? ??????????????Spongebob? ????? ?? ???Rating: 4.3 (41 Ratings)??35 Grabs Today. 9593 Total Grabs. ??????P
review?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????Do You Feel Lucky?? ????? ?? ???Rating: 4.8 (23 Ratings)??33 Grabs Today. 6636 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Lil BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, October 10, 2007

Saadiah bukan pemalas

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, kucoretkan sedikit catatan untuk dikongsikan bersama teman-teman. Segala puji-pujian untuk Allah Yang Maha Esa serta selawat dan salam untuk junjungan Rasulullah s.a.w, para sahabat, tabi’ tabiin serta seluruh umat Islam yang beriman dan bertaqwa kepada Allah. Syukur alhamdulillah kupanjatkan ke hadrat Allah S.W.T segala nikmat yang diberikan terutamanya umur yang masih ada. Dengan mengingati mati, aku adalah merupakan orang yang paling cerdik, begitulah yang disabdakan oleh Rasulullah. Namun kadang-kadang aku terlalu mudah leka dan terpedaya dengan keindahan dunia yang fana ini. Bukan mudah sebenarnya untuk seseorang meluahkan perasaannya sama ada perkara yang akan disampaikan itu adalah perkara baik atau sebaliknya. Tetapi sesekali aku perlu akur bahawa dengan menyimpan perasaan seorang diri akan meranakan diri sendiri serta menyebabkan aku menjadi kurang keyakinan pada diri sendiri. Terkenang zaman persekolahan, kebanyakan guru-guru aku sering memuji aku bahawa aku adalah pelajarnya yang paling rajin dan pandai di dalam kelas. Aku sering dijadikan contoh teladan serta menjadi tempat rujukan untuk kawan-kawan. Malah aku juga sering memberi kata-kata semangat kepada adik-adik yang baru menjejakkan kaki ke alam persekolahan. Namun kebanyakan sikap-sikap yang boleh dijadikan teladan ini semakin lama semakin terhakis dalam jiwa aku setelah aku belajar di universiti. Aku berbuat sesuatu tugasan itu bukan atas kerelaan aku tetapi atas desakan serta tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Aku juga sering melakukan tugasan dengan cepat tanpa memikirkan kualiti yang akan aku perolehi. Aku begitu gembira jika tidak diberikan sebarang tugasan kerana aku dapat menghabiskan masa dengan kawan-kawan. Dan sebenarnya aku selalu membuang masa tanpa melakukan sebarang kerja yang berfaedah. Namun satu hari aku merasakan pentingnya aku mempunyai kawan-kawan yang sentiasa membawa aku ke jalan yang lurus dan benar. Aku sebenarnya takut terjerumus dalam lembah kemaksiatan yang semakin berleluasa terutamanya di kalangan remaja-remaja yang berada di universiti. Kelekaan ini berlaku kerana hubungan kekeluargaan yang semakin longgar setelah mereka belajar berjauhan daripada keluarga. Aku bukan pemalas, kerana aku tahu kemampuanku untuk membuat sesuatu pekerjaan. Namun aku akui kemalasanku adalah berkaitan dengan daya berfikir secara kritis dan kreatif. Tidak kunafikan bahawa bukan sesuatu yang mudah untuk menjadi orang yang cerdik dan sentiasa berfikir dengan matang serta rasional, tetapi cabaran yang datang tidak mampu untuk ku tanggung. Aku harap aku akan mengerti corak kehidupan ini agar aku tidak mudah berputus asa dan akan terus tabah serta redha dengan segala ketentuan yang telah diberikan. Aku sentiasa berdoa agar sinar baru akan mengubah hidupku dalam menjalani putaran hidup dengan istiqamah. Namun kuakui diri ini terlalu banyak kelemahannya dan tidak terlepas daripada salah satu sikap ‘syaitan’ yang disuntik dalam diriku iaitu malas. Masa adalah sangat berharga dalam diriku, tetapi satu lagi sikap yang menyebabkan aku boleh dikatakan pemalas adalah kerana sikap bertanggung-tangguh dalam pekerjaan. Kawan-kawan selalu memberi kata-kata perangsang kepadaku untuk terus berusaha dan kesalahan itu akan diperbaiki dari semasa ke semasa. Tetapi satu yang sangat kurang aku lakukan adalah mempraktik dan menterjemahkan apa yang aku fahami dalam bentuk lebih mudah agar dapat bermanfaat kepada orang lain. Untuk semester ini aku dapat rasakan semangatku lebih berkobar-kobar untuk mengharungi cabaran yang semakin mencabar. Kursus-kursus yang aku ambil juga menguji kemampuanku untuk mempraktikan apa sahaja yang aku ketahui agar dapat menggunakan seluruh tenaga fizikal dan mental. Ini adalah semester terakhirku dan aku sangat berharap dapat membuat yang terbaik bukan sahaja dari segi akademik malah dari segi dakwah. Aku sangat memahami bahawa tujuan aku belajar di sini bukan semata-mata untuk medapat segulung ijazah, tetapi lebih daripada itu keredhaan daripada Allah adalah cita-citaku. Untuk merealisasikan impian ini satu sikap yang perlu aku ubah adalah sikap malas dan bertangguh dalam kerja. Aku perlu sentiasa peka dan merancang setiap rencana dengan baik agar tidak berterabur dan kelam-kabut. Malah aku juga berazam untuk berubah dan mempunyai strategi yang dapat meningkatkan kualiti akademik dan dakwah. Aku ingin menjadi salah seorang daripada umat yang terbaik yang difirmankan Allah dalam surah Ali-Imran ayat 110. Secara lumrahnya sikap manusia memang mudah lupa tetapi sebagai umat yang beriman dan bertaqwa, aku perlu sentiasa bertaubat kepada Allah setelah melakukan kesalahan. Nasihat dan teguran daripada kawan-kawan merupakan salah satu senjata yang akan memberikanku kekuatan agar tetap teguh mengharungi jalan ini. Aku bukan pemalas, aku bukan pemalas, aku bukan pemalas... aku perlu banyak membaca dan berdiskusi dengan orang-orang yang berpengalaman agar mindaku akan terbuka serta berfikiran lebih positif. Aku yakin dengan ketentuan Allah dalam firmannya dalam surah Ar’rad ayat 11 bahawa kita perlu bangkit dan mengubah keadaan kita menjadi yang lebih baik tetapi sentiasa berlandaskan syariatnya iaitu Al-Quran dan As-sunnah. Pelbagai sifat mahmudah perlu ada dalam jiwaku seperti berani, baik hati, yakin pada diri sendiri dan sebagainya agar ia dapat disemai dan menjadi tabiat dalam diriku. Aku adalah insan biasa yang sering melakukan kesalahan tetapi kesalahan yang pernah aku lakukan ia tidak mungkin akan berulang kembali. Iman dan taqwa adalah kuci kejayaan. Semoga aku tidak lupa dan kecintaanku kepada Allah akan meningkatkan semangatku serta membuang sikap-sikap mazmumah dalam diriku sedikit demi sedikit terutamanya pemalas....semoga coretan ini memberi kesedaran dalam diriku dan sesiapa sahaja.

0 comments: