dan kejunioran dlm memberikan arahan

- Atikah- dalam buku 100 Pelajaran (Pelajaran ke-39). Menekankan cara sebenar bagaimana cara menegur yang terbaik, ….. wahai ustadz Umar.

- Hambatan-hambatan dakwah
- …. Teguran yang bijaksana hendaklah diawali dengan penjelasan dan diakhiri dengan senyuman… page 152.
MASUKAN 2
Masalah yang dihadapi:
1. Masalah rendah diri untuk memikul amanah
2. Ditegur di khalayak ramai (dalam syuro)
3. Bekas mas’ulah (Senior) berat melepaskan amanah
4. Tidak yakin memberikan arahan pada senior
1. Konflik rendah diri

Masalah rendah diri sering berlaku pada akhwat junior juga berlaku pada akhwat yang masih baru. Mereka merasakan diri mereka tidak layak memikul amanah. Rendah diri bermaksud merasakan kedidaklayakan amanah yang diberi. Kebiasaannya berpunca dari banyak perkara, di antaranya, menonjolnya satu figure, tidak diberi peluang untuk mengemukakan pendapat sendiri, malah sering kali dikritik, kurang idea dan tsaqafah tentang tajuk perbincangan, lambat faham atas sesuatu perkara yang disyurokan dan lain-lain. Sekiranya dibiarkan, ia boleh mendatangkan kecacatan pada keberlangsungan dakwah. Lebih melambatkan gerakan dakwah, lebih musibah lagi sehingga melumpuhkan saff di suatu medan.

Merujuk buku Lubang pada tembok akal tulisan Basel Syaikhu, rendah diri boleh diubah dengan mendekatkan diri kepada Allah. “Maka bakat-bakat terpendam akan muncul ke permukaan, maka tidak lama kemudian dia pun akan memulai langkah dengan tekad dan kehendak, disertai semangat yang tinggi yang tak kenal bosan untuk melanjutkan perjalanan kehidupan”. Seperti firmanNya, “Janganlah kamu (merasa) lemah dan jangan (pula) kamu bersedih hati, kerana kamu yang paling tinggi derajatnya” (3:139). “belum cuba, belum tahu”, kemudian bertawakallah kepada Allah.(64:16). Sudah semestinya Yusra mempunyai potensi yang tersendiri sehingga dia dipilih untuk menjadi mas’ulah,(22:78), jangan terlampau memikirkan masalah diri tapi gunakan masa-masa itu untuk meningkatkan atau menyerlahkan potensi yang ada pada diri. (70:19-manusia memang suka mengeluh).

Selain itu, Yusra sendiri perlu mempersiapkan diri untuk memikul amanah yang telah di berikan.

2. Atikah menegur di khalayak ramai:

‘Atikah sebagai seorang bekas mas’ulah tidak sewajarnya bertindak menegur ‘Atikah dikhalayak ramai dalam syuro tersebut. Sekiranya fikih dakwah telah difahami dengan sebenarnya oleh seorang mas’ulah. Dari imam Bukhari bahawa “Merahsiakan dalam memberi nasihat itu lebih utama daripada terang-terangan. Bahkan menjadi fardhu ‘ain apabila terang-terangan itu mengakibatkan timbulnya kerosakan”.

Sekiranya ‘Atikah bertindak untuk memberi ibrah kepada ahli syuro yang lain, dia perlu menegur Yusra di luar syuro atau sebelum berlangsungnya syuro. Kerana fitrahnya manusia berbeza sikap dan perlakuan, dikhuwatiri teguran tidak dspat diterima dengan baik, dan lebih menimbulkan ketegangan. Puisi Imam Syafi’e:“nasihatilah aku dikala aku sendiri, jangan kaunasihati aku tengah keramaian, kerana nasihat di muka umum adalah dari penghinaan yang tidak suka aku mendengarnya, jika engkau enggan dan tetap melanggar kata2ku, maka jangan menyesal jika aku enggan menurutimu”

Dari sisi Yusra, sikap seorang dai’e perlu berlapang dada dan berfikiran positif atas setiap teguran. Bukan terus melenting. Sedang akhlak Rasulullah apabila ditegur Allah atas keputusan keatas tawanan Perang Badar, yang mana Rasulullah lebih memerhatikan pendapat Saidina Abu Bakar untuk menjadikan tebusan perang sebagai…. Berbanding pendapat Saidina Umar Al-Khattab supaya segera membunuh tawanan perang. Setelah teguran Allah keatas Rasulullah, baginda dan sahabat Abu Bakar terus menerus memohon keampunan pada Rabb nya, dan kembali berjumpa Saidina Umar pada keesokan harinya untk meminta maaf. Disini jelas bagaimana sikap Rasulullah apabila ditegur, baginda terus memohon keampunan pada Allah kerana Allah yang mengilhamkan teguran itu pada Atikah untuk memperbaiki diri Yusra sebelum memegang amanah yang besar (Mas’ulah). Firman Allah,

3. Berat dalam melepaskan amanah

Sepatutnya Atikah tak perlu merasa berat untuk melepaskan beban kerana sampai bila dia ingin memegang tampok kepimpinan tersebut tanpa mempunyai re-generasi yang baik. Dia seharusnya yakin dengan junior tersebut sekaligus sama-sama membantu dalam memberikan tunjuk ajar dan mengobarkan semangat (8:65) dan hendaklah yakin dengan keputusan yang telah ditetapkan dan bertawakal kepada Allah (13:36)

Sekiranya terdapat beberapa kesalahan atau terdapat perkara-perkara yang terlepas pandang yang di lakukan oleh Yusra, Atikah seharusnya menjadi orang yang paling ke depan untuk menegur dan menasihati Yusra untuk di perbaiki pada masa yang akan datang dan bagi peluang untuk Yusra terus menonjolkan dirinya. Atikah juga perlu menunjukkan keteladanan yang baik kepada Yusra (4:69)

4.Tidak yakin memberi arahan pada senior


Jika niat Yusra semata-mata ingin mencari Redho Allah dan sayangkan dakwah, sudah pasti tiada masalah teragak-agak untuk memberi arahan kepada senior. Berdasarkan pengalaman medan, Atikah sepatutnya taat kepada arahan sebagaimana dahulu dia memberi arahan ke bawah. Walaupun Yusra merupakan junior, Atikah perlu Tsiqah sepenuhnya kepada kepimpinan Yusra dan meluruskan niat dalam berbuat semata-mata kerana Allah, pasti semua masalah akan selesai. Tiada konsep senioriti dalam dakwah sebaliknya yang membezakan adalah tahap kematangan yang menentukan cara berfikir dan bertindak. Pelantikan ’Atiqah adalah pemilihan dari Allah. DIA Maha Mengetahui sisi-sisi kelebihan yang ada pada Atiqah yang mampu menyumbangkan sesuatu untuk dakwah. Tindakan selanjutnya ialah kesungguhan Atiqah menggilap potensi diri yang pastinya datang dari kedekatannya dengan Allah.

Rujukan:
Virus-virus ukhuwah-Abu ‘Ashim Hisyam bin
Fikih Dakwah- Jum’ah Amin Abdul Aziz
Bekalan di sepanjang jalan dakwah-Al-Ustadh Mustafa Masyhur

MASUKAN 3
Masalah Yusro
- kurang yakin dengan keupayaan diri sendiri
-

Masukan
- bina keyakinan diri sendiri, tahu ini adlh amanh ALLAH
- belajar untuk beri pengarahan walaupun kepada senior
- jelas dgn peranan dan bidang kuasa dan tugas sbg masul
- refer akhwat senior dlm kes2 yg tak dapat diselesaikan

Masalah Masul Senior

- menyahmotivasikan akhwat dgn selalu bimbang kreadibiliti masulah baru
- underestimate akhwat

Masukan
- bg semangat dan jgn underestimate akhwat
- teguran membina yang berhikmah
MASUKAN 3
1. PENGALAMAN DAKWAH TEMPAT LAIN/SENDIRI
· Yusra perlu membuang perasaan tidak yakin yang ada dalam diri, dan perlu menambahkan lagi tsaqafah dakwahnya
· Atiqah perlu mengaplikasi adab-adab menegur
· Atiqah tidak boleh terlalu pesimis, malah harus bantu Yusra
· Yusra perlu memahami bahawa tiada istilah senior junior dalam dakwah

2. BUKU
· Nasihat itu semuanya baik, apabila dilakukan dengan cara dan metode yang baik pula. Ia baik untuk pemberi nasihat, juga baik untuk orang yang dinasihati- Memperbaharui Komitmen Dakwah, m/s 198
· Nasihat daripada seorang pemimpin kepada pengikutnya harus dilakukan dengan cara yang dipenuhi oleh rasa kasih sayang serta kelembutan. Sebaliknya, nasihat dari seorang pengikut kepada pemimpinnya dilakukan dengan penuh etika dan perasaan-Memperbaharui Komitmen Dakwah, m/s 200
· Ketika Rasulullah sakit, Rasulullah meminta Abu Bakar mengimami solat menggantikan beliau. Walaupun Aisyah kurang bersetuju (kerana suara lembut-takut tak dengar), tetapi Rasulullah tetap meneruskan keinginannyaĆ  ini menunjukkan Rasulullah tidak ragu-ragu terhadap bakal penggantinya.- Sirah Nabawiyah Ramadhan Al-Buthy, m/s 448&449.






Hananah adalah akhwat inti di medan P. dia merasakan adalah satu situasi yang kurang enak di kalangan dua orang rakan sehalaqahnya. Kekerapan mereka menghabiskan masa bersama seperti mabit, jaulah hatta tidur menimbulkan rasa kurang enak di kalangan akhwat yang melihat. Malah ada junior yang mengadukan perasaan kurang senang lantaran risau kekerapan mereka bersama akan mengundang lebih banyak fitnah dan musibah yang besar. Hananah kerap menegur mereka berdua supaya melebarkan lagi ukhwah dengan akhwat lain dan mad’u yang mebih memerlukan sentuhan untuk mengikat kefahanman mereka dalam dakwah dan tarbiyah. Hananah selaku penasihat zon mengemukakan cadangan untuk melantik salah seorang dari mereka-Ayuni sebagai mas’ulah atas alasan bila dilonggokan dengan tugas yang menimbun mungkin akan dapat mengatasi masalah ini dan semua ahli syura menerima sebulat suara. Walau teguran demi teguran tetapi masih tiada pengislahan. Keadaan semakin runcing apabila hubungan Hananah dengan mereka menjadi bertambah tegang. Ayuni kerap kerap tidak merujuk Hananah dalam pelaporan medan hingga miscom banyak perkara. Ketegangan hubungan antara mereka berdua juga membuatkan akhwat yang lain juga risau.
MASUKAN 1
MASALAH Yang Dikenal Pasti pada Ayuni dan x:
Terlalu rapat dan mesra dengan akhwat lain sehingga mengabaikan akhwat lain.
Sikap yang terlalu mengikut perasaan.
Sikap ego sehingga menjadi banyak berahsia.
Tidak berbincang/tiada muafakat.
Masalah ukhwah.
Keras kepala yang tidak mahu menerima nasihat dengan baik.
MASALAH IMAN.


SOLUSI yang mungkin:
Konfrontasi seorang ayuni dan x secara berasingan. Ini dilakukan oleh akhwat sesame halaqah tapi bukan Hananah. Mungkin juga boleh dilakukan oleh akhwat yang lebih dihormati oleh mereka berdua untuk menunjukkan keseriusan masalah yang mungkin pada pandangan ayuni dan x bukan satu masalah yang besar. Nasihat perlu diberikan secara berhikmah.
Nasihat yang perlu ditekankan adalah masalah niat. Terangkan dan ingatkan kembali akan kata-kata mereka sutau ketika dulu mengenai niat mereka menyertai dakwah. Sentuh banyak banyak kisah sirah. Mungkin buku niat ikhlas karangan Yusuf Qaradhawi boleh dihadiahkan buat mereka.
Ingatkan ayuni & x mengenai dasar-dasar ukhwah imaniyah yang mana dasarnya adalah iman dan jihad fisabilillah. (HHD m/s 13).
Ingatkan mereka berkenaan akhlak seorang dai seperti mendengar nasihat dan tidak berbantah-bantahan. Hadith rasulullah saw: larangan selepas menyembah berhala adalah berbantah-bantahan.
Downgradekan mereka, sebab menjadi masalah besar sekiranya asas bangunan yang rosak digunakan untuk membuat bangunan. Ayuni tak sepatutnya dilantik menjadi mas’ul walau bagaimanapun ini keputusan syura yang saya hormati. Tetapi buruknya para pemimpin adalah tanda bahaya bagi jemaah (HHD m/s 273)
Lebih sibukkan mereka dengan kerja-kerja dakwah dan lain-lain. Namun kerja yang diatur antara mereka adalah berlainan dan diatur agar mereka sukar untuk bertemu buat sementara waktu (mungkin sebulan dua). Selain itu, sediakan mereka peneman yang baik dan membantu mereka dalam meneutralkan hubungan dengan akhwat lain.
Hananah mungkin perlu meminta maaf pada mereka berdua walaupun tak nampak salah Hananah tapi ia mungkin menimbulkan kesan terharu pada mereka berdua dengan harapan mereka lebih Allah bukakan hati untuk menerima nasihat selebihnya.
jumper keduanya dalam waktu yang same.. bagi masa intensif untk mereka perbaiki keadaan. Elakkan dzon..



MASUKAN 2
Daripada ‘study-case’ yang diberikan, terdapat dua permasalahan yang berlaku, iaitu ukhwah melampau di antara Ayuni dengan seorang akhwat di medannya dan ketidaktsiqohan Ayuni terhadap Hananah selaku penasihat zonnya. Ukhwah yang melampau itu adalah mendekati hal-hal yang berlebihan, seperti ketergantungan atau rasa suka terhadap sahabat, membebani diri dengan beban yang terlalu berat dalam upaya melayani atau mendekatinya. Ukhwah melampau adalah satu kesalahan fatal dalam kita beramal jamaie. Di antara simptom-simptom ukhwah melampau adalah berperasaan berbunga-bunga apabila teringat atau berjumpa akhwat tertentu. Selain itu, kekerapan bersama juga adalah salah satu faktor wujudnya virus ini.
Virus ukhwah melampau ini amat berbahaya dalam sesebuah jemaah dan soff dakwah. Di antara kesannya adalah melemahkan ukhwah antara akhwat-akhwat. Menurut sabda Rasulullah SAW, “Cintailah kekasihmu sesederhana mungkin, siapa tahu dia menjadi musuhmu pada suatu saat nanti. Dan bencilah musuhmu sesederhana mungkin, siapa tahu ia menjadi sahabat dekatmu pada suatu saat nanti.” Dalam hadits yang lain, Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah dua orang yang saling mencintai kerana Allah kecuali orang yang lebih besar cintanya adalah yang lebih utama di antara keduanya.” Menurut khalifah Ar-Rasyidin yang kedua, Saidina Umar bin Khattab r.a. berkata, “Janganlah cinta membuatmu terbelenggu oleh beban yang berat dan janganlah rasa bencinya membuatmu hancur lebur.” Aslam bertanya, “Bagaimana hal itu bisa terjadi?” Umar menjawab, “Jika kamu cinta, maka kamu berusaha mencintainya secara berlebihan seperti bayi. Dan jika kamu membenci sahabatmu, maka kamu menginginkan dia hancur.” Daripada dalil-dalil di atas, jelas menunjukkan bahawa kita tidak boleh berlebihan dalam mencintai seseorang kerana akan melemahkan persahabatan. Namun demikian, jadikanlah cintamu kepada sahabat lebih besar cintanya kepadamu agar dapat meraih fadhilah (keutamaan) yang dijanjikan Allah.
Berhubung dengan permasalahan yang diberikan, ukhwah yang melampau di antara Ayuni dan akhwat di medannya adalah sangat kritikal sehingga menimbulkan rasa kurang senang akhwat lain terhadap mereka. Ini menjadi keteladanan yang tidak baik kepada junior yang tidak faham istilah ukhwah melampau. Bagi mereka senior adalah cerminan dakwah yang diemban dan rujukan langsung dalam dakwah. Senior adalah teladan dalam pembicaraan dan amalan. Oleh itu, jika berlaku keteladanan yang tidak baik seperti ukhwah yang melampau, junior atau jundi yang di bawah akan mudah tersibghah dengan apa yang ditunjukkan oleh senior atau qiyadi tersebut. Menurut buku Fikih Dakwah karangan Jum’ah Amin, dalam ushul fiqh kaidah pertama, Islam melihat bahawa keteladanan merupakan sarana dakwah dan pendidikan yang paling efektif, sehingga Islam menetapkan sistem pendidikan yang bersambung atas dasar prinsip keteladanan tersebut. Menurut seorang ikhwah, di dalam piramid pengaruh, keteladanan merupakan faktor utama untuk mendapat ketsiqohan daripada jundi atau objek dakwah.

Masalah ukhwah melampau ini juga menjadi bertambah rumit kerana ia mempengaruhi faktor yang lain. Dalam permasalahan ini, ia menyebabkan berlakunya masalah ketidaktaatan jundi terhadap qiyadi. Ini dapat dilihat daripada sikap Ayuni yang tidak merujuk dan melapor kerja dakwah kepada Hananah apabila ditegur berulang kali mengenai masalah ukhwah yang berlaku dalam diri Ayuni. Menurut buku Bersama Kereta Dakwah karangan Dr. Adil Abdullah al-Laili asy-Syuwaikh, ketaatan adalah dasar jama’ah. Tiada erti berjama’ah tanpa ada kepimpinan, dan tidak ada fungsi kepimpinan tanpa ada ketaatan. Allah SWT berfirman,

“Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul-Nya, dan ulil amri di antara kalian.” (An-Nisa’:59).

Daripada dalil dan pertimbangan akal, ini jelas bahawa ketaatan menjadi suatu kehalusan dalam sebuah jama’ah yang ingin menegakkan amal dakwah agar bisa mewujudkan tujuan dan juga agar amal itu berkualiti tinggi, sehingga ketaatan itu menjadi sarana paling tepat untuk mencapai pelbagai tujuan, sebagaimana tercapainya tempat tujuan secara lebih baik bagi golongan musafir.
Bagi menyelesaikan permasalahan ini, kedua-duanya, Ayuni dan Hananah perlu bersikap telus di antara satu sama lain. Hananah perlu mengambil tindakan terakhir bagi permasalahan ukhwah melampau di antara Ayuni dan seorang lagi akhwat yang terlibat. Hananah perlu bertindak tanpa emosi untuk mengelakkan keadaan menjadi bertambah tegang. Ayuni dan akhwat tesebut perlu diberi masa untuk berubah dan diberi juga amaran terakhir memandangkan teguran telah banyak diberikan sebelum itu. Amaran-amaran terakhir termasuklah di’downgrade’ dan digantung halaqah. Selain itu, Hananah juga perlu menegur masalah ketaatan Ayuni yang telah menjejaskan dakwah di medan P. Teguran-teguran perlulah disertakan dngan dalil-dalil seperti di atas bagi memahamkan Ayuni dan akhwat yang bermasalah tersebut.
MASUKAN 3
PERMASALAHAN :

· Ukhwah melampau antara kader inti
· Hanya seorang akhwat sahaja yang menegur-Hananah
· Hananah perlu memberitahu murobbiyah tentang kes ini
· Ayuni tidak bersikap lapang dada menerima teguran
· Gerak kerja dakwah terganggu kerana Ayuni tidak merujuk kepada Hananah hingga menimbulkan banyak miscom
· Ukhuwah antara Hananah dan Ayuni terganggu hingga membuatkan akhwat lain juga risau

SOLUSI

1. PENGALAMAN DAKWAH TEMPAT LAIN/SENDIRI
· check dulu sama ada dakwaan itu adalah benar atau tidak
· Hananah kena refer kepada murobbiyah tentang masalah ini
· murobbiyah, Ayuni dan satu orang lagi akhwat yang terlibat perlu “face to face” untuk settlekan masalah ini
· Ayuni dan akhwat yang seorang lagi di kuarantinkan untuk tempoh yang tertentu dan hanya boleh berjumpa pada waktu halaqah sahaja
· adakan sesi “brainwash” kepada kedua-duanya
· sekiranya masih lagi berlaku, Ayuni dan akhwat tersebut digantung halaqah dan program. Semua jawatan yang dipegang oleh kedua-dua akhwat tersebut, dilucutkan
· sekiranya masih lagi berlaku, Ayuni dan akhwat tersebut di “downgrade”kan ke ta’lim

2. BUKU
· Salah satu pilar tazkiyatun nafs adalah kita bersikap lapang dada dan memaafkan orang, kerana sikap ini akan menutup peluang bagi syaitan untuk menjerumuskan kita ke dalam dosa-dosa yang lebih parah dan menutup jalan bagi munculnya sifat-sifat buruk seperti dendam, sakit hati, permusuhan..dan lain-lain..-Kunci Kunci Dakwah Yang Dilupakan, m/s 140



Aleeya adalah mas’ulah baru medabn P. Dia merasa agak buntu dan merasa agak terkontang kanting lantaran semua akhwat inti dari batch senior meninggalkan medan P untuk praktikal. Sebelum ini Aleeya tidak pernah didedahkan dengan hal-hal management menyebabkan syuro yang dikendali tidak efektif-membincangkan masalah yang sama tanpa ada jalan penyelesaian yang tepat. Ini menyebabkan ada cakap-cakap belakang diluar syuro yang mempertikaikan kerelevenan keputusan yang dikeluarkan. Dia juga mengacu perjalanan dakwah sama seperti yang dibuat senior menyebabkan dia merasa dakwah menjadi baku dan rigid.Baru-baru ini, seorang akhwat yang sudah menikah dan miliki anak diletak di bawah pengurusan medan P lantaran berpindah tempat praktikal. Dia takut untuk memberi pengarahan yang tepat kepada akhwat tersebut lantaran kurang pengalaman.
MASUKAN 1
Information
Hypotesis
Action plan
Aleeya
Masulah baru
Kurang pengalaman dakwah lantaran akhwat senior telah meninggalkan medan untuk pergi praktikal
Tidak pernah didedahkan dengan hal2 management - so, syuro yang di kendalikan tidak effective
Tiada ketaatan daripada ahli syuro terhadap keputusan yang telah di buat
Dakwah baku dan rigid
Takut untuk memberi pengarahan yang tepat kepada akhwat lantaran kurang pengalaman
i) kurang membaca buku
ii) kurang terdedah kepada gerak kerja
iii) melimitkan tsaqafah dakwah
iv) mugkin ada akhwat yang sebaya yang lebih berpengalaman menyebabkan dia merasa takut dan rendah diri untuk membuat keputusan
v) tiada sikap proaktif tetapi lebih kepada reaktif
vi) keputusan syuro yang dibuat bersifat peribadi
vii) banyak menjurus kepada teori

1) sikap seorang dai
2) system syuro
3) ketaatan
4) proaktif










PENYELESAIAN

1. Aleya tidak pernah didedahkan dgn hal-hal mngmnt
~Murabiah/qiadah tidak beri pendedahan tentang management
~ lantik akhwat inti / penasiha


t dari mdan lain untuk Bantu dari sudut management sebab dia dilantik tanpa memenuhi criteria menjadi masu’lah- bimbigan khusus mngment da’wah

2. Syuro x efektif/ xmatang
~tingkatkan pemantauan
~jika tiada perubahan, bawa ke atas
~setiap ahli syuro wajib faham garis panduan syuro. “Tanzim Haraki dalam Islam” oleh Ahmad Abd al-Mun’im al- badri. m/s 62-67

3. Najwa
~ sama seperti 2.
~ sepatutnya sampaikan kepada (dalam) syuro
~refer “Memahami Prinsip-prinsip Amal Islami” said Hawwa. m/s104

4. Mengacu dakwah seperti senior.
~Seharusnya mas’ulah prlu meneliti ikut keadaan semasa/ waqi’ bukan cua copy n paste. Dalam permaslahan Mutaghayirat. Refer buku “Tsawabit & Mutaghayirat dalam Gerakan Islam”

5. takut beri pengarahan
~ Qiadah-mnjadi kewajipan seorang mas’ul beri pgarahan(Taujih)
Sesuai dgn kadar pemahaman ojek dakwah.
~takut beri pgarahan tdk timbul jika peranan syuro dimainkan dgn tepat.

MASUKAN 2
Daripada study-case yang diberikan, mengikut buku bersama kereta dakwah, antara tahap-tahap ketergelinciran para dai, ialah yang pertama tidak berniat mengorek-ngorek kekeliruan. Kedua tidak mengumumkan kekeliruan saat mengetahuinya, ketiga memaafkan kekeliruan yang diiringi dengan peringatan dan terapi. Secara ringkasnya, masalah yang timbul ialah apabila Aleeya tidak mengambil perhatian yang serius atas konflik dalaman yang dihadapinya menyebabkan dia tidak merasakan masalah ini menjadi hambatan utama untuk dia meluaskan daya kekreatifannya dan mendasyatkan potensi diri. Aleeya tidak bertindak segera untuk meminta masukan dari murobbiyah seterusnya membiarkan sahaja tanpa berusaha mengislahkan diri setelah menerima masukan. Berdasarkan masalah diri yang dihadapi Aleeya, dia masih kurang faham tentang keberadaannya dalam saf dakwah menyebabkan dia mencampur adukkan masalah diri dan dakwah. Dia tidak mampu mengemban tugas dakwah dengan bersungguh akibat dari masalah keyakinan, kurang skill yang sangat memerlukan pembaikan dengan kadar segera.

Justeru, Imam Hasan Al-Banna sangat prihatin terhadap kefahaman yang sebenar dan menjadikannya sebagai rukun yang pertama dan menetapkannya sebagai salah satu prinsip 20, sebagai lingkungan yang dapat memelihara Islam daripada tersilap dan terseleweng. Para petugas da’i yang keimanan dan persediaan mereka untuk bekerja di jalan Allah telah sampai ke tahap pengorbanan segala-galanya dalam memburu matlamat. Atau mendengar ungkapan Al-Syahid Imam Hassan al-Banna, “Azam yang sebenar-benarnya untuk hidup dengannya (Islam) dan mati di jalannya (Islam).”

Beberapa langkah perlu diambil segera untuk mengelakkan Aleeya terus menerus menguruskan syuro dengan tidak efektif.Disebabkan Aleeya belum pernah didedahkan dengan hal-hal management, batch senior perlu bertindak menyalurkan kefahaman dengan baik secara umum sahaja supaya tidak berlakunya proses penerimaan bulat-bulat menyebabkan terbantutnya perkembangan idea-idea baru. Skill menghandle syuro boleh diperolehi dengan banyakkan bertanya pengalaman dengan akhwat inti termasuk meluaskan tsaqafah melalui pembacaan. Cadangan buku ; Syura bukan demokrasi, Tsawabit, bersama kereta dakwah, Di antara penyelewengan dan keaslian, Robohnya dakwah di tangan dai, persiapan awal dan teliti sebelum syura; merancang agenda syura dan memikirkan idea setiap agenda, perlu menguasai peranan dan dan watak system syura untuk diri sendiri dan terus salurkan kefahaman ke bawah.

Berdasarkan buku Tsawabit, para sahabat pun meminta pendapat, oleh itu Aleeya patut meminta pendapat pada akhwat lain untuk buat yang terbaik dalam syura. Aleeya perlu memberikan kepahaman tentang konsep syura yang wajib diikuti, hokum syura syura itu wajib dan mengikat, tidak boleh buat keputusan sendiri, bahaya najwa selepas syura kepada semua ahli syura. Sekiranya permasalahanya yang berlaku masih berlaku Aleeya boleh sahaja membuat satu daurah untuk menekankan konsep syura dengan lebih terperinci.

Ketika berhadapan dengan memberi arahan kepada akhwat yang ada anak yang baru ditukarkan tempat praktikal ,sebelum menetapkan syuro, Aleeya perlu meminta masukan dari medan lain yang pernah mengalami situasi tersebut , Aleeya juga perlu merujuk buku-buku seperti Barakallahulaka dan buku-buku lain yang berkaitan untuk mengetahui bagaimana komitmen akhwat yang sudah menikah dan mempunyai anak.

Rujukan
1. Bersama kereta dakwah
2. Tsawabit – Jum’ah Amin
3. Syuro bukan demokrasi –

MASUKAN 3
,Masalah
1.ukhuwwah mengganggu kelancaran dakwah hingga menyebabkan miscomm ant masulah dan pemantau
2. sikap sukar menerima teguran dari akhwat lain, dan bagi feed back tak baik hingga akhwat lain turun menyedari
3.


Masukan
1.untuk akhwat yg terlibat dgn masalah ukhuwwah, asingkan halaqah dan medan dakwah
2. taujih personal akhwat yg terlibat dgn masalah ukhuwwah oleh org yg di tsiqoh cth masulah akhwat

MASUKAN 3

1.PENGALAMAN DAKWAH TEMPAT LAIN/SENDIRI
· Satu sem sebelum akhwat senior meninggalkan medan P untuk praktikal, akhwat junior sepatutnya didedahkan dengan hal-hal management dakwah kampus. Akhwat senior hanyalah menjadi pemantau dan pemerhati sahaja.
· Akhwat lain terutamanya rakan sehalaqah sepatutnya membantu Aleeya, terutamanya dalam hal-hal management
· Aleeya harus tegas dalam hal melibatkan cakap-cakap belakang selepas syuro
· Aleeya harus banyak bertanya pada mas’ulah zon lain, membaca buku untuk luaskan tsaqafah dan meningkatkan kekreatifan.

2.BUKU
· Meluruskan kesalahan sesegera mungkin. Agar tidak menjadi berlarut-larut sehingga akan menjadi sulit untuk diluruskan dan mengganggu perjalanan dakwah dalam merealisasikantarget-targetnya…-Kunci-Kunci Dakwah Yang Dilupakan,m/s 42. Kesalahan yang dimaksudkan disini adalah ketidakrelevanan keputusan syuro.