? ??????????????Spongebob? ????? ?? ???Rating: 4.3 (41 Ratings)??35 Grabs Today. 9593 Total Grabs. ??????P
review?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????Do You Feel Lucky?? ????? ?? ???Rating: 4.8 (23 Ratings)??33 Grabs Today. 6636 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Lil BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, September 8, 2008

Sambungan...once upon a time

'Berapa jumlah peserta sekarang?’ aku memasang telinga ketika pengarah program, Ummu Habibah bertanya kepada Siti Mutiah. Jantungku berdegup laju menantikan jawapan dari bibir munggil siti Mutiah. ‘..still seorang’ jawab Siti Mutiah lemah. Aku terkesima sebentar. Ummu Habibah mendapatkan aku. ‘ Macam mana ni ukht?’ matanya mula berkaca-kaca. ‘ Sabarlah, ana rasa kita tak dapat agak jumlah sebenar peserta melalui data ni, mungkin nanti ada yang mendaftar on the spot waktu hari program’. Jawapan aku masih tidak dapat meyakinkan Ummu Habibah. Dia menggeleng lemah dan terus berlalu pergi. Ujian apakah ini, Tuhan. Mungkinkan Allah sedang menguji keikhlasan kami. Dadaku sudah mula beralun perlahan menahan sebak. Ku sambar kunci motor di atas meja dan ku sarung sweater. Ku biarkan deruman Saifullah membelah renik-renik hujan yang mula turun membasahi lahan dakwah kesayangan kami ini. Entah mengapa sejak akhir-akhir ini Tanjung Malim sentiasa memuntahkan takungan air matanya, seolah-olah ikut serta berkabung bersama kami. Cuba membalut luka dan pedih hati-hati kami. Sampai bilik, tersenyum lega melihat bilik gelap menandakan roommate ku, Fadhilah, pelajar semester satu kursus pendidikan Kaunseling tiada di bilik. Mungkin sibuk dengan olahraga petang, nasib baik batch aku terlepas dari mengharung subjek wajib ini. Boleh aku melayan lara hati ini berteman bilik yang kaku dan sepi ikut merasai kepedihan hati ini. Entah mengapa air mata ego anak sulung ini jadi murah sejak akhir-akhir ini. Terasa lemah dan kerdil behadapan dengan Tuhan lantaran selalu mengeluh dengan tarbiyah Allah ini. Astaghfirullah...

‘Ukht, apa cerita Huffaz Aulad Camp? Macam-macam masalah timbul, dengar ceritanya’ Asma’ menyapa ketika aku ziarah ke biliknya suatu petang. Aku mengeluh berat. ‘Masalah apa?’ dahiku berkerut menagih jawapan darinya. ‘ Pasal Ummu Habibah. Murobbiyah dia risau tengok kondisi dia dan usulkan supaya tangguhkan dulu Huffaz Aulad Camp hujung semester ini. Serabut dengan tesis yang tak settle-settle. Petang semalam pitam sebab migraine. Lagi pun kalau run juga, objektif untuk jadikan ini sebagai fast income project tak akan tercapai’. Ujian datang lagi. ‘ukht, benda ni dah nak run, dah publish pun tarikh tu. Dah ada peserta even seorang. Dah kerahkan akhwat promote dari rumah ke rumah, dari taman ke taman. Kalau tangguh, kita akan fikir dan terus fikir benda ni sampai hujung semester ni. Kita akan tetap buat juga dan after tu terus tutup buku. Benda yang dah berlaku tu, kita buat ibroh bersama lah’ aku menagih pengertian dari Asma’. ‘yang mereka semua nak hanya motivasi. Kita semua kena bagi sokongan pada mereka bukan bunuh semanagt mereka’. Kami berdua diam membisu. ‘Boleh tak minta aturkan liqo’ urusetia dan semua akhwat. Diorang boleh buat kalau semua bagi sokongan’ aku mengusulkan. ‘ehm… nak buat bila?’ Tanya Asma’. Nanti ana bincang dengan mas’ulah’ balasku. ‘anti bagi taujih ye, tajuk ‘mengharungi samudera ikhlas’. Ikhlas, ikhlas dan ikhlas…

Menggeletar kepala lutut waktu Ummu Habibah pelawa aku berikan sepatah dua kata waktu liqo’ malam itu. Aku tidak betah untuk bercakap saat ini. Bila aku bercakap dengan emosi, semua patah bicara tak akan terungkap keluar melainkan air mata yang setia tumpah. Aku mengatur kata perlahan-lahan hingga hingga aku mengungkapkan satu perkata yang berat untuk diungkapkan di bibir apatah lagi untuk dizahirkan dengan perbuatan. ‘…kita akan buat sehabis daya dan kudrat kita. Biar seperti Mustaffa masyhur yang meneruskan larian hingga pengsan. Biarpun Allah menuntut untuk kita buat hingga ke titisan darah yang terakhir…' kata keramat ini membuatkan aku sudah tidak mampu meneruskan bicara. Pandangan yang tadi Cuma satu akhirnya jadi dua, tiga, empat dan jadi samar-samar lantaran menakung kolam air mata. Tidak dan tidak untuk kali ini. Biar aku cuba menafikan tetapi air mata ini gugur lagi.’aku tidak mahu menagis depan kalian, hati ego ku menjerit. Lama aku cuba cari kekuatan untuk bercakap lagi, tetapi apakan daya, yang mampu aku kata ‘…kita akan buat, ukht…kita akan buat’. Itu pun dengan nada sedu. ‘Anti sanggup?’ aku tanyakan satu persatu akhwat yang hadir malam itu. Bukan kerana apa-apa melainkan kata ‘InsyaAllah, ya, dan sanggup’ cukup keramat bagi ku untuk meyakinkan aku bahawa program ini didokong oleh orang-orang yang optimis biarpun mungkin tidak berjaya.

Sedih kerana tidak dapat bersama akhwat melakukan persiapan terakhir kerana ada kerja dakwah lain yang lebih menuntut. Walaupun jasad hadir pada kerja dakwah ini tetapi hakikatnya hati dan perasan ini sudah melayang jauh pergi ke Warisan Heritage Agro Resort. Apa khabar urusetia semua? Amanahku selaku AJK petempatan masih belum selesai sepenuhnya.Van buat mengangkut barang logistic masih ada padaku. Macam-macam yang ku fikirkan. Mahu cepat-cepat pulang ke Tanjung Malim. Ya Allah, ikhlaskan aku untuk melangsaikan amanah ini dahulu. Deruman laju van ini tiba-tiba membawa aku menjengah destinasi lain, aku ‘hilang’ sebentar. Saat melihat langit, hijau pepohon dan bukit sepanjang perjalanan membuat hati dipalit pilu. Alunan lagu Raihan tiba-tiba menggema di hati,

Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan
Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa
Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali
Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita ‘kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan

Ketika van yang dipandu semakin menghampiri simpang ke baitul Tarbiyah, ku tidak betah menyalakan signal ke kanan. Ku bawa deruman Asadullah ungu ini ke satu destinasi yang sentiasa melapangkan hati dan mengubat rindu untuk Tuhan. Tersergam indah Masjid Jamek lama membuatkan ku pantas menanggalkan Batta hitam dan menuju ke tempat wudu’. Deruan air yang keluar dari paip cukup gemersik sekali. Inilah bunyi paling indah pernah ku dengar selepas lantunan bacaan suci ayat-ayat al-Quran. Ku persembahkan diri yang hina dan dhoif ini untuk Tuhan…

‘Salam ukht, bila nak sampai Tanjung Malim’ kedengaran tegang suara dari corong telefon bimbit. Aku terpisat-pisat bangun sambil melihat jam di dinding masjid. ‘astaghafirullah…dah pukul 5’ hati aku menjerit. ‘OK,ok ana dah nak sampai ini’ suara garau baru bangun tidur ini cuba menyakinkan dia. ‘Ukht, berapa peserta?’ aku sempat bertanya. ‘ehm…6 orang, cepat-cepat!!’ gesanya. Mataku berpinar kegembiraan. ‘betul ke ukht?’ aku minta kepastian. ‘ye le, 6 orang je’ dia meyakinkan. Tak kisahlah, bagiku enam adalah menang, bisik hatiku gembira bukan kepalang. Aku bangkit sujud syukur.

1 comments:

Mohd Masri bin Mohd Ramli said...

aslm wbt

6 orang?

Masya-allah, berat sungguh,

Harap tegar dalam dakwah.

Cadangan saya, cuba dapatkan lokasi program yang murah, kalau dapat yang percuma lagi bagus, kalau dapat buat kerjasama dengan pihak masjid, surau itu lagi bagus.

Kos dapat dikurangkan kerana yang perlu disediakan ialah modul, fasi. Catering boleh diskus dgn pihak masjid sama ada mereka nak urus atau anda dan rakan2 nak urus.

Dengan pengurangan kos maka penyertaan insya-allah lebih ramai.