? ??????????????Spongebob? ????? ?? ???Rating: 4.3 (41 Ratings)??35 Grabs Today. 9593 Total Grabs. ??????P
review?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????Do You Feel Lucky?? ????? ?? ???Rating: 4.8 (23 Ratings)??33 Grabs Today. 6636 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Lil BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, September 8, 2008

Sambungan...once upon a time

'Berapa jumlah peserta sekarang?’ aku memasang telinga ketika pengarah program, Ummu Habibah bertanya kepada Siti Mutiah. Jantungku berdegup laju menantikan jawapan dari bibir munggil siti Mutiah. ‘..still seorang’ jawab Siti Mutiah lemah. Aku terkesima sebentar. Ummu Habibah mendapatkan aku. ‘ Macam mana ni ukht?’ matanya mula berkaca-kaca. ‘ Sabarlah, ana rasa kita tak dapat agak jumlah sebenar peserta melalui data ni, mungkin nanti ada yang mendaftar on the spot waktu hari program’. Jawapan aku masih tidak dapat meyakinkan Ummu Habibah. Dia menggeleng lemah dan terus berlalu pergi. Ujian apakah ini, Tuhan. Mungkinkan Allah sedang menguji keikhlasan kami. Dadaku sudah mula beralun perlahan menahan sebak. Ku sambar kunci motor di atas meja dan ku sarung sweater. Ku biarkan deruman Saifullah membelah renik-renik hujan yang mula turun membasahi lahan dakwah kesayangan kami ini. Entah mengapa sejak akhir-akhir ini Tanjung Malim sentiasa memuntahkan takungan air matanya, seolah-olah ikut serta berkabung bersama kami. Cuba membalut luka dan pedih hati-hati kami. Sampai bilik, tersenyum lega melihat bilik gelap menandakan roommate ku, Fadhilah, pelajar semester satu kursus pendidikan Kaunseling tiada di bilik. Mungkin sibuk dengan olahraga petang, nasib baik batch aku terlepas dari mengharung subjek wajib ini. Boleh aku melayan lara hati ini berteman bilik yang kaku dan sepi ikut merasai kepedihan hati ini. Entah mengapa air mata ego anak sulung ini jadi murah sejak akhir-akhir ini. Terasa lemah dan kerdil behadapan dengan Tuhan lantaran selalu mengeluh dengan tarbiyah Allah ini. Astaghfirullah...

‘Ukht, apa cerita Huffaz Aulad Camp? Macam-macam masalah timbul, dengar ceritanya’ Asma’ menyapa ketika aku ziarah ke biliknya suatu petang. Aku mengeluh berat. ‘Masalah apa?’ dahiku berkerut menagih jawapan darinya. ‘ Pasal Ummu Habibah. Murobbiyah dia risau tengok kondisi dia dan usulkan supaya tangguhkan dulu Huffaz Aulad Camp hujung semester ini. Serabut dengan tesis yang tak settle-settle. Petang semalam pitam sebab migraine. Lagi pun kalau run juga, objektif untuk jadikan ini sebagai fast income project tak akan tercapai’. Ujian datang lagi. ‘ukht, benda ni dah nak run, dah publish pun tarikh tu. Dah ada peserta even seorang. Dah kerahkan akhwat promote dari rumah ke rumah, dari taman ke taman. Kalau tangguh, kita akan fikir dan terus fikir benda ni sampai hujung semester ni. Kita akan tetap buat juga dan after tu terus tutup buku. Benda yang dah berlaku tu, kita buat ibroh bersama lah’ aku menagih pengertian dari Asma’. ‘yang mereka semua nak hanya motivasi. Kita semua kena bagi sokongan pada mereka bukan bunuh semanagt mereka’. Kami berdua diam membisu. ‘Boleh tak minta aturkan liqo’ urusetia dan semua akhwat. Diorang boleh buat kalau semua bagi sokongan’ aku mengusulkan. ‘ehm… nak buat bila?’ Tanya Asma’. Nanti ana bincang dengan mas’ulah’ balasku. ‘anti bagi taujih ye, tajuk ‘mengharungi samudera ikhlas’. Ikhlas, ikhlas dan ikhlas…

Menggeletar kepala lutut waktu Ummu Habibah pelawa aku berikan sepatah dua kata waktu liqo’ malam itu. Aku tidak betah untuk bercakap saat ini. Bila aku bercakap dengan emosi, semua patah bicara tak akan terungkap keluar melainkan air mata yang setia tumpah. Aku mengatur kata perlahan-lahan hingga hingga aku mengungkapkan satu perkata yang berat untuk diungkapkan di bibir apatah lagi untuk dizahirkan dengan perbuatan. ‘…kita akan buat sehabis daya dan kudrat kita. Biar seperti Mustaffa masyhur yang meneruskan larian hingga pengsan. Biarpun Allah menuntut untuk kita buat hingga ke titisan darah yang terakhir…' kata keramat ini membuatkan aku sudah tidak mampu meneruskan bicara. Pandangan yang tadi Cuma satu akhirnya jadi dua, tiga, empat dan jadi samar-samar lantaran menakung kolam air mata. Tidak dan tidak untuk kali ini. Biar aku cuba menafikan tetapi air mata ini gugur lagi.’aku tidak mahu menagis depan kalian, hati ego ku menjerit. Lama aku cuba cari kekuatan untuk bercakap lagi, tetapi apakan daya, yang mampu aku kata ‘…kita akan buat, ukht…kita akan buat’. Itu pun dengan nada sedu. ‘Anti sanggup?’ aku tanyakan satu persatu akhwat yang hadir malam itu. Bukan kerana apa-apa melainkan kata ‘InsyaAllah, ya, dan sanggup’ cukup keramat bagi ku untuk meyakinkan aku bahawa program ini didokong oleh orang-orang yang optimis biarpun mungkin tidak berjaya.

Sedih kerana tidak dapat bersama akhwat melakukan persiapan terakhir kerana ada kerja dakwah lain yang lebih menuntut. Walaupun jasad hadir pada kerja dakwah ini tetapi hakikatnya hati dan perasan ini sudah melayang jauh pergi ke Warisan Heritage Agro Resort. Apa khabar urusetia semua? Amanahku selaku AJK petempatan masih belum selesai sepenuhnya.Van buat mengangkut barang logistic masih ada padaku. Macam-macam yang ku fikirkan. Mahu cepat-cepat pulang ke Tanjung Malim. Ya Allah, ikhlaskan aku untuk melangsaikan amanah ini dahulu. Deruman laju van ini tiba-tiba membawa aku menjengah destinasi lain, aku ‘hilang’ sebentar. Saat melihat langit, hijau pepohon dan bukit sepanjang perjalanan membuat hati dipalit pilu. Alunan lagu Raihan tiba-tiba menggema di hati,

Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan
Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa
Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali
Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita ‘kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan

Ketika van yang dipandu semakin menghampiri simpang ke baitul Tarbiyah, ku tidak betah menyalakan signal ke kanan. Ku bawa deruman Asadullah ungu ini ke satu destinasi yang sentiasa melapangkan hati dan mengubat rindu untuk Tuhan. Tersergam indah Masjid Jamek lama membuatkan ku pantas menanggalkan Batta hitam dan menuju ke tempat wudu’. Deruan air yang keluar dari paip cukup gemersik sekali. Inilah bunyi paling indah pernah ku dengar selepas lantunan bacaan suci ayat-ayat al-Quran. Ku persembahkan diri yang hina dan dhoif ini untuk Tuhan…

‘Salam ukht, bila nak sampai Tanjung Malim’ kedengaran tegang suara dari corong telefon bimbit. Aku terpisat-pisat bangun sambil melihat jam di dinding masjid. ‘astaghafirullah…dah pukul 5’ hati aku menjerit. ‘OK,ok ana dah nak sampai ini’ suara garau baru bangun tidur ini cuba menyakinkan dia. ‘Ukht, berapa peserta?’ aku sempat bertanya. ‘ehm…6 orang, cepat-cepat!!’ gesanya. Mataku berpinar kegembiraan. ‘betul ke ukht?’ aku minta kepastian. ‘ye le, 6 orang je’ dia meyakinkan. Tak kisahlah, bagiku enam adalah menang, bisik hatiku gembira bukan kepalang. Aku bangkit sujud syukur.

Sunday, September 7, 2008

PROMOSI MOH KORBAN..







Monday, August 11, 2008

Once upon a time...

In the name of Allah the most gracious and the most merciful

Afwan dan ampun ini selayaknya untuk Allah semata. Sayang dan cinta ini hanya untuk Allah dari dulu. Kini dan untuk selamanya. Tuhan, mohon ampun atas segala ketelajuran aku. Berilah aku sekelumit cahaya pencerahan buat menerangi dadaku yang terasa sesak dengan amanah yang banyak menuntut. Ampun dari ku andai aku tidak dapat menuntaskan amanah ini dengan baik. Maaf buat anak-anak umi sekalian, kerana umi terlalu lemah untuk mengharungi selautan ujian. Moga kalian jangan jadi seperti umi lantaran generasi yang tercetak seterusnya sepatutnya lebih baik dari generasi sebelum. Rasa sedih ini membawa aku menyelak kembali memori awal ketika dilanggar tarbiyah di Kolej Merekrut Pendakwah Kecil,

Alangkah indahnya kenangan seusai ta’lim di suatu malam, aku pasang telinga ketika semua orang sedang berasak salam jemaah dengan kakak senior. ‘akak ni, buat keje under apa?’ sapa suatu suara. Kepala ku tertinjau-tinjau mencari kepada siapa umpan soalan itu ditanya. ‘akak keje under allah Taala’ balas Kak Islahi sambil tersenyum. Aku mengukir senyum puas.

Alangkah indahnya kenangan ketika berpapasan dengan Kak Ummu Usamah yang datang mengisi ta’lim. Kali terakhir kami bertemu ketika beliau jadi fasilitator di SAMB******. Sosok peribadinya memukau sesiapa pun yang memandang. Malah lebih bahagia lagi bila beliau menjadi facilitator kumpulanku. Malam yang kian larut, tidak mematahkan semangat kami untuk berbual panjang. Sebelum masuk tidur, aku berpesan kepadanya ‘kak, doakan saya supaya jadi baik seperti kakak ye’ aku mengharap. Dia tersenyum sambil mengangguk. Sebelum ini, aku yang paling awal bangun qiam di surau aspuri tapi pagi itu, aku menjadi sangat hampa kerana sepasang sepatu sudah tersusun comel di depan pintu surau. Kak ummu Usamah sudah mendahului aku. Pantas aku mengenakan telekung dan bersolat di belakangnya. Tapi langsung tidak khusyuk, berbagai persoalan menerpa benakku. ‘mengapa rakaatnya lebih panjang dari aku?’ aku pun menambah rakaat lagi dan lagi sehingga dia selesai solat, baru aku pun berhenti. Jodoh kami panjang, ketemu lagi di Kolej Rekrut Pendakwah Kecil.

Alangkah indahnya kenangan ketika suatu pagi, aku terima mesej masuk ‘salam ukht, jom kita pergi berJIHAD ke Kelantan, kita burn class pagi ni’. Meremang bulu roma aku membaca mesej dari Syahidah, teman sekuliah yang duduk di barisan hadapan meja ku. Pagi itu, aku melangkah berat ke kelas, sebolehnya mahu mengelak dari besua dengan Syahidah. ‘Maaf, saya tidak bermaksud mengecewakan awak, tapi saya rasa study ni pun jihad juga’ aku berterus-terang dengannya. Malangnya, aku terngiang-ngiang pelawaannya saban malam. Rasa menyesal membaluti diri. Dua minggu kemudian, ‘ukht, jom..’. pantas aku memberi persetujuan ‘JOM..’

Alangkah indahnya kenangan ketika seusai pengisian slot ‘ Ghulam Dakwah’. Momentum hebat menjalar ke seluruh tubuh. Aku pandang wajah Ummu Mumtahanah. ‘ukh, nak buat apa balik ni?’tanya ku. ‘huhu…kena ajak orang’ balasnya. Balik dari dauroh, aku bersihkan diri dan terus ketuk pintu bilik kawan-kawan sekolah. Pelawa ke ta’lim. Aku tawakkal sahaja dengan bait bicara yang aku lontarkan ketika tazkirah pendek, harap kata-katanya membekas. Malangnya, makin ramai yang ‘lari’. Namun, pelangi pagi datang menjengah, yang ‘lari’ adalah generasi yang diganti rupanya. Pening kepala bila terpaksa membawa halaqoh seramai 12 orang, kami buat keputusan untuk membahagi anak halaqoh. Ummu Mumtahanah ‘jaga’ separuh.

Alangkah indahnya kenangan ketika hendak keluar program. Macam-macam helah yang diperah, akhirnya semua berpakat keluar dari pintu asrama secara berpasangan. Pasangan pertama disergah pak guard. ‘hah, nak ke mana ni?’ kami yang sedang bersembunyi di balik perdu pokok berpandangan sesama sendiri dan menelan air liur. ‘nak beli buah, kat cafĂ© takde buah’ rayu Ruhul . ‘Mengada-ngada lah kamu, pergi lah’ pak guard malas melayan lagi. Tiba giliran kami, ‘hah, lagi dua ekor ni nak ke mana’ pak guard naik angin. ‘kami nak beli pen pak cik, minggu depan exam’ kami minta simpati. ‘macam-macam,..nak beli pen lah, beli buah lah, pergi lah borong satu GM’ Pak guard dah makin feed up. Kami menutup mulut menahan tawa. Tatkala melangkah naik bus General, tawa kami pecah lagi.

Alangkah indahnya kenangan ketika Tabligh Akhbar berlangsung. Wow, 108 akhwat hadir. Tengah hari itu, kami semua makan bubur nasi. Ketika makan berhimpitan dalam dulang. Aku terdengar suara mengeluh. ‘woi, lapar lagi lah. Jom keluar beli makanan’. Aku mendongak mencari tuan empunya diri. Asma’ yang baru ku kenali menagih ihsan kawannya.Rasa simpati menyelimuti diri, pantas aku bangkit menyudahkan suapan. Ketika LDK sedang berlangsung, pinta terkuak perlahan, Asma’ masuk dengan muka selamba sambil membawa makanan ringan yang baru dibeli dari kedai berhampiran. ‘budak ni, tunjuk samseng Nampak gayanya’. Jodoh kami panjang, bertaut ukhwah di Universiti Pentarbiyahan Super Internasional, jadi kawan gaduh, menangis dan ketawa..

Alangkah indahnya kenangan di Kolej Merekrut Pendakwah Kecil, tapi sekarang…sedihnya…

BERSAMBUNG...

Sunday, July 27, 2008

Muwassofat tarbiyah


Kara Kateristik yang harus dimiliki setiap individu itu mencakup 10 point :

  1. Salimul aqidah, setiap individu dituntut untuk memiliki kelurusan aqidah yang hanya dapat mereka peroleh melalui pemahaman terhadap Qur’an dan Sunnah.
  2. Shahihul ibadah, setiap individu dituntut untuk beribadah sesuai dengan petunjuk yang disyariatkan kepada Rasulullah SAW.
  3. Matinul khuluq, setiap individu dituntut untuk memiliki ketangguhan akhlak sehingga mampu mengalahkan hawa nafsu dan syahwat.
  4. Qadirun ‘alal Kasbi, setiap individu dituntut untuk mampu menunjukkan potensi dan kreativitasnya dalam dunia kerja.
  5. Mutsaqqaful fikri, setiap individu dituntut untuk memiliki keluasan wawasan.
  6. Qawiyyul jism, setiap individu dituntut untuk memiliki kekuatan fisik melalui sarana-sarana yang dipersiapkan Islam.
  7. Mujahid lin nafsi , setiap individu dituntut untuk memerangi hawa nafsunya dan senantiasa mengokohkan diri di atas hukum-hukum Allah melalui ibadah dan amal shaleh.
  8. Munadzam fi syu’unihi, setiap individu dituntut untuk mampu mengatur segala urusannya sesuai dengan keteraturan Islam.
  9. Haristun ‘ala waqtihi, setiap individu dituntut untuk memelihara waktunya sehingga ia terhindar dari kelalaian dan kehilafan perbuatan manusia.
  10. Nafi’un li ghoirihi, setiap individu harus menjadikan dirinya bermanfaat bagi orang lain.

Sunday, July 20, 2008

Jom PROMOSI Kem hafazan 'Huffaz Aulad Camp 08'


Tuesday, July 15, 2008

TEMUBUAL AKHWAT BORNEO BERSAMA DATIN YEE, GURU BESAR SEK.REN SWASTA DATUK SIMON FUNG, KOTA KINABALU, SABAH

Akhwat: Selamat pagi Datin terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit masa untuk ditemubual oleh kami. Sebenarnya kami dari UMS dalam bidang pendidikan dan sedang menjalankan kajian bagaimana ingin memulakan penubuhan sekolah swasta.

Datin : Sama-sama.

Akhwat : Sebelum kita pergi lebih lanjut, boleh Datin memperkenalkan sedikit sebanyak mengenai diri Datin.

Datin: Nama saya Amy-Jean Yee, saya berasal dari New Zealend. Sudah menetap di Sabah selama 40 tahun kerana berkahwin dengan penduduk Sabah. Saya mempunyai 5 orang anak. Untuk pengetahuan anda semua, saya sudah lama berkecimpung dalam dunia pendidikan bermula sebagai guru tadika di New Zealand, guru di sekolah rendah dan menengah malah pernah bekerja sebagai pensyarah di Universiti.

Akhwat : Baiklah Datin, untuk soalan pertama, boleh Datin ceritakan latar belakang sekolah ini dengan lebih lanjut?

Datin : Sebenarnya sekolah ini ditubuhkan dengan sebuah kompleks sekolah menengah sahaja. Di mana bangunan itu kami beli dari sebuah institusi swasta yang digunakan untuk membantu pelajar yang kurang berjaya dalam SPM. Bangunan itu kami mulakan untuk penubuhan satu kompleks sekolah menengah, kemudian kami menubuhkan kompleks sekolah rendah, kemudian sekolah tadika dan akhirnya kami menubuhkan taska. Selain itu, idea penubuhan kompleks pendidikan St. Datuk Simon Fung ini diasaskan sepenuhnya oleh Kota Kinabalu CatholicMission.

Akhwat : Terima kasih datin. Boleh kami tahu dari mana datin mendapatkan dana untuk menubuhkan sekolah ini?

Datin : Penubuhan sekolah ini sepenuhnya ditanggung oleh yuran yang dibayar oleh ibu bapa. Tetapi kerajaan ada menampung kos bangunan pada awal penubuhan. Memandangkan jumlah yang semakin meningkat maka bangunan sedia ada tidak mampu menampung, kami membina bangunan dengan pinjaman bank anggaran bagi sebuah blok 3 tingkat adalah RM 3 juta hingga RM 4 juta. Sekarang saya lampirkan yuran bagi setiap pelajar di sekolah ini.(rujuk lampiran) bagi tempoh satu tahun.

Akhwat : Maknanya pelajar yang tidak berkemampuan untuk membayar yuran tidak layak untuk bersekolah di sinikah?

Datin : Ya, kerana yuran kami ini adalah antara yang terendah di antara sekolah-sekolah swasta di Malaysia.

Akhwat : Boleh kami tengok kalendar tahunan bagi sekolah ini? Mungkin kami boleh gunakan sebagai rujukan untuk projek kami ini.

Datin : Ok, untuk pengetahuan kamu semua. Kami tidak mengeluarkan kalendar tahunan. kerana mungkin kalendar yang terhasil itu tidak terisi semuanya ia seperti kerja dua kali. Kami akan memperbaharui kalendar kami setiap kali mendapat apa-apa aktiviti terkini. Contohnya, baru-baru ini kami terlibat dengan persembahan pembukaan pusat membeli belah terbesar di Borneo (1Borneo, bersebelahan UMS). Aktiviti ini kami ditawarkan secara tiba-tiba. Kalau kami sudah sediakan kalendar mungkin aktiviti sebegini tidak dapat kami masukkan dalam kalendar kami. Jadi di sini saya tunjukkan contoh kalendar yang kami dah buat bagi beberapa bulan. Setelah sahkan kalendar ini akan diberikan kepada semua ibu bapa, supaya mereka tahu aktiviti sekolah anak-anak mereka.

Akhwat : Oh, bagus juga idea itu. Nampak lebih efektif. Erm, apakah subjek-subjek yang ditawarkan di sekolah ini?

Datin : Hampir semua subjek kami ajarkan sama seperti sekolah rendah kerajaan. Tetapi kami ada menawarkan satu subjek yang istimewa iaitu pengajian sosial di mana subjek ini seperti sains yang ditawarkan hari ini, ia juga ada sedikit tentang pengukuran(matematik), sejarah(tokoh-tokoh terkenal pengasas Kristian). Kalau dahulu tiada subjek sains bagi pelajar tahap satu jadi subjek ini banyak membantu pelajar kami untuk lebih terbuka mindanya kepada dunia luar. Kamu boleh tengok hasil kerja pelajar ini(buku-buku skrap).

Akhwat : Sungguh menarik subjek itu. Menarik juga hasil-hasil kerja mereka. Oh ya Datin, bagaimanakah sekolah ini dipromosikan untuk menarik lebih ramai pelajar?

Datin : Untuk mempromosikan sekolah ini. Kami mengiklankan ke surat khabar, kemudian kami turut serta dalam aktiviti-aktiviti yang melibatkan masyarakat contohnya persembahan-persembahan amal, perasmian, teater, drama. Malah RTM juga ada meminta dari kami pelakon-pelakon cilik untuk beberapa slot dalam rancangannya, maka secara tidak langsung banyak pihak akan mengenali kami. Sekolah ini bukannya menjanjikan kualiti yang sangat hebat tetapi kami ingin membantu pelajar yang perlu lebih perhatian di mana ibu bapa mereka sibuk.

Akhwat : Bagaimanakah penyusunan pelajar dalam setiap kelas?

Datin : Dalam setiap kelas, pelajar akan dicampurkan bagi semua subjek kecuali bagi subjek sukar seperti matematik, BM dan BI. Mereka akan dipisahkan mengikut tahap intelektual, pelajar diasingkan mengikut gred A, B dan C. Supaya tiada pelajar yang ketinggalan.

Akhwat : Ok, Datin. Saya rasa itu sahaja dari kami. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk kami.

Datin : Sama-sama.

Monday, July 14, 2008

Aku dan sekolah tarbiyah??




Sabarlah wahai saudaraku,

Tuk menggapai cita

Jalan yang kau tempuh sangat panjang

Tak sekadar bongkah batu karang

Yakin wahai saudaraku

Kemenangan kan menjelang

Walau kita hadapi masanya

Tetaplah al-Haq pasti menang

Tanam di hati benih iman sejati

Berpadu dengan jiwa Rabbani

Tempah jasadmu jadi pahlawan sejati

Tuk tegakkan kalimat Illahi

Pancang tekadmu jangan mudah mengeluh

Pastikan azammu semakin meninggi

Kejayaan Islam bukan sekadar mimpi

Namun janji Allah yang akan pasti

Terasa masih menggema alunan lagu rancak nasyid yang dimainkan pengisi ketika dauroh booster untuk meniup semangat belajar di awal semester baru-baru ini. Kerancakkan lagu ini tidak langsung menghambat diri kami untuk hanyut dengan makna dan roh lagu. Kami sayang padu Mu Allah lebih dari kecintaan yang selayaknya kami curahkan untuk diri dan keluarga kami. Kami sayangkan dakwah dan tarbiyah sebagai nilai makanan rohani buat penyabung hidup di dunia yang penuh fartomogarna ini. Kami sanggup berbuat apa sahaja untuk umat ini agar kami dapat sama-sama bergandengan tangan masuk ke syurgaMu InsyaAllah. Seperti kata Umar, tiada apa yang membuat dia bersemangat untuk menghuni dunia ini melainkan kerana ada tikar sejadah buat sudud padaMu Ya, kerana adanya jihad dan perang buat mengangkat pedang di depan lawan dan kerana suka berhimpit-himpit dalam halaqoh dzikir. Ya Allah berilah aku sekelumit rasa qanaaah seperti yang kau beri pada Umar. Cukuplah di dunia ini dengan dakwah dan jihad maka semua akan beribadat seolah mati akan menjemput kami esok hari dan bekerja seolah kami akan hidup selama-lamanya.

Telah ku duga, buka semester ini dua orang akhwat gugur lagi. Ku doakan moga mereka menjadi manusia yang lebih baik lagi berbanding ketika mereka bersama-sama kami. ‘ukht, dengar tak berita paling latest..’ sapa seorang akhwat pada ku. ‘cerita apa?’soalku. ‘X dan Y dah mufarraqoh’.Akhwat tersebut menanti responku. ‘Alhamdulillah..’ kami saling senyum kambing. Fenomena ini bukan perkara asing, sejak aku menapak di jalan ini memang sudah ramai yang tersungkur. Bak kata seorang ikhwah, akhwat ‘keluar’ perkara biasa tetapi yang paling luar biasa adalah mereka yang terus bertahan, jadi jangan sedih. Pujuknya. Walau pun begitu dalam senyum dan tawa kami tetap tidak dapat menutup hati yang menjerit dan menangis. Susahnya mahu mencetak seorang manusia yang sedar amanah dan tanggungjawab sebagai hamba sang Penguasa. Batapa harga seorang akhwat tidak mungkin ada nilai dan galang gantinya, hakikatnya Allah akan sentiasa menggantikan suatu kaum dengan kaum yang jauh lebih baik. Kami yakin dengan janjimu Tuhan.

Bila duduk sambil post mortem kes, rupanya masalah pengarahan selepas graduate. Teringat sesi diskusi dalam halaqoh lepas, anak halaqoh aku bangkitkan satu pertanyaan yang membuat aku memejam mata sambil melepaskan hela nafas ini dengan berat. ‘adakah bekerja dengan kerajaan merupakan satu dosa?’. Jawapan anda bagaimana?. Bukan permasalahan ini yang menjadi buah bicara kita tetapi inilah konsep wala’ dan bara’ yang terkandung pada kalimah syahadat, materi awal yang pernah kita dapat. Konsep kepatuhan dan pengingkaran kita. Urutan kepatuhan adalah Allah, Rasul, dakwah dan kaum Muslimin. Mana mungkin ada dakwah jika tidak buat kerja secara jama’i (berjemaah), mana mungkin ada jemaah tanpa kepimpinan. Mana munglin ada kepimpinan andai tiada ketaatan. Andai kita fikirkan memang tidak logik akhwat pendidikan dapat pengarahan yang lari dari option kita. Tetapi andai kita menelusuri sirah Nabi Ismail jauh lebih dasyat dengan situasi kita. Pernah kah kita terfikir tentang perintah Allah terhadap Nabi Ibrahim agar menyembelih anaknya sebagai sesuatu yang melanggar hukum alam, anak yang langsung ditinggal pergi ketika badannya masih merah. Belum pun puas berjumpa melepas rindu, sudah mendapat perintah menyembelih anak yang andai difikir masyarakat biasa lari dari tabi’i alam.Tetapi Nabi Ibrahim melaksanakan perintah atas dasar kepatuhan yang selayaknya seorang hamba berikan kepada Tuannya.

Inilah pengorbanan kita selaku jundi perintis dakwah. Biarlah kita yang banyak menangis hatta air mata darah sekali pun, biarlah kita yang kena banyak menitiskan keringat lantaran banyaknya kerja yang menuntut kita. Biarlah kita yang banyak berlapar mengikat perut lantaran duit habis tercurah di kaunter bas buat menampung perlajanan melunaskan kerja dakwah. Semoga generasi seterusnya tidak seperti kita malah menjadi lebih baik dari ini. Walau apa pun pengarahan kita, tanggungjawab kita masih di sini. Kita dengan misi SEKOLAH TARBIYAH . Inilah misi kita yang cukup besar. Memastikan kelangsungan tarbiyah generasi seterusnya dengan kehadiran sekolah tarbiyah ini.

Sekolah ini mencetak kader yang bakal meneruskan kesinambungan dakwah di institusi pengajian tinggi dan seterusnya melebar masuk ke masyarakat. Bak kata seorang akhwat dakwah di sekolah umpama gerudi yang menggerakkan dakwah di matriks, universiti dan masyarakat. Ana merasa sangat teruja ketika pengalaman menemubual pengetua Sekolah Al-Azhar. Walau pun, kedatangan kami disambut dengan bangunan lusuh dan hampir sebahagian bangunan tergendala pembinaannya tetapi ternyata sistem pendidikan sekolah Islam swasta ini jauh hebat dan sistematik berbanding sekolah yang mampu dari segi material. Sistem mentor mentee, silibus usroh termasuk pantauan dn tidak dilupakan Persataan Syabab Fatayat Malaysia yang memantau perkembangan qowiyyul jism pelajar membuatkan sekolah ini lain dari yang lain. Ini menyebabkan ana sendiri merasa teruja untuk melihat sekolah tarbiyah kita tertegak di atas muka bumi dan tidak mustahil jauh lebih baik dari sekolah-sekolah swasta yang ada di Malaysia. Sungguhpun begitu, impian ini bukan mudah seperti yang di sangka. Ketika awal penubuhan sekolah ini sendiri pun, gaji yang diperolah guru buat menampung sara hidup sehari-hari cuma RM200. Mampukah aku hadapi? InsyaAllah, inilah pengorbanan kita sebelum bergelar seorang Mujahidah. Tiada jihad tanpa pengorbanan.

Jika ana mendapat peluang untuk mendirikan sekolah tarbiyah ana akan cuba sebaik mungkin walau pun hakikatnya pedih melihat deritanya akhwat bertungkus-lumus menstabilkan tadika Pintas kita. Moga Allah mendatangkan barakah dakwah melalui usaha dan pengorbanan yang tidak seberapa ini. Moga impian untuk melihat sekolah ini akan terus menjadi kenyataan. Terasa berdosa selagi sekolah ini belum tertegak, malu tatkala anak-anak akhwat dan ikhwah menagih hak dari kami selaku akhwat pendidikan ketika di akhirat kelak. Na’uzubillah, mohon ampun kepada Allah dan semua akhwat dan ikhwah atas segala keterbatasan dan khilaf insan yang banyak berdosa ini. Buat semua ana ulang kembali bait lagu Jalan Juang: Sabarlah wahai saudaraku, Tuk menggapai cita, Jalan yang kau tempuh sangat panjang, Tak sekadar bongkah batu karang. Paling penting marilah kita sama-sama tanamkan pancang dan tekad agar jangan mudah mengeluh dan pastikan azammu semakin meninggi, Kejayaan Islam bukan sekadar mimpi, Namun janji Allah yang akan pasti. Sesungguhnya pertolongan Allah sangat dekat.