? ??????????????Spongebob? ????? ?? ???Rating: 4.3 (41 Ratings)??35 Grabs Today. 9593 Total Grabs. ??????P
review?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????Do You Feel Lucky?? ????? ?? ???Rating: 4.8 (23 Ratings)??33 Grabs Today. 6636 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Lil BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, July 14, 2008

Aku dan sekolah tarbiyah??




Sabarlah wahai saudaraku,

Tuk menggapai cita

Jalan yang kau tempuh sangat panjang

Tak sekadar bongkah batu karang

Yakin wahai saudaraku

Kemenangan kan menjelang

Walau kita hadapi masanya

Tetaplah al-Haq pasti menang

Tanam di hati benih iman sejati

Berpadu dengan jiwa Rabbani

Tempah jasadmu jadi pahlawan sejati

Tuk tegakkan kalimat Illahi

Pancang tekadmu jangan mudah mengeluh

Pastikan azammu semakin meninggi

Kejayaan Islam bukan sekadar mimpi

Namun janji Allah yang akan pasti

Terasa masih menggema alunan lagu rancak nasyid yang dimainkan pengisi ketika dauroh booster untuk meniup semangat belajar di awal semester baru-baru ini. Kerancakkan lagu ini tidak langsung menghambat diri kami untuk hanyut dengan makna dan roh lagu. Kami sayang padu Mu Allah lebih dari kecintaan yang selayaknya kami curahkan untuk diri dan keluarga kami. Kami sayangkan dakwah dan tarbiyah sebagai nilai makanan rohani buat penyabung hidup di dunia yang penuh fartomogarna ini. Kami sanggup berbuat apa sahaja untuk umat ini agar kami dapat sama-sama bergandengan tangan masuk ke syurgaMu InsyaAllah. Seperti kata Umar, tiada apa yang membuat dia bersemangat untuk menghuni dunia ini melainkan kerana ada tikar sejadah buat sudud padaMu Ya, kerana adanya jihad dan perang buat mengangkat pedang di depan lawan dan kerana suka berhimpit-himpit dalam halaqoh dzikir. Ya Allah berilah aku sekelumit rasa qanaaah seperti yang kau beri pada Umar. Cukuplah di dunia ini dengan dakwah dan jihad maka semua akan beribadat seolah mati akan menjemput kami esok hari dan bekerja seolah kami akan hidup selama-lamanya.

Telah ku duga, buka semester ini dua orang akhwat gugur lagi. Ku doakan moga mereka menjadi manusia yang lebih baik lagi berbanding ketika mereka bersama-sama kami. ‘ukht, dengar tak berita paling latest..’ sapa seorang akhwat pada ku. ‘cerita apa?’soalku. ‘X dan Y dah mufarraqoh’.Akhwat tersebut menanti responku. ‘Alhamdulillah..’ kami saling senyum kambing. Fenomena ini bukan perkara asing, sejak aku menapak di jalan ini memang sudah ramai yang tersungkur. Bak kata seorang ikhwah, akhwat ‘keluar’ perkara biasa tetapi yang paling luar biasa adalah mereka yang terus bertahan, jadi jangan sedih. Pujuknya. Walau pun begitu dalam senyum dan tawa kami tetap tidak dapat menutup hati yang menjerit dan menangis. Susahnya mahu mencetak seorang manusia yang sedar amanah dan tanggungjawab sebagai hamba sang Penguasa. Batapa harga seorang akhwat tidak mungkin ada nilai dan galang gantinya, hakikatnya Allah akan sentiasa menggantikan suatu kaum dengan kaum yang jauh lebih baik. Kami yakin dengan janjimu Tuhan.

Bila duduk sambil post mortem kes, rupanya masalah pengarahan selepas graduate. Teringat sesi diskusi dalam halaqoh lepas, anak halaqoh aku bangkitkan satu pertanyaan yang membuat aku memejam mata sambil melepaskan hela nafas ini dengan berat. ‘adakah bekerja dengan kerajaan merupakan satu dosa?’. Jawapan anda bagaimana?. Bukan permasalahan ini yang menjadi buah bicara kita tetapi inilah konsep wala’ dan bara’ yang terkandung pada kalimah syahadat, materi awal yang pernah kita dapat. Konsep kepatuhan dan pengingkaran kita. Urutan kepatuhan adalah Allah, Rasul, dakwah dan kaum Muslimin. Mana mungkin ada dakwah jika tidak buat kerja secara jama’i (berjemaah), mana mungkin ada jemaah tanpa kepimpinan. Mana munglin ada kepimpinan andai tiada ketaatan. Andai kita fikirkan memang tidak logik akhwat pendidikan dapat pengarahan yang lari dari option kita. Tetapi andai kita menelusuri sirah Nabi Ismail jauh lebih dasyat dengan situasi kita. Pernah kah kita terfikir tentang perintah Allah terhadap Nabi Ibrahim agar menyembelih anaknya sebagai sesuatu yang melanggar hukum alam, anak yang langsung ditinggal pergi ketika badannya masih merah. Belum pun puas berjumpa melepas rindu, sudah mendapat perintah menyembelih anak yang andai difikir masyarakat biasa lari dari tabi’i alam.Tetapi Nabi Ibrahim melaksanakan perintah atas dasar kepatuhan yang selayaknya seorang hamba berikan kepada Tuannya.

Inilah pengorbanan kita selaku jundi perintis dakwah. Biarlah kita yang banyak menangis hatta air mata darah sekali pun, biarlah kita yang kena banyak menitiskan keringat lantaran banyaknya kerja yang menuntut kita. Biarlah kita yang banyak berlapar mengikat perut lantaran duit habis tercurah di kaunter bas buat menampung perlajanan melunaskan kerja dakwah. Semoga generasi seterusnya tidak seperti kita malah menjadi lebih baik dari ini. Walau apa pun pengarahan kita, tanggungjawab kita masih di sini. Kita dengan misi SEKOLAH TARBIYAH . Inilah misi kita yang cukup besar. Memastikan kelangsungan tarbiyah generasi seterusnya dengan kehadiran sekolah tarbiyah ini.

Sekolah ini mencetak kader yang bakal meneruskan kesinambungan dakwah di institusi pengajian tinggi dan seterusnya melebar masuk ke masyarakat. Bak kata seorang akhwat dakwah di sekolah umpama gerudi yang menggerakkan dakwah di matriks, universiti dan masyarakat. Ana merasa sangat teruja ketika pengalaman menemubual pengetua Sekolah Al-Azhar. Walau pun, kedatangan kami disambut dengan bangunan lusuh dan hampir sebahagian bangunan tergendala pembinaannya tetapi ternyata sistem pendidikan sekolah Islam swasta ini jauh hebat dan sistematik berbanding sekolah yang mampu dari segi material. Sistem mentor mentee, silibus usroh termasuk pantauan dn tidak dilupakan Persataan Syabab Fatayat Malaysia yang memantau perkembangan qowiyyul jism pelajar membuatkan sekolah ini lain dari yang lain. Ini menyebabkan ana sendiri merasa teruja untuk melihat sekolah tarbiyah kita tertegak di atas muka bumi dan tidak mustahil jauh lebih baik dari sekolah-sekolah swasta yang ada di Malaysia. Sungguhpun begitu, impian ini bukan mudah seperti yang di sangka. Ketika awal penubuhan sekolah ini sendiri pun, gaji yang diperolah guru buat menampung sara hidup sehari-hari cuma RM200. Mampukah aku hadapi? InsyaAllah, inilah pengorbanan kita sebelum bergelar seorang Mujahidah. Tiada jihad tanpa pengorbanan.

Jika ana mendapat peluang untuk mendirikan sekolah tarbiyah ana akan cuba sebaik mungkin walau pun hakikatnya pedih melihat deritanya akhwat bertungkus-lumus menstabilkan tadika Pintas kita. Moga Allah mendatangkan barakah dakwah melalui usaha dan pengorbanan yang tidak seberapa ini. Moga impian untuk melihat sekolah ini akan terus menjadi kenyataan. Terasa berdosa selagi sekolah ini belum tertegak, malu tatkala anak-anak akhwat dan ikhwah menagih hak dari kami selaku akhwat pendidikan ketika di akhirat kelak. Na’uzubillah, mohon ampun kepada Allah dan semua akhwat dan ikhwah atas segala keterbatasan dan khilaf insan yang banyak berdosa ini. Buat semua ana ulang kembali bait lagu Jalan Juang: Sabarlah wahai saudaraku, Tuk menggapai cita, Jalan yang kau tempuh sangat panjang, Tak sekadar bongkah batu karang. Paling penting marilah kita sama-sama tanamkan pancang dan tekad agar jangan mudah mengeluh dan pastikan azammu semakin meninggi, Kejayaan Islam bukan sekadar mimpi, Namun janji Allah yang akan pasti. Sesungguhnya pertolongan Allah sangat dekat.


0 comments: