? ??????????????Spongebob? ????? ?? ???Rating: 4.3 (41 Ratings)??35 Grabs Today. 9593 Total Grabs. ??????P
review?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????Do You Feel Lucky?? ????? ?? ???Rating: 4.8 (23 Ratings)??33 Grabs Today. 6636 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Lil BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, August 11, 2008

Once upon a time...

In the name of Allah the most gracious and the most merciful

Afwan dan ampun ini selayaknya untuk Allah semata. Sayang dan cinta ini hanya untuk Allah dari dulu. Kini dan untuk selamanya. Tuhan, mohon ampun atas segala ketelajuran aku. Berilah aku sekelumit cahaya pencerahan buat menerangi dadaku yang terasa sesak dengan amanah yang banyak menuntut. Ampun dari ku andai aku tidak dapat menuntaskan amanah ini dengan baik. Maaf buat anak-anak umi sekalian, kerana umi terlalu lemah untuk mengharungi selautan ujian. Moga kalian jangan jadi seperti umi lantaran generasi yang tercetak seterusnya sepatutnya lebih baik dari generasi sebelum. Rasa sedih ini membawa aku menyelak kembali memori awal ketika dilanggar tarbiyah di Kolej Merekrut Pendakwah Kecil,

Alangkah indahnya kenangan seusai ta’lim di suatu malam, aku pasang telinga ketika semua orang sedang berasak salam jemaah dengan kakak senior. ‘akak ni, buat keje under apa?’ sapa suatu suara. Kepala ku tertinjau-tinjau mencari kepada siapa umpan soalan itu ditanya. ‘akak keje under allah Taala’ balas Kak Islahi sambil tersenyum. Aku mengukir senyum puas.

Alangkah indahnya kenangan ketika berpapasan dengan Kak Ummu Usamah yang datang mengisi ta’lim. Kali terakhir kami bertemu ketika beliau jadi fasilitator di SAMB******. Sosok peribadinya memukau sesiapa pun yang memandang. Malah lebih bahagia lagi bila beliau menjadi facilitator kumpulanku. Malam yang kian larut, tidak mematahkan semangat kami untuk berbual panjang. Sebelum masuk tidur, aku berpesan kepadanya ‘kak, doakan saya supaya jadi baik seperti kakak ye’ aku mengharap. Dia tersenyum sambil mengangguk. Sebelum ini, aku yang paling awal bangun qiam di surau aspuri tapi pagi itu, aku menjadi sangat hampa kerana sepasang sepatu sudah tersusun comel di depan pintu surau. Kak ummu Usamah sudah mendahului aku. Pantas aku mengenakan telekung dan bersolat di belakangnya. Tapi langsung tidak khusyuk, berbagai persoalan menerpa benakku. ‘mengapa rakaatnya lebih panjang dari aku?’ aku pun menambah rakaat lagi dan lagi sehingga dia selesai solat, baru aku pun berhenti. Jodoh kami panjang, ketemu lagi di Kolej Rekrut Pendakwah Kecil.

Alangkah indahnya kenangan ketika suatu pagi, aku terima mesej masuk ‘salam ukht, jom kita pergi berJIHAD ke Kelantan, kita burn class pagi ni’. Meremang bulu roma aku membaca mesej dari Syahidah, teman sekuliah yang duduk di barisan hadapan meja ku. Pagi itu, aku melangkah berat ke kelas, sebolehnya mahu mengelak dari besua dengan Syahidah. ‘Maaf, saya tidak bermaksud mengecewakan awak, tapi saya rasa study ni pun jihad juga’ aku berterus-terang dengannya. Malangnya, aku terngiang-ngiang pelawaannya saban malam. Rasa menyesal membaluti diri. Dua minggu kemudian, ‘ukht, jom..’. pantas aku memberi persetujuan ‘JOM..’

Alangkah indahnya kenangan ketika seusai pengisian slot ‘ Ghulam Dakwah’. Momentum hebat menjalar ke seluruh tubuh. Aku pandang wajah Ummu Mumtahanah. ‘ukh, nak buat apa balik ni?’tanya ku. ‘huhu…kena ajak orang’ balasnya. Balik dari dauroh, aku bersihkan diri dan terus ketuk pintu bilik kawan-kawan sekolah. Pelawa ke ta’lim. Aku tawakkal sahaja dengan bait bicara yang aku lontarkan ketika tazkirah pendek, harap kata-katanya membekas. Malangnya, makin ramai yang ‘lari’. Namun, pelangi pagi datang menjengah, yang ‘lari’ adalah generasi yang diganti rupanya. Pening kepala bila terpaksa membawa halaqoh seramai 12 orang, kami buat keputusan untuk membahagi anak halaqoh. Ummu Mumtahanah ‘jaga’ separuh.

Alangkah indahnya kenangan ketika hendak keluar program. Macam-macam helah yang diperah, akhirnya semua berpakat keluar dari pintu asrama secara berpasangan. Pasangan pertama disergah pak guard. ‘hah, nak ke mana ni?’ kami yang sedang bersembunyi di balik perdu pokok berpandangan sesama sendiri dan menelan air liur. ‘nak beli buah, kat cafĂ© takde buah’ rayu Ruhul . ‘Mengada-ngada lah kamu, pergi lah’ pak guard malas melayan lagi. Tiba giliran kami, ‘hah, lagi dua ekor ni nak ke mana’ pak guard naik angin. ‘kami nak beli pen pak cik, minggu depan exam’ kami minta simpati. ‘macam-macam,..nak beli pen lah, beli buah lah, pergi lah borong satu GM’ Pak guard dah makin feed up. Kami menutup mulut menahan tawa. Tatkala melangkah naik bus General, tawa kami pecah lagi.

Alangkah indahnya kenangan ketika Tabligh Akhbar berlangsung. Wow, 108 akhwat hadir. Tengah hari itu, kami semua makan bubur nasi. Ketika makan berhimpitan dalam dulang. Aku terdengar suara mengeluh. ‘woi, lapar lagi lah. Jom keluar beli makanan’. Aku mendongak mencari tuan empunya diri. Asma’ yang baru ku kenali menagih ihsan kawannya.Rasa simpati menyelimuti diri, pantas aku bangkit menyudahkan suapan. Ketika LDK sedang berlangsung, pinta terkuak perlahan, Asma’ masuk dengan muka selamba sambil membawa makanan ringan yang baru dibeli dari kedai berhampiran. ‘budak ni, tunjuk samseng Nampak gayanya’. Jodoh kami panjang, bertaut ukhwah di Universiti Pentarbiyahan Super Internasional, jadi kawan gaduh, menangis dan ketawa..

Alangkah indahnya kenangan di Kolej Merekrut Pendakwah Kecil, tapi sekarang…sedihnya…

BERSAMBUNG...

0 comments: