? ??????????????Spongebob? ????? ?? ???Rating: 4.3 (41 Ratings)??35 Grabs Today. 9593 Total Grabs. ??????P
review?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????Do You Feel Lucky?? ????? ?? ???Rating: 4.8 (23 Ratings)??33 Grabs Today. 6636 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Lil BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, October 10, 2007

Ummu Sulaim bukan pemalas

“Saya bukan pemalas”. Kalimat ini sering dilaungkan dalam diri untuk terus termotivasi dalam menyelesaikan semua urusan dengan baik, tepat dan benar. Saya bukan pemalas = saya seorang yang rajin. Seorang yang rajin adalah seorang yang sentiasa rajin dalam memperbaiki kelemahan diri, seorang yang tidak hanya melihat kekurangan orang lain tapi berprinsip bahawa ‘perbaiki dirimu dan ajaklah orang lain’. Seorang akhwat tarbiah wajib bersikap positif ini, rajin menghisab diri sendiri dalam usaha untuk memperbaiki diri orang sekitar.
Al Kailani pernah berkomentar, “Bila engkau mampu meluruskan kekurangan yang ada pada dirimu, bererti engkau mampu meluruskan kekurangan yang ada pada selain dirimu.” Ia melanjutkan, “Kemampuanmu menghilangkan kemungkaran tergantung dengan kekuatan imanmu memerangi kemungkaran dalam dirimu. Kelemahanmu tinggal diam di dalam rumah dari mengubah kemungkaran adalah karena kelemahan imanmu dalam memerangi kemungkaran yang ada dalam dirimu. Kekukuhan dan kekuatan imanlah yang mengukuhkan para ulama saat mereka berhadapan dengan pasukan syaitan baik manusia dan jin.” (Al-Fathur Rabbani, 30)
Seterusnya seorang da’i yang rajin adalah seorang yang mempunyai banyak perkara yang baik dalam diri. Ini bermaksud bahawa seorang da’i itu wajib memperbanyakkan cas positif dalam dirinya. Ini kerana seperti yang selalu dan kita sedia maklum, masyarakat sekitar kita hari ini dipenuhi dengan cas negatif. Mengikut prinsip arus eletrik, cas postif akan mudah menarik cas negatif. Seorang da’i yang mempunyai banyak cas positif akan lebih mudah menarik masyarakat sekitarnya. Saya bukan pemalas jika saya berusaha memperbanyakkan cas positif dalam diri. Perbanyakkan cas positif dalam diri dan tampilkan cas positif itu dengan akhlak dan tingkah sepanjang bersama dengan objek da’wah.
Akhwat fillah, janganlah kita jadi orang yang seperti ini: dia sudah bertahun-tahun terlibat dalam da'wah dan tarbiyah, namun tidak ada pengaruh positif bagi dirinya dan orang lain di sekitarnya. Orang ini pasif, ada atau tidak adanya, dia tidak berpengaruh. Dia tidak memberi dukungan terhadap aktiviti da'wah. Tidak terpancar perbaikan positif padanya. Dia tidak memperhatikan unsur ketidakhadirannya dalam aktiviti da'wah. Dan dia tidak menyampaikan udzur bila menolak amanah da'wah.
Jadilah kita al ukht yang aktif dan positif. Berani menempuh perjalanan panjang, perjalanan yang pernah ditempuh oleh Rasul dan para sahabatnya, perjalanan yang penuh dengan o­nak dan duri, untuk menggapai redha Illahi. Dan memiliki cita-cita tertinggi, iaitu mati syahid fisabilillah.
Selain itu, saya bukan pemalas sekiranya saya sentiasa memperbaharui niat dan memperbaiki amal kepada Allah SWT. Niat adalah perkara asas yang perlu diperhatikan sebelum, semasa, dan selepas kita berbuat sesuatu. Niat yang ikhlas datang dari hati yang luhur, hati yang hanya mengharapkan pengiktirafan Allah berbanding mengharap pengiktirafan manusia, hati yang sentiasa berikrar untuk hidup dan mati kerana Allah. Insya Allah niat yang baik dan benar akan mengarahkan pemilik hati itu ke arah amal dan ibadah hanya kerana Allah SWT.
"Di antara orang-orang mu'min itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu- nunggu dan mereka tidak mengubah (janjinya).." (QS. Al Ahzab: 23)
Untuk mencapai cita-cita tertinggi kita itu bukan jalan yang mudah. Jalan untuk mencapainya penuh dengan o­nak dan duri. Segala tentangan dan cubaan sentiasa muncul, baik dari diri kita mahu pun dari luar. Untuk itu sangat diperlukan kebersihan hati dan keikhlasan. Bila kita menemukan seorang akhwat yang tidak ikhlas, lepaskan dia dari barisan kita. Kerana kehadiran dia hanya akan membuat barisan ini menjadi tidak rapi.
Ali bin Abi Thalib pernah mengatakan mengenai 4 sikap yang terpuji tapi susah dilakukan. Keempat sikap itu adalah memberi maaf ketika kita sedang marah, bersikap dermawan pada saat-saat krisis, menjaga diri dari perbuatan dosa ketika tidak ada orang lain (yang melihat kita), mengatakan yang haq kepada orang yang kita harapkan kebaikan darinya atau orang yang kita takuti. Keempat sikap di atas memang sulit untuk dilakukan, tapi tidak akan sulit apabila pelakunya ikhlas. Kerana orang-orang yang tidak ikhlas, mereka sebenarnya sedang tergelincir, tergelincir mengikuti hawa nafsu. Salafush sholeh mengatakan bahawa menundukkan hawa nafsu itu sebenarnya indah, sedangkan mengikuti hawa nafsu itulah yang sebenarnya tidak indah.
Saya bukan pemalas apabila saya sentiasa mencari suasana yang indah dan dirahmati Allah seperti majlis ilmu dan perbincangan bersama orang-orang soleh. Berbahagialah mereka yang berusaha gigih dalam mencari sumber kebajikan. Mari sama-sama kita fahami kisah hidup antara lalat dan lebah, mudah-mudahan kita dapat mengambil pelajaran daripada kisah hidup kedua-dua makhluk Allah ini.
Lalat adalah haiwan yang sentiasa menyukai tempat-tampat yang kotor dan berbau busuk. Di mana ada sampah atau bangkai, di sana ada lalat. Tidak hanya satu atau dua ekor lalat yang mendatangi, bahkan ramai mereka untuk berebut tempat, suaranya pun terdengar kencang, seolah mereka sedang membicarakan nikmatnya mendatangi bangkai itu dan menjadikannya sebagai perbincangan menarik.
Setelah mereka puas mendatangi satu bangkai, mereka akan beralih untuk mencari bangkai yang lain dengan masih membawa bekas dan bau busuk dari bangkai pertama yang mereka datangi. Jika tidak ketemu, mereka akan menghampiri tempat-tempat yang bersih atau makanan yang terbuka namun dalam rangka untuk menyebarkan bibit penyakit kepada siapapun. Setiap orang pun akan merasa jijik terhadapnya.
Berbeza sekali dengan lebah. Lebah adalah haiwan yang sangat menyukai keindahan dan kemanfaatan. Mereka selalu dan hanya akan mendatangi kembang-kembang indah yang tengah bermekaran. Mereka hinggap di sana, lalu mengambil sari pati dari setiap kembang yang mereka singgahi untuk kemudian dijadikan bahan baku pembuatan madu. Apa yang mereka ambil dari satu kembang ke kembang yang lain merupakan bahan terbaik yang akan menghasilkan madu yang bermanfaat dan bisa dijadikan sebagai ubat berbagai penyakit bagi manusia.
Setiap hari, yang terlintas di benak sang lebah adalah menghasilkan madu dengan kualiti terbaik hasil olahan sendiri dengan izin Allah SWT. Adapun sengat yang melekat di tubuh mereka bukan merupakan alat untuk menyerang musuh, melainkan sebagai alat untuk mempertahankan diri dari berbagai gangguan.
Beruntunglah menjadi sebahagian dari komuniti lebah, sebagai perumpamaan orang-orang yang selalu senang berada di majlis-majlis ilmu dan dzikir, yang mengambil sari patinya untuk kemudian dijadikan sebagai bahan beramal kebaikan, sebagai hujjah untuk menolak kebatilan dan keingkaran terhadap Allah SWT dan Rasul-Nya, dan orang pun dapat mengambil banyak manfaat darinya, dunia akhirat.
Dan merugilah menjadi sebahagian dari komuniti lalat, sebagai perumpamaan bagi orang-orang yang lebih senang mendatangi tempat-tempat maksiat, yang tidak mendatangkan sesuatupun kecuali keburukan dan kebahagiaan yang sementara, dan orang-orang pun pada akhirnya enggan mendekati.
Jadi ukhti fillah sekalian, kita bukan pemalas sekiranya kita sentiasa cuba memperbaiki diri ke arah yang lebih baik, sentiasa mengumpulkan banyak cas positif untuk meneutralkan masyarakat, sentiasa memperbaharui niat dan amal, dan sentiasa ingin berada dalam suasana yang indah dan dirahmati Allah.
Sama-samalah kita berdoa: Wahai Tuhan kami! Perbaikilah hati kami, hapuskanlah cacat cela kami, pimpinlah kami ke arah kebaikan, hiasilah kami dengan taqwa, kurniakanlah kepada kami taat setia kepadaMu sepanjang hidup kami. Tuhan kami! Jadilah kami ikhlas kepadaMu, syukur kepadaMu, bertawakkal kepadaMu, taubat kepadaMu, khusyuk kepadaMu. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami mohon kepadaMu ketetapan di dalam urusan ini keazaman di dalam hidayah tolonglah kami mengingat Engkau menyebut namaMu mensyukuri Engkau baik ibadat kepadaMu.
Sama-sama renungkan kata-kata Imam al-Jauzi, "Diantara ciri-ciri kebahagiaan dan kemenangan seorang hamba adalah apabila ilmu pengetahuannya bertambah, bertambah pula kerendahan hati dan kasih sayangnya. Setiap bertambah amal-amal shalih yang dilakukan, bertambah pula rasa takut dan kehati-hatiannya dalam menjalankan perintah Allah. Semakin bertambah usianya, semakin berkuranglah cita-cita keduniaannya. Ketika bertambah hartanya, bertambah pula kedermawanan dan pemberiannya kepada saudara. Jika bertambah tinggi kemampuan dan kedudukannya, bertambahlah kedekatannya kepada manusia dan semakin rendah hati kepada mereka. Sebaliknya, ciri-ciri kecelakaan adalah ketika bertambah ilmu pengetahuannya semakin bertambah kesombongannya. Setiap bertambah amalnya, kian bertambah kebanggaannya pada diri sendiri dan penghinaannya pada orang lain. Semakin bertambah kemampuan dan kedudukannya, semakin bertambah pula kesombongannya." (Al Fawa-id, Imam Ibnul Qayyim)

0 comments: