? ??????????????Spongebob? ????? ?? ???Rating: 4.3 (41 Ratings)??35 Grabs Today. 9593 Total Grabs. ??????P
review?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????Do You Feel Lucky?? ????? ?? ???Rating: 4.8 (23 Ratings)??33 Grabs Today. 6636 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Lil BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, October 10, 2007

Saodah bukan pemalas

‘Ana Bukan Pemalas’ merupakan karangan yang perlu ana laksanakan sebagai iqab atas kesalahan ana. Akhwat yang dimaksudkan oleh ukhti N adalah ana. Ana yang minta ‘softcopy’ dari ukhti N. Ana rasa kesal atas kelakuan ana yang telah menyinggung perasaan akhwat. Disebabkan kesalahan ana seorang, akhwat lain turut merasa tempiasnya. Afwan kathiran semua. Daripada kejadian tersebut, ana banyak belajar bahawa kita perlu berfikir sedalam-dalamnya sebelum melakukan sesuatu atau sebelum berkata-kata kerana kemungkinan orang lain akan tersinggung dengan tindakan kita. Lebih baik diam daripada menyakiti perasaan orang lain. Ana juga perlu banyak belajar untuk tidak terlalu bergantung kepada orang lain dan perlu berusaha dengan sehabis mampu untuk mendapatkan sesuatu. Ana sentiasa berdoa agar terhindar dari sifat malas seperti dalam bacaan Matsurat yang bermaksud:
“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari rasa gelisah dan sedih, dari kelemahan dan kemalasan, dari sifat pengecut dan bakhil, dari tekanan hutang, dan kesewenang-wenangan orang.”
Ana bukan seorang pemalas kerana Allah Taala tidak suka hamba-Nya bersikap malas. Ana takut untuk menjadi hamba Allah yang tidak dicintai dan diredhai-Nya. Ana perlu rajin untuk mendapatkan redha Allah. Tidaklah bermakna hidup seseorang tanpa redha dan kasih sayang dari Allah Taala. “Ya Allah, selamatkanlah kami dari sifat malas yang boleh merugikan diri kami sendiri. Selamatkanlah kami dari segala kejahilan dan kejahatan. Tiada yang kami harapkan dari-Mu melainkan redha dan pengampunan dari-Mu. Sesungguhnya hamba-Mu ini sangat lemah tanpa pertolongan dari-Mu, Ya Allah. Tiada kekuatan melainkan dari Allah.” Ana tidak boleh malas untuk mencapai redha Allah. Ana tidak boleh malas untuk mendapat pengampunan dari Allah. Ana tidak boleh malas untuk segala hal kebaikan. Ana perlu padam perkataan malas dari dalam diri ana. Ana perlu berusaha untuk mencapai matlamat ana iaitu ‘ana bukan pemalas’. Ana perlu mengubah diri ana untuk menjadi hamba Allah dan kuli dakwah yang proaktif dan rajin berusaha kerana tidak ada orang yang dapat mengubah diri ana melainkan ana sendiri. Firman Allah dalam Surah Ar-Ra’d, ayat ke-11 yang bermaksud,
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri.”
Ana bukan pemalas kerana ana berusaha menyiapkan tugasan yang diberikan sama ada tugasan akademik mahu pun tugasan dakwah. Ana bukan pemalas kerana ana berusaha dengan semampu ana untuk belajar walaupun ana mengalami gangguan kesihatan semasa peperiksaan akhir semester lepas. Ana bukan pemalas kerana ana masih lagi bertahan untuk belajar dan bekerja kerana agama Allah. Ana tidak malas untuk melakukan kebaikan. Ana tidak malas untuk meneruskan hari-hari ana sebagai seorang da’i, sebagai seorang anak, sebagai seorang pelajar dan yang paling penting sebagai hamba Allah yang sentiasa dahagakan redha, ampunan serta kasih sayang dari Allah. Semoga Allah memberkati kita semua.
Ana bukan pemalas kerana ana seorang akhwat. Akhwat tidak boleh malas. Akhwat perlu rajin dan proaktif dalam melakukan kebaikan semata-mata kerana Allah. Ana tidak boleh malas untuk semua perkara kecuali untuk perkara kejahatan dan kemaksiatan. Ana perlu serius dan bertegas dengan diri sendiri bagi mengelakkan diri dari terjerumus ke arah sifat malas. Ana tidak boleh malas untuk berdakwah kerana Allah telah menjanjikan perniagaan yang sangat menguntungkan kepada hamba-Nya yang soleh. Perniagaan tersebut berupa infak harta, tenaga dan jiwa kepada agama Allah, agama Islam. Mana mungkin ana dapat berjaya dalam perniagaan tersebut sekiranya ana seorang pemalas. Sesungguhnya, tiada jual beli yang lebih baik daripada jual beli dengan Allah.
Kesimpulannya, ana bukan seorang pemalas kerana ana sedar tugas dan tanggungjawab ana sebagai khalifah di bumi milik Allah. Ana perlu memotivasikan diri ana untuk mengotakan apa yang ana katakan kerana Allah sangat murka kepada hamba-Nya yang berkata tapi tidak berbuat. Firman Allah dalam Surah As-Saff ayat 2 dan 3 yang bermaksud,
“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.”
Oleh itu, sama-samalah kita proaktif dan rajin dalam menegakkan kebenaran dan kesucian agama Islam. Kami redha Allah sebagai Tuhan kami, Islam sebagai agama kami dan Nabi Muhammad sebagai Nabi dan Rasul kami.
Faghfirlana Ya Allah, faghfirlana Ya Rahman, faghfirlana Ya Rahim…

0 comments: