? ??????????????Spongebob? ????? ?? ???Rating: 4.3 (41 Ratings)??35 Grabs Today. 9593 Total Grabs. ??????P
review?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????Do You Feel Lucky?? ????? ?? ???Rating: 4.8 (23 Ratings)??33 Grabs Today. 6636 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Lil BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, December 31, 2007

Modul Kem Motivasi Solat

Tajuk Modul : Ice-Breaking
Masa : 1 jam ½

Objektif :-
i. Untuk memperkenalkan ahli kumpulan antara satu sama lain supaya peserta faham dan dapat merasai kehadiran fasilitator sebagai umi bukan sebagai guru.
ii. Mewujudkan sikap keterbukaan, saling percaya mempercayai dan mesra antara satu sama lain.
iii. Menghilangkan garis pemisah antara ahli.
iv. Membina ikatan kumpulan.

Langkah:-

Pembahagian Kumpulan (My Family) – 30 minit

1. Sebelum sesi dimulakan, fasilitator telah menyediakan sejumlah kertas yang terlorek beberapa warna mengikut jumlah setiap kumpulan. Jumlah bilangan lorekan warna kertas bergantung kepada bilangan kumpulan yang hendak dibentuk
2. lorekan warna yang mewakili kumpulan peserta adalah :
biru merah
hijau putih
kuning
3. Peserta akan diberikan kertas yang terdapat lorekan warna yang telah dipilih di atas secara rawak.
4. Dalam masa yang telah ditetapkan (cth 10 minit), peserta dikehendaki mencari fasilitator yang juga mempunyai kertas yang dilorek warna yang sama dengan peserta, fasilitator yang mempunyai lorekan warna yang sama akan menjadi umi mereka. Peserta akan teruskan pencarian sehingga jumpa semua ‘family’-umi dan adik-beradik yang lain.
5. Setelah masing-masing membentuk satu kumpulan, fasilitator memberi arahan untuk membuat moto/simbolik/item pengenalan ‘family’ bagi kumpulan mereka berdasarkan pemilihan rawak warna yang telah mereka perolehi. Mereka harus menerangkan mengapa mereka memilih moto tersebut.

Taaruf Mudah – 30 minit

1. Taaruf dengan menanyakan nama penuh, nama panggilan, asal, hobi, cita-cita, makanan kesukaan, subjek kegemaran dan sebagainya mengikut kekreatifan fasilitator.
2. Fasilitator juga boleh melakukan permainan seperti menyuruh peserta menyusun barisan mengikut negeri asal, berat badan dan sebagainya.
3. fasilitator akan meraikan hati peserta dan sentiasa merangsang peserta menghangatkan suasana,fasilitator akan memperkenalkan diri seagai umi dan peserta mempunyai panggilan dalam ‘family’ baru seperti Kak Long dan sebagainya.



Taaruf Perlembangaan – 30 minit

1. Peserta diminta berada di dalam satu bulatan. Fasilitator akan memberikan tempoh masa yang sesuai kepada peserta untuk memilih nama panggilan atau singkatan dan memikirkan suatu gaya atau isyarat yang sopan yang melambangkan dirinya.
2. Fasilitator akan mempersilakan peserta yang pertama memperkenalkan dirinya dengan menggunakan gaya atau garisan yang dipilih diikuti dengan nama panggilan sebanyak 3 kali. Seterusnya peserta kedua perlu mengulangi nama dan isyarat peserta pertama diikuti pula dengan dirinya. Begitulah seterusnya. Lakukan sehingga selesai. Ulangi daripada perlahan hingga beransur laju. Fasilitator boleh juga sekiranya ingin mengulangi aktivit ini dari arah yang bertentangan
3. setiap ‘Family’ akan memperkenalkan moto/simbolik/item pengenalan ‘family’ masing-masing. Item ‘family’ tersebut akan menjadi barang amanah ‘family’ masing-masing



Tajuk Modul : ‘Subhanallah, Indahnya alam’
Masa : 1 jam ¼

Objektif :-
I. Untuk menghayati kebesaran Tuhan
II. Mewujudkan sikap menghargai alam sekitar
III. Merapatkan ukhwah

Langkah:-

Warming up – 15 minit

Sebelum sesi dimulakan, fasilitator akan mengepelai semua peserta membuat beberapa gerakan memanaskan badan

Jogging – 10 minit

Peserta dan fasilitator akan berlari anak di sekitar kawasan padang sambil menghayati alam
Fasilitator akan menceritakan tentang keagungan Allah melalui penciptaan alam secara santai.

Cari cucu – 25 minit

Objektif :-
Menilai sejauh mana peserta mengingati nama panggilan rakan mereka
Mengenali para peserta melalui aspek luaran seperti pakaian, bentuk badan

Material :-
Sapu tangan / kain penutup mata
Tongkat
1. Peserta akan diarahkan oleh fasilitator untuk membentuk bulatan besar. Semua peserta akan memberitahu nama panggilan atau singkatan masing-masing.
2. Sebelum permainan dimulakan seorang dari mereka haruslah menjadi nenek. Nenek akan ditutup matanya dengan sapu tangan atau kain untuk dijadikan nenek. Sebatang tongkat diberikan untuk dipegang dan berperlakuan seperti nenek tua yang buta.
3. Semua peserta akan mengelilingi nenek dengan berpegangan tangan diantara satu sama lain. Sebuah dendangan dinyanyikan oleh cucu secara beramai-ramai.
4. Nyanyian :
Nenek, nenek,si bongkok tiga.Siang mengantuk,malam berjaga.Mencari cucudimana berada.Nenek kahwindengan anak raja.
5. Setelah cucu tamat mendendangkan nyanyian, maka nenek pula mengambil giliran mendendangkan nyanyiannya.
Cucu, cucutak dapat lari.Nenek tuabanyak sakti.Sekarang neneknak cari ganti.Siapa yang kena,dia menjadi.
6. Setelah selesai dendangan nenek masing-masing cucu duduk mencangkung mendiamkan diri dengan harapan nenek tidak mengetahui kedudukan mereka. Dengan menggunakan tongkat nenek mencari-cari cucu yang mendiamkan diri disekelilingnya. Setelah berjaya menangkap seorang cucu nenek perlu meneka nama panggilan atau singkatan peserta tersebut dengan betul.
7. Sekiranya tekaan nenek itu betul maka pemain tersebut akan menjadi nenek menggantikan tempatnya. Seandainya tekaan itu tidak tepat maka watak nenek masih menjadi miliknya dan permainan diteruskan.
Teng teng – 25 minit

1. Peserta akan diarahkan oleh fasilitator untuk membentuk dua buah kumpulan. Sebelum permainan dimulakan, undian dijalankan bagi menentukan kumpulan yang mana harus memulakan permainan terlebih dahulu.
2. Bagi memulakan permainan, peserta hendaklah mencampakkan gundu ke dalam petak pertama dengan cara membelakangkan petak. Jika gundu tidak masuk ke dalam petak yang ditentukan atau terkeluar ia di anggap mati dan hilang giliran. Peserta lain mengambil giliran pula.
3. peserta dikehendaki melompat kedalam kesemua petak dengan sebelah kaki, kecuali di petak sembilan dengan kedua belah kaki. Tetapi bagi peserta yang baru sahaja memulakan permainan dimana gundu berada di petak pertama, maka peserta hendaklah melompat terus ke petak ketiga, tanpa memijak di petak kedua. Begitu juga dengan lompatan disetiap petak, seandainya pemain terpijak garisan ia dianggap mati dan giliran pemain lain mengambil alih permainan.
4. Setelah pemain melompat kembali ke garisan permulaan, setibanya di petak kedua dan keempat, pemain hendaklah memijak dengan kaki kanan di petak kedua dan kaki kiri di petak keempat. Setelah itu pemain dikehendaki melompat ke petak ketiga pula dengan hanya sebelah kaki dan seterusnya gundu hendaklah dikutip di petak pertama lalu melompat ke petak pertama dan terus ke garisan penamat.
5. Setiap pemain tidak dibenarkan memijak petak dimana gundu berada di dalamnya, samada kepunyaan sendiri atau pihak lawan, jika ini berlaku ia dikira mati, giliran pemain seterusnya mengambil alih permainan.
6. Setiap kumpulan akan bermain secara bergilir sehingga pemenang dikira berdasarkan kumpulan yang paling ramai baki ahli yang tidak mati.







































Tajuk Modul : ‘Tressure hunt’
Masa : 1 jam ¼

Material :-
Lampiran ‘ pekerja balak yang rajin’
Lampiran ‘kebakaran’
Lampiran ‘peta harta karun’
Telur
Kertas A4


Langkah:-

Warming up – 15 minit

Sebelum sesi dimulakan, fasilitator akan mengepelai semua peserta membuat beberapa gerakan memanaskan badan
fasilitator akan memberikan Peta harta karun dan seorang fasilitator dari kumpulan lain (untuk memantau tugasan di setiap check point) kepada semua kumpulan , semua peserta dikehendaki melalui semua check point untuk menyelesaikan tugasan
peserta yang sampai di cheack point terakhir akan menyerahkan semua barang dan tugasan kepada pemantau.



Check point 1

Objektif :-
Menilai tahap pengetahuan pengetahuan dan pemahaman peserta terhadap LDK1
Menguji kepantasan peserta dalam menjawab soalan

Untuk pergi ke check point seterusnya peserta hendaklah menjawab beberapa soalan akan ditanya oleh Fasilitator berkaitan persediaan sebelum solat yang ditekankan dalam LDK1. Soalan yang diajukan berdasarkan kreativiti fasilitator

Check point 2

Objektif :-
Menilai tahap pengetahuan pengetahuan dan pemahaman peserta terhadap LDK1
Menguji kepantasan peserta dalam menjawab soalan

Peserta diminta untuk mencari barang-barang yang tertera di atas kertas disekeliling mereka dalam masa 5minit. Barang tersebut adalah getah dan marker pen. Kemudian pemantau akan memeri arahan kepada mereka supaya menegakkan marker pen masing-masing dan dalam masa 10minit mereka diminta untuk melastik marker pen tersebut dalam jarak tertentu. Markah dikira berdasarkan bilangan marker pen yang berjaya dijatuhkan


Check point 3

Objektif :-
Menilai tahap kreativiti dan inovatif peserta dalam menyelesaikan masalah
Membina semangat kerjasama antara peserta dan mesyuwarah antara kumpulan


Sebiji telur diletakkan di hadapan peserta dan mereka dikehendaki mendirikan telur tersebut dengan apa cara sekali pun dalam 5 minit.


Check point 4

Objektif :-
Untuk melahirkan peserta yang kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan masalah
Bermusyawarah dalam menyelesaikan masalah atau konflik
Merapatkan ukhwah antara ahli

Peserta akan dapat sehelai kertas A4. Peserta diarahkan membuat apa sahaja dengan kertas tersebut agar semua ahli kumpulan dapat masuk dan memboloskan diri mereka. Caranya bebas. Pemberian kertas tidak boleh diulang.


Check point 5

Objektif :-
Menekan kepada peserta bahawa kejenuhan kita melakukan ibadah rutin kerana kurang menghalusi ibadat kita


Peserta dikehendaki menghafal sebuah cerpen ‘pekerja balak yang rajin’. Ini bertujuan untuk menguji daya ingatan para peserta dan mereka akan diuji pada check point terakhir.

Jawapan :-
Amien terlupa untuk mengasah kapak lantaran kerana sibuk bekerja.

Check point last

Objektif :-
Mendedahkan kepada peserta konsep perseimbangan dunia dan akhirat agar cemerlang dunia akhirat
Menekankan kepada peserta kepentingan untuk kita berpegang kepada ajaran Quran

Peserta dikehendaki mencantumkan kepingan artikel yang terpisah dan tersembunyi di sebalik task dan mungkin di sebalik barang amanah iaitu cerpen ‘kebakaran’

Jawapan :-
Marhani : adalah seorang penganut yang memahami dan mematuhi ajaran. Sedar akan akibat yang di terima jika menyanggahi ajaran

Azra : bersikap materialistik dan memikirkan dunia semata-mata. Tidak menghiraukan akibat yang diterima jika tidak mematuhi ajaran Islam

Aimi : ibarat seorang yang jahil tentang agama. Ini juga boleh ditujukan kepada mereka yangmencari akhirat tanpa memikirkan alam sekeliling dan memikirkan tanggungjawab sosial. Contohnya, seorang yang tidak lekang ke masjid tetapi tidak mengajar adik solat dan tidak mahu membantu adik-adik di rumah. Aimi akhirnya terperangkap dengan dunia kerana tidak arif dengan dunia itu sendiri.




























Tajuk Modul : Senamrobik
Masa : 1 jam

Objektif :-
v. Untuk menghayati kebesaran Tuhan
vi. Mewujudkan sikap menghargai alam sekitar
vii. Menghilangkan garis pemisah antara ahli.
viii. Membina ikatan kumpulan.

Langkah:-

Warming up – 15 minit

Sebelum sesi dimulakan, fasilitator akan mengepelai semua peserta membuat beberapa gerakan memanaskan badan

Senamrobik – 15 minit

Lagu Bumi suci palestina dimainkan dan fasilitator mengajarkan gerakan ringkas sambil diikuti para peserta.

Senamrobik – 30 minit

Semua peserta akan mementuk bulatan besar
Sambil muzik dimainkan, seorang peserta akan dipilih untuk memulakan gerakan sendiri dan gerakan tersebuta akan diikuti peserta yang lain
kemudian peserta yang lain akan meneruskan gerakan yang lain sambil peserta lain mengikut pergerakan tersebut sehingga semua peserta berpeluang mencipta gerakan mereka sendiri


















Tajuk Modul : Bina kubu kita!
Masa : 1 jam

Objektif :-
· Untuk melatih kepekaan dan senstiviti peserta terhadap persekitan
· Menghilangkan garis pemisah antara ahli dan ikatan kumpulan

Langkah:-

Warming up – 15 minit

Sebelum sesi dimulakan, fasilitator akan mengepelai semua peserta membuat beberapa gerakan memanaskan badan


Bina kubu kita! – 45 minit

Beberapa sandal peserta akan digunakan untuk membina kubu
Pihak lawan akan mengambil jarak dan memlontarkan sandal pada kubu sandal yang dibina peserta dengan matlamat untuk menghancurkan kubu tersebut
tatkala sandal tersebut mengenai sasaran, serentak dengan itu peserta akan lari menyelamatkan diri dari mengenai sasaran musuh.
dalam pada masa yang sama peserta akan mencuri-curi untuk menyusun semula sandal seperti sedia kala.
Jika peserta terkena hantaran sandal dari pihak musuh, peserta tersebut akan terkeluar dari permainan.
Peserta akan dikira menang jika peserta dapat membina kubu sempurna dan musuh dikira menang jika semua peserta habis terkena hantaran sandal.

















Tajuk Modul : Let’s prepare our solat
Masa : 1 jam 50 minit


Material :-
· Buah dadu
· Lampiran ‘dam roket’

Objektif :-
· Menanamkan kefahaman mendalam tentang persediaan sebelum solat.

Langkah:-

Dalam LDK ini fasilitator akan menekankan tentang pesediaan sebelum melakukan solat seperti wudu’, rukun solat, syarat sah solat, perkara yang membatalkan solat, perkara sunat sebelum menunaikan solat, doa selepas azan dan lain-lain lagi.
Penekanan tentang persediaan sebelum solat ini akan dijalankan dalm bentuk Permainan Dam roket supaya peserta tidak bosan dengan teori
dalam setiap kumpulan, peserta akan dibahagikan dalam dua kumpulan lagi dan masing-masing akan mengambil giliran membuang dadu
Sekiranya buah peserta jatuh di tempat roket, maka buah tersebut akan naik mengikut arah roket tersebut.
Sekiranya buah dadu berakhir di tempat 'tahi bintang jatuh', maka buah pemain tersebut akan turun ke bawah menurut arahnya
Jika buah pemain terletak di tempat bintang, maka soalan akan dikemukakan kepada peserta. Peserta yang lain akan mendengar juga soalan yang akan dilontarkan berkaitan tentang persediaan sebelum menunaikan solat. Jika ada soalan, fasilitator boleh membuka ruang untuk perbincangan dan pertanyaan. Fasilitator hendaklah memastikan peserta benar-benar faham dengan peserdiaan sebelum solat ini. Fasilitator boleh membuat persediaan dan rujukan awal melalui buku seperti sifat solat Nabi yang dilampirkan bersama.
Sekiranya pemain tidak dapat menjawab soalan dengan betul maka pemain tersebut akan hilang satu giliran.Pemenang dikira berdasarkan siapa yang berjaya sampai ke petak 100 menurut bilangan dadu yang betul-betul tepat.











Tajuk Modul : Let’s practice our solat
Masa : 1 jam 30 minit

Objektif :-
· Memahami tentang bacaan ketika solat dan gerakan ketika solat

Material :-
· Laptop
· Video tentang ‘sifat solat Nabi’


Langkah:-

Dalam LDK ini fasilitator akan menekankan tentang bacaan dalam solat dan gerakan dalam solat
Fasilitator hendaklah memastikan semua peserta menghafal bacaan dalam solat dan benar-benar memahami gerakan dalam solat. Dalam LDK fasilitator akan dibantu dengan video sifat Solat Nabi. Fasilitator boleh membuka ruang untuk perbincangan dan soal jawab. Oleh itu, para fasilitator hendaklah membuat rujukan awal.


























Tajuk Modul : Let’s perform our solat
Masa : 1 jam 50 minit

Objektif :-
· Memahami tentang bacaan ketika solat dan gerakan ketika solat

Material :-
· Telekung
· Lampiran borang evaluasi solat peserta.


Langkah:-

Dalam LDK ini peserta akan melakukan praktikal dalam solat mulai dari wudu’, azan, praktikal solat Suboh berjemaah dan doa selepas solat.
fasilitator juga akan turut memberi pendedahan tentang doa Qunut dan bacaan sujud sahwi.
Fasilitator akan diberi borang evaluasi untuk menilai peserta.
Borang penilaian ini akan disertakan dalam rekod kemajuan peserta yang akan diserahkan ketika acara penyampaian sijil peserta.



























LAMPIRAN

KEBAKARAN

Satu kebakaran telah berlaku di sebuah kondominium. Marhani, Aimi dan Azra adalah antara penghuni yang sedang nyenyak tidur. Siren kecemasan berbunyi.
Marhani panik apabila mendengar siren kecemasan berbunyi. Dia bingkas bangundan terus menyelamatkan diri. Dia terfikir tentang dompet dan fail-fail penting yang di letakkan di dalam almari. Api telah merebak dan semakin marak. ‘Ah, lupakan sahaja. Nyawa lebih penting’, fikirnya. Ketika dia bergegas menuruni tangga kecemasan, dia terlihat seorang wanita mengandung yang kepayahan menuruni anak tangga tersebut, jadi Marhani pun memimpin wanita tersebut menyelamatkan diri.
Azra adalah seorang usahawanita yang mengusahakan ladang cendawan yang sedang meningkat maju. Fail-fail kontrak perniagaan yang bernilai jutaan ringgit yang disimpan di dalam almari. Begitu juga dengan kad kredit dan baju-baju. Api semakin menjulang tetapi dia masih memunggah barang-barangnya....
Aimi pula seorang tua yang menumpang di bilik anak saudaranya. Hari itu adalah hari pertama dia tiba di Kuala Lumpur dari kampung halaman. Dia keseorangan pada malam itu kerana anak saudaranya yang bertugas sebagai doktor mendapat ‘on call’. Ketika mendengar bunyi siren dia terpinga-pinga. Dia tahu itu adalah tanda bahaya lalu menuju ke tingkap dan dia terkejut melihat penghuni kondominium tersebut bertempiaran lari sambil menjerit ‘api! Api!’.’oh, kebakaran rupanya’. Dia cuba membuka pintu tetapi api semakin marak. Dia juga tidak ahu fungsi tangga kecemasan. Aimi dan Azra akhirnya terkorban dalam nahas kebakaran kondominium itu sementara Marhani pula berjaya menyelamatkan diri.




















LAMPIRAN

PEKERJA BALAK YANG RAJIN

Amien adalah seorang pemuda yang tampan dan gagah. Dia bercita-cita untuk menjadi pekerja balak. Semasa menyambut jadinya yang ke-18, dia pun keluar dari rumahnya dan menuju ke sebuah kilang memproses kayu balak yang terkenal di negeri itu. Amien terus mendapatkan supervisor kilang dan terus memohon untuk mendapatkan pekerjaan. Supervisor itu amat sukacita melihat Amien yang tampan dan mempunyai susuk tebuh yang tegap lantas dia pun menerima amien untuk bekerja sebagai pekerja balak.
Pada hari pertama, Amien telah berjaya menebang sebanyak 10 batang pokok balak. Supervisor itu amat berpuas hati dengan prestasi kerja Amien. Pada hari yang berikutnya, pemuda itu telah bekerja keras seperti biasa tetapi dia hanya dapat menebang 8 batang pokok sahaja. Pada hari berikutnya lagi, Amien telah bekerja keras seperti biasa tetapi bilangan pokok yang berjaya ditebangnya semakin berkurangan.
Pada hari jumaat, Supervisor itu telah memanggilAmien masuk ke pejabatnya kerana Amien masih belum berjaya menumbangkan walau sebatang pokok pun sehingga matahari terbenam. Amien merasa sangat sedih dan malu.

Amien Tuan, setiap hari saya telah bekerja keras daripada biasa tetapi dari hari ke hari bilangan pokok yang berjaya saya tebang semakin berkurang dari hari ke hari.
Supervisor kenapa hari ini kamu tidak dapat menumbangkan sebatang pokok pun?
Amien saya telah cuba dengan bersungguh-sungguh Tuan



Kenapa Amien tidak berjaya menumbangkan sebatang pokok pun?

16 comments:

suhaimi a.k.a. amir syuhada said...

terima kasih atas perkongsian ilmu dalam blog saudari.. moga terus sukses..

mohd nasir said...

salam...boleh copy dan print??minta ijin

mohd nasir said...

salam..amin tak dpt tebang pokok psl mata kapaknya dah tumpul dgn izin Allah.

my_kalami said...

mintak kongsi ya

Nazifi said...

mIntak izin nk copy

* Dian Agustian @ Ađzhar Đ` GreaT * said...

salam alaik.. mohon izin copy dan jadikan rujukan.

SMK Ahmad, Pekan, Pahang said...

Salam...Mohon share modul..

SMK Ahmad, Pekan, Pahang said...
This comment has been removed by the author.
Homestay Tunas Mahkota said...

السلام عليكم
Terima kasih atas perkongisan modul...boleh juga dijadikan panduan untuk buat Kem Bestari Solat kat sekolah ana

Petunjuk Kemuliaan said...

thankz share.. mohon share lg... syukran..

gassi kekcok said...

mohon share tuan blog...semoga segala ilmu dapat dimanfaatkan bersama

Perindu Ilahi said...

salam..ana copy n paste untuk perkongsian modul...

Perindu Ilahi said...

salam..ana copy n paste untuk perkongsian modul...

Qamarulnasri Damni said...

Assalamualaikum wbt.
mohon copy untuk mmodul motivasi. terima kasih atas perkongsian. ^_^

Qamarulnasri Damni said...

Assalamualaikum wbt.
mohon copy untuk modul motivasi.
terima kasih atas perkongsian. ^_^

noraini said...

assalamu'laikum..mohon izin copy modul ya.