? ??????????????Spongebob? ????? ?? ???Rating: 4.3 (41 Ratings)??35 Grabs Today. 9593 Total Grabs. ??????P
review?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????Do You Feel Lucky?? ????? ?? ???Rating: 4.8 (23 Ratings)??33 Grabs Today. 6636 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Lil BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, October 10, 2007

Saadiah opinion about 'BAGAIMANA MELATIH AKHWAT BERSIKAP DENGAN FAMILY SUPAYA KUALITI DAKWAH DI KAMPUS = KUALITI DAKWAH DI RUMAH'

Cukuplah bagiku Engkau Ya Allah, Tiada dihatiku melainkanMu, Nur Muhammad Ya Rasulullah, Tiada Tuhan selain Allah. Hidup ini sungguh sempurna jika sentiasa berpegang kepada tali agama Allah Al-Quran dan As-Sunnah. Setiap manusia ingin yang terbaik dalam hidupnya, namun semuanya sudah tertulis seperti dalam satu hadis riwayat Bukhari dan Muslim iaitu ‘...kemudian diutuslah malaikat untuk meniupkan ruh kepadanya dan menyampaikan empat perkara: menulis rezekinya, ajalnya, amal perbuatannya, dan akan menjadi orang sengsara atau bahagia. Demi Allah yang tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain-Nya...’. Teringat kepada satu lagu daripada Kumpulan Alarmme yang bertajuk Adakah Kau Lupa iaitu kunci dan rahsia kejayaan bagi setiap orang mukmin adalah keimanan dan ketaqwaan kepada Allah. Oleh itu di mana sahaja seorang hamba itu berada dia perlu sentiasa bertaqwa kepada Allah. Iman berkembar dengan ukhwah. Itu adalah frasa yang sering dikaitkan apabila kita mendapati iman kita semakin menurun terutamanya apabila berada di rumah. Kononnya kerana tiada pembimbing atau sahabat yang dapat mengingatkan kita apabila kita terleka atau lalai dalam kehidupan seharian dengan melakukan perkara-perkara yang sia-sia.
Bagaimana sikap kita semasa di kampus yang begitu aktif dalam berdakwah serta memberi nasihat kepada kawan-kawan yang menghadapi masalah akan dapat diaplikasikan di rumah agar kualiti dakwahnya sentiasa istiqamah malah mungkin lebih baik lagi. Sepatutnya di rumah kita mendapat tambahan kekuatan iaitu ibu bapa kerana doa dan keredhaan mereka adalah keredhaan Allah yang kita sangat rindukan untuk menggapainya. Berbuat baik kepada mereka adalah sikap yang patut kita amalkan tidak kira apa jua pertolongan yang mereka perlukan selagi mana tidak bertentangan dengan syarak, sebagai anak meringankan beban mereka adalah tanggungjawab yang harus kita pikul.
Selain itu kita juga dapat berkomunikasi dengan lebih rapat lagi, bukan semasa di kampus, wajah mereka tidak dapat kita tatap, hanya suara yang menjadi pengubat rindu dan duka lara. Komunikasi yang berkesan dapat diperolehi apabila kita dapat melihat sendiri memek muka dan raut wajah mereka. Banyakkan senyum serta memaniskan muka, tetapi elakkan daripada meninggi suara apatah lagi marah terhadap mereka. Seperti dalam satu hadis Rasulullah, dari Abu Hurairah r.a, ada seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w, ‘berilah aku wasiat.’ Rasulullah s.a.w bersabda, ‘Jangan marah!’ beliau mengulang-ulang beberapa kali ucapan, ‘Jangan marah!’ (HR Bukhari).
Peluang yang ada di rumah ini sepatutnya kita gunakan sebaik mungkin untuk menggembirakan dan membahagiakan mereka. Berdakwah dengan ibu bapa tidak perlu secara formal dengan mengadakan ceramah, halaqah atau taklim, tetapi cukup sekadar kata-kata manis yang keluar daripada mulut kita akan menyejukkan hati mereka. Berdakwah melalui akhlak memang memakan masa yang lama tetapi untuk menanamkan kepercayaan kepada ibu bapa dan ahli keluarga kesabaran dan ketabahan perlu sentiasa disemai agar benih yang akan lahir adalah berkualiti serta akan menghasilkan produk yang sangat baik dan luar biasa. Baja yang kita taburkan walaupun secara berkala tetapi dengan baja yang bermutu kita akan berpuas hati dengan hasilnya.
Kesedaran untuk membawa keluarga kita ke arah Islam yang sebenar bermula dengan diri kita dahulu dan kemudian secara berperingkat-peringkat kita akan tanamkan benih-benih baru agar ladang keimanan kepada Allah yang kita idam-idamkan akan tumbuh subur dan menghijau dalam keluarga kita. Budaya-budaya yang baik seperti membaca Al-Quran, berzikir, dan membaca buku patut dijadikan hobi semasa berada dirumah. Aktiviti-aktiviti menarik seperti solat berjemaah, bercucuk tanam, berkebun, membersihkan kawasan rumah, menternak binatang, memasak, menjahit dan berniaga dapat kita lakukan secara bersama-sama dengan ibu-bapa dan ahli keluarga. Jika bilangan ahli keluarga kita adalah kecil dan ibu-bapa sibuk dengan kerja, jiran-jiran adalah golongan yang paling rapat untuk kita dekati. Beramah mesra serta membantu mereka adalah salah satu cara untuk menjalinkan hubungan yang erat kerana jiran adalah orang yang paling banyak memberikan sumbangan dalam sesebuah institusi seperti kampung atau taman.
Berbalik kepada sikap yang patut ada pada kita semasa berada di rumah adalah keteguhan dan semangat yang harus ada pada setiap masa dan detik. Kadang-kadang kita merasakan kenikmatan saat beribadah semakin luntur serta membosankan. Sungguh benar kita manusia yang mudah lupa dan cepat jemu dalam melakukan sesuatu perkara. Dalam satu firman Allah dalam suarah Al-Hadid ayat 16 yang bermaksud, ‘Belumkah datang waktunya bagi orang-orang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al-Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik’. Mudah-mudahan Allah sentiasa mengampunkan dosa-dosa kita.
Teori memang tidak sama dengan praktikal, tanpa ilmu kita tak mungkin dapat membuat sesuati ibadah itu dengan baik. Konsep yang sama kita amalkan dalam belajar dari kita tadika, UPSR, PMR, SPM, STPM. Peperiksaan besar yang kita lalui itu sebelumnya pasti terdapat ujian-ujian kecil dan latihan-latihan yang diberikan oleh guru untuk memantapkan pemahaman kita. Dakwah kepada ibu bapa dan keluarga adalah platform dan ujian kecil untuk melatih kita berdakwah kepada masyarakat yang lebih besar dugaan dan cabarannya. Masanya akan tiba juga, jadi sebagai latihan buatlah sebanyak mungkin latihan-latihan ini agar kita tidak terkejut apabila menghadapi ujian besar itu nanti. Pengalaman sahabat-sahabat dalam mendakwahi keluarga mereka kita jadikan sebagai latihan tambahan untuk kita lakukan. Selagi kita ada masa untuk membuat yang terbaik dan mengubah ‘keputusan’ kita ke arah yang lebih baik dan cemerlang, jangan mudah menyerah kalah dan berputus asa. Allah akan sentiasa membantu hamba-hambaNya.
Kami bertaubat padaMu, Kami kembali kepadaMu, Kami menyesal atas apa yang kami lakukan. Usaha yang kita lakukan dalam membuat perubahan dalam keluarga kita perlu sentiasa diiringi dengan doa dan tawakal kepada Allah. Strategi-strategi dalam menambat hati kedua ibu bapa kita perlu kita pelajari sama ada melalui pembacaan, bertanya kepada orang lain atau kita menilai sendiri sepanjang kita bersama mereka. Kita adalah orang yang paling memahami ibu-bapa kerana kita dilahirkan adalah daripada mereka tetapi berbanding orang lain yang tidak mengetahui apa-apa, mereka sekadar dapat memberikan input dan cadangan berdasarkan pengalaman. Dalam kehidupan sehari-hari di rumah kita hendaklah menjadi orang yang sentiasa maju dan sentiasa menghulurkan bantuan kepada ibu-bapa dan adik-beradik yang lain.
Ingatlah kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa ada usaha yang kita lakukan. Berbuatlah dan amalkan segala ajaran berlandaskan Al-quran dan As-Sunnah. Sikap terburu-buru serta mazmumah yang lain buang jauh-jauh dalam diri kita. Tetapi tanamkanlah dengan sifat-sifat mahmudah yang lebih baik dan dapat menerangi hati kita. Bangunlah dan sampaikan berita gembira serta percayalah kepada Allah. Dakwah akan sentiasa menyinari hidup kita walau di mana sahaja hingga akhir hayat. Dalam satu firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 120 yang bermaksud ‘... sesungguhnya Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang-orang yang berbuat baik.’

0 comments: