Buat Kak Wani, k.Nor dan K.zai. Selamat berpraktikal. Salam sayang buat kakak-kakak semua.
Moga kita terus tetap tsabat di atas jalan Nya. Private message special from yur 'adik'
Thursday, April 16, 2009
UKHWAH FILLAH ABADAN ABADA
Posted by Nusaibah at 12:13 AM 1 comments
Quran Syamil Harfiah
Quran Syamil Harfiah
Kepada Umat Islam yang ingin memahami Al-Quran
"Fahami al Quran dan Pelajari Bahasa Arab dengan Al Quran SyamilTerjemahan PerKata (Harfiah)"
-Anda bermasalah untuk memahami makna Al-Quran ?-Adakah anda bermasalah untuk khusyu' dalam solat kerana tidak memahami apa yang dibaca ?-Apa yang menyebabkan anda tidak berasa tenang apabila membaca Al-Quran, sedangkan sepatutnya begitu ?
Assalamualaikum ,
Memperkenalkan, Al-Quran Syaamil Harfiah (PerKata). Di import daripada Indonesia, dan terjamin kualitinya.
Pembaca akan dapat mempelajari bahasa Arab secara terus kerana setiap perkataan dalam Al-Quran Syaamil Harfiah ini, disertai maksud.
Ciri ini sangat sesuai untuk mereka yang tidak mempunyai kemahiran berbahasa Arab dan mereka yang tidak sempat untuk menyemak maksud perkataan daripada Kamus.
Selain daripada itu, Al-Quran Syaamil Harfiah ini juga, di sertai dengan terjemahan di bahagian tepi muka surat.
Ciri ini memberikan kemudahan kepada para pembaca untuk menghayati makna Al-Quran lalu mempraktikkan dalam kehidupan harian.
Maksud firman Allah dalam surah Ali Imran ayat yang ke 7 ;
" Dialah yang menurunkan Al-Kitab (Al-Quran_ Kepada kamu. Di antara (isi)nya ada ayat-ayat yang muhkamaat itulah pokok-pokok isi Al-Quran dan yang lain (ayat-ayat) mutasyaabihaat.
orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti sebahagian ayat-ayat yang mutasyabihaat untuk menimbulkan fitnah dan untuk mencari-cari ta'wilnya padahal tidak ada yang mengetahui ta'wilnya melainkan Allah.
Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata "Kami beriman kepada ayat-ayat mutasyabihat, semuanya itu dari sisi Tuhan kami"
Dan tidak dapat mengambil pelajaran (daripadanya) melainkan orang-orang yang berakal"
Al-Quran ini sangat sesuai untuk dijadikan bacaan peribadi, wakaf masjid, hantaran perkahwinan, dan pelbagai lagi.
Sedikit maklumat mengenai Al-Quran Syaamil Harfiah :
1. Di bawah setiap perkataan, ada maksudnya
2. Selain mempunyai maksud pada setiap perkataan, Al-Quran ini juga dilengkapi terjemahan di bahagian tepi.
3. Size Al-Quran adalah bersaiz A4, sangat sesuai untuk dibaca oleh semua golongan, tua dan muda.
4. "Recommended" untuk mereka yang ingin mempelajari bahasa Arab. Sesuai untuk memahami makna Al-Quran dan seterusnya boleh dibawa ke dalam solat.
5. Kulit tebal dan kertas yang berkualiti tinggi.
5. Serta banyak lagi keistimewaannya yang lain.
Sila klik pada gambar di sebelah untuk melihat contoh muka surat.
TAWARAN TERHADPENGHANTARAN PERCUMA KE SELURUH MALAYSIA
Testimonial Produk :Tiada lagi buat masa ini. Al-Quran ini sangat baru di pasaran. Kami bukan seperti sesetengah syarikat yang ingin menarik pelanggan dengan testimonial-testimonial palsu. Walaubagaimanapun, kami akan masukkan testimonial anda sebagai pembeli di sini.
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi :
email Admin :admin(at)kedaibukuhumaira.com
SMS :013-207 1215More Details
Edisi Indonesia :Paket ini adalah Leader Al-Quran terjemahan Indonesia dengan menggunakan kertas kuning (mirip al-Qur’an import). Al-Qur’an syamil ini penuh inovasi untuk membuat Al-Quran lebih diterima dan difahami oleh semua masyarakat di Malaysia. Khususnya untuk Al-Quran Syamil Terjemahan Per Kata ini akan sangat mempermudahkan kita memahami Al-Qur’an kata-perkata.
Ini adalah sebuah paket Al-Qur’an yang spesial karena merupakan edisi terjemah dengan tipe perkata langsung. Masing-masing kata dalam lafazh al-Qur’an ini punya arti versi indonesia yang pas dibawahnya. sementara ini, kita hanya dapet terjemahnya bertempat di samping kanan-kiri atau di blok bagian bawah, meski demikian di blok kanan dan kirinya masih ada terjemahan lengkap sesuai konteks kalimatnya.
Dengan Al-Quran Terjemah Perkata Syamil ini kita bisa mengetahui arti per kata dari lafaz al-Qur’an. Kelebihan lain dari kitab ini adalah kalau dari penerbit lain terjemahan perkata bisa beberapa buku maka Syamil cukup satu kitab saja. Manfaat lainnya tentunya kita belajar sedikit banyak mengenal bahasa arab.
P.S : Dapatkan diskaun hebat untuk pembelian secara pukalP.P.S : Kami juga menerima tempahan untuk diletakaan sebagai wakaf masjid
Selamat menikmati…
***
Price: RM 130.00P&P: RM 0.00
Untuk maklumat lanjut layari http://kedaibukuhumaira.com/
Posted by Nusaibah at 12:03 AM 0 comments
Wednesday, February 18, 2009
SENARAI SYARIKAT YANG MENYOKONG ISRAEL
Syarikat : Phillip MorrisProduk : Rokok dan MakananJenama : Marlboro, Virginia Slims, Benson & Hedges, Winston, GoldCoast, Merit, Parliament, Alpine, Basic, Cambridge, Bristol, Bucks,Chesterfield, Collector's Choice, Commander, English Ovals, Lark, L&M,Players and Saratoga, C e d'Or, Philadelphia, Polo, Milka, Malabar,Marabou, PrinceFakta : 12 % keuntungannya adalah untuk Israel, Setiap hari umat Islammembelanjakan USD 800 juta untuk membeli rokok mereka, keuntunganpurata 10% atau USD80 juta sehari. JADI USD 9.6 JUTA DUIT ORANG ISLAM PERGI KE ISRAEL SETIAP HARI
Syarikat : Coca-Cola - McDonalds - Burger King - Pizza Hut, KFCProduk : Minuman Jenama : Light Coke, Fanta, Sprite, Canada Dry,Crush, Schweppes, Minute Maid, Nestea, Dr. PepperFakta : Sejak 1966 Coca Cola meyokong penuh negara Israel. Coca Colatelah menerima anugerah tertinggi dari kerajaan Israel kerana lebih 30tahun menyokong mereka serta membantah boikot Liga Arab terhadapIsrael .
Syarikat : NestleJenama : Kit Kat, Perrier, Libby, Nescafe, Maggie, Buitoni, Nestea,Freskies, Vittel, Pure Life, Nido, Smarties, Lion, Polo, After Eight,Coffee Mate, Nesquik, Aero, Quality Street, Felix (cat food), Crosse &Blackwell, Milkmaid, Carnation, Shreddies, Baci Baby Ruth,Butterfinger, Milkybar, FrutipsFakta : Syarikat Swiss ini dimilikki 50.1% oleh syarikat Israel , OsemInvestments. Pada tahun 2000 mengumumkan untuk melabur berjuta-jutadolar di Israel dalam R & D. Pada tahun Peter Brabeck-Letmathe bagipihak Nestle menerima Anugerah Jubli daripada Perdana MenteriNetanyahu.
Syarikat : DisneyProduk : Disneyland , Euro-Disney, Jenama Disney, Kartun, FilemFakta : Pameran Walt Disney Millennium di Epcot Centre Floridamenonjolkan Jerusalem sebagai ibu negara Israel . Kos US 8 juta untukpameran ini dibiayai US1.8 juta oleh Israel untuk menentukan isi kandungan pameran. Iniadalah kempen Israel menggunakan Disneyland untuk menguasai Jerusalemsepenuhnya.
Syarikat : Delta Galil Industries Ltd.Produk : Pasaraya, Pakaian dan KasutJenama : JC Penney , Carrefour Nike, Reebok, Converse, Calvin Klein,Gap, Boss, Ralph Lauren, Banana Republic, Bauer, Wrangler, Dim, OldNavy Dockers, Celio, J. Crew , Caterpillar, Lou Riders, PrycaFakta : Syarikat kain terbesar Israel. Pengasasnya Dov Lautman adalahkenalan rapat Presiden Israel ketika itu Ehud Barak.
Syarikat : NokiaProduk : Telekomunikasi, talipon bimbit dan elektronikFakta : Nokia melabur begitu banyak di Israel dan memanggilnya PROJEK ISRAEL.Syarikat : DanoneProduk : Makanan, minuman dan biskutJenama : Evian, Alpina, LU Biscuits, Tuc, Volvic, Strauss dairy, Jacobbiscuits, Danone yogart, HP foods, LEA & PERRINS, Sant? Galbani,Danao, DanetteFakta : Pada tahun 1998 Franck Riboud bagi pihak Danone menerimaAnugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel, Netanyahu. Anugerahtertinggi negara Israel untuk syarikat yang memperkukuhkan ekonomiIsrael. Institut Danone, satu institut Penyelidikan dan Pembangunantelah di tubuhkan di Israel pada tahun 1998.
Syarikat : Johnson & JohnsonProduk : Kesihatan.Fakta : Pada tahun 1998 Roger S. Fineon bagi pihak Johnson & Johnson,menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu.Syarikat : RevlonProduk : KosmetikFakta : Jutawan Ronald Perelman yang memilikki Revlon adalah seorangZionis. Penyokong kuat Zionis Merupakan pemegang amanah Pusat SimonWiesenthal Center yang menggunakan Holocaust untuk mendapatkansokongan Zionisma dan Israel.Syarikat : AOL Time WarnerProduk : Media Elektronik dan CetakJenama : ICQ, Warner Bros, CNN, AOL, Times magazineFakta : AOL memperuntukkan 30% daripada portfolio keuntungan diIsrael. Pada tahun 1998 AOL menerima anugerah Jubli daripada PerdanaMenteri Netanyahu.
Syarikat : IBMFakta : Mempunyai 1700 pekerja di Israel. Satu dari 3 syarikat yangdisanjung semasa Jamuan Makan Malam Liga Persahabatan Amerika-IsraelUntuk Demokrasi pada 25 Jun 2001 bersama Ariel Sharon.Syarikat : L'OrealJenama : Giorgio Armani, Lancome, Biotherm, Garnier, HelenaRubinstein, Donna Karan, Vichy, Cacharel, Maybelline, Redken, Laroche-posay, CarsonFakta : Setelah disaman US 1.4 juta kerana menulis surat pada LigaArab bahawa mereka menutup kilang di Israel, mereka kemudian melaburdengan begitu banyak di Israel. Kongres Yahudi Amerika amat berpuashati dengan L' Oreal dan menganggap mereka sahabat akrab.
Syarikat : IntelProduk : Perkakasan komputerFakta : Intel adalah penyokong kuat Israel. Pusat pembangunan pertamadi luar Amerika didirikan di Haifa pada 1974.Syarikat : Est LauderJenama : Clinique, Tommy Hilfiger, DKNY, Aramis, Origins, Ko Malone,La Mer, Prescriptives, Bobbi Brown Essentials, Aveda, Jane, MACCosmetics, Kate Spade, Fragrances, StilaFakta : Pengerusinya, Ronald Lauder, pernah menjadi pengerusiPersidangan Utama Kesatuan Amerika Yahudi. Juga adalah presiden TabungKebangsaan Yahudi yang fungsinya ialah untuk menghalalkan pengambilantanah rakyat Palestin oleh Israel.Syarikat : News CorporationProduk : 20th Century Fox, Star, SKY, New York Post, NationalGeographic Channel, News of the World, The Times, The Sun, NurseryWorld, The weekly Standard, Daily Telegraph, Harper CollinsFakta : Murdoch's New Corp. melabur dengan begitu banyak di Israel.
Syarikat : Kimberly-ClarkProduk : Huggies, Kotex, Kleenex, Scott, ANDREX products Freedom, ScottexFakta : Pada tahun 1998 Robert P. Van der Merwe , Pengerusi KimberlyClark , menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri IsraelNetanyahu, kerana sumbangan mereka dalam membangunkan ekonomi Israel.
LAIN-LAIN SYARIKAT
Syarikat : Procter and GambleProduk : Kesihatan, sabun, syampuJenama : Head & Shoulders, Pert Plus, Pentain, Always, Tide, Crest,Pampers, Lux, Palmolive, Camay, Zest, Ariel, Fairy, Signal 2, closeup, colgate, Monsieur Propre, Oil of Olaz, Petrol Hahn, Pringles,Sanicroix, Tampax, Tempo, Vicks, Vizir, Yes Swiffer, Ace, Action 500,Bonux, Mr CleanMARS INC - Bounty, M&M's, Mars, Snickers, Twix, Uncle Ben's, Whiskas,Pedigree, Balisto, BrebbiesHASBRO - Parker, Pokemon, Star Wars, Episode I, Monopoly, Brothers,MB, Playskool, TigerGILETTE - Braun, Duracell, Gillette, Oral-B, Paper-Mate, Parker, WatermanCOLGATE PALMOLIVE - Ajax, Palmolive, Tahiti, Axion, Bingo, Fabe,Felire, La croix, Mennen, Murphy, PaicHaagen - Dazs Ben & Jerry, CAMPBELL, Kellogg, Canderel, Levis, Raid, Heinz.
Posted by Nusaibah at 12:33 AM 0 comments
Wednesday, January 28, 2009
Nukafihul Lil Majdi-- Berjuang demi keunggulan
Hampir 3 minggu praktikal di sini. Macam-macam ingin dicoret, simpan dulu sebab hambatan masa...Masih cari rentak nak buka halaqoh sekolah--
Menuju keunggulan cita
Mengorak ke mahligai jaya
Semai tekad bersemangat
Semarak cita mencapai hasrat
Menyemai akhlak mulia
Bertunas iman dan taqwa
Quran dan Sunnah Panduan
Sahsiah jadi teladan
Serikandi bersatu hati
Berganding dan ikrar janji
SERATA megah berdiri
Nukafihul Lil Majdi 2X
Posted by Nusaibah at 9:54 PM 0 comments
Friday, November 7, 2008
PERTANDINGAN ESEI PENGHARGAAN BUAT AYAH & IBU
Posted by Nusaibah at 5:58 PM 0 comments
Saturday, November 1, 2008
18 QUEUE LAGI
Alhamdulillah baru-baru ini,‘halaqohmate’ aku mengajukan soalan cepu emas. Ini sebenarnya lanjutan dari satu isu panas dalam sebuah forum yang mendapat ranking tertinggi dilayari ikhwah dan akhwat kita (rasa-rasanya la…). Apa lagi kalau bukan isu nikah. Ana tak ambil pusing sangat tentang isu ini tetapi bila lihat akhwat semedan berbicara hal yang sama dan kemuncaknya dibawa ke halaqoh, maka rasa terpanggil pula nak mencoret sesuatu.
Kalau yang tidak mengikuti perjalanan kisah semejak awal mesti tertanya-tanya isu ini berkisar pasal apa? Tak de apa pun cuma alkisah satu soalan yang dirintis seorang akhwat tentang akhwat yang dirisik orang biasa menyebabkan ramai yang terpanggil untuk me’respon’, ada yang ‘bara’ bila ikhwah agak tak supportive malah menggalakkan supaya lamaran diterima, akhwat reply nikah dengan orang biasa seolah tak menjaga kesinambungan dakwah dan tarbiyah. Pastu ada pula ikhwah yang kesian dengan akhwat. Ada yang marah-marahkan ikhwah kerana tak rancak melobi nikah.‘Arghh…’aku dah menepuk dahi.
Ana insan yang jahil lagi kerdil ini sekadar ingin mengajak untuk kita sama-sama beristighfar. Ana tak pernah menyebelahi mana-mana. Teringat dalam buku Faudhil Azhim… menyegerakan nikah bukan bermakna tergesa-gesa. Afwan buat akhwat yang lama menanti dan diuji dengan risikan-risikan, marilah kita sama-sama memuhasabah diri, apakah diri ni sudah cukup sabar menangani masalah anak halaqoh sendiri sehingga memungkinkan untuk kita kelak mampu menangani masalah anak sendiri. Kadang tindak-tanduk kita mencerminkan kita kurang sabar. Yakinlah ukht, ketetapan Allah itu pasti tiba (16:1). Andai kita tidak sabar menagih kabulan doa dari Tuhan, mungkin Allah akan makbulkan doamu, tapi mahukah kita terima barang yang dihajati dalam keadaan Allah ‘campak’ kepada kita. Tanpa huluran yang lembut, penuh barakah dan redho Allah.
Paling penting ana ingin mengingatkan diri ana juga supaya kita selalu doa, sabar dan kuatkan pergantungan kita dengan Allah. Mari muhasabah kembali diri berapa kali sudah kita mohon istikharoh dan solat hajat. Paling penting, berhusnuzhon sesama kita, baik yang ikhwah mahu pun akhwat. Buat akhwat bukan senang keluarga nak melepaskan anak sendiri menyara anak dara orang dalam keadaan tiada ma’isyah atas asbab belajar. Buat ikhwah pula, kata-kata akhwat anggaplah sekadar motivasi buat antum sahaja. Lepas ini, ayuh lah kita bicara soal yang lebih urgent dari membahas isu yang tak kan ada sudahnya. Gencarkan lagi ziarah dan silaturrahim kita. Yakinlah, Allah sedang memberi kita kesempatan dan ruang i’lah buat diri sebelum kita hendak menyempurnakan separuh dari agama. Nanti kalau kita masih tidak bisa islah diri ketika ini, jangan harap sangat kita ada kesempatan untuk kejar kesempatan itu ketika sudah menikah. Mana yang tak tahu masak, tak tahu jahit tulang belut dan yang sewaktu dengannya…inilah kesempatan kita, membekali diri dengan ilmu-ilmu rumahtangga.Bak kata seorang akhwat, kalau sekarang masih tak mampu manage masa dengan baik, pasti akan jadi worse bila sudah nikah. Ini sekadar coretan hamba yang dhoif, terkadang tersenyum sendiri bila dengar sembang akhwat. ‘kapan nak nikah?’ sambil tawa soalan bersambut ‘Wo…ada 18 queue lagi’. Hihi…sabar ya ukht.
Posted by Nusaibah at 1:54 AM 0 comments
Friday, October 10, 2008
Fotosintesis

Hihi, salam ukht. Sebenarnya nak merakamkan sejuta penghargaan dan rasa terima kasih kepada semua akhwat yang memberi sokongan waktu nak sudahkan wat tesis. sebagai balasannya terimalah puisi fotosintesis (ada kaitan tentang tajuk tesis juga la..hihi). Dedikasi khas buat akhwat tersayang.
Fotosintesis (Tommy Liew Yu Soon) (Johan Pertandingan Puisi Minggu Sains 1997)
Alam ini luas terbentang
beribu juta organisma dalam kandungannya
Di perutmu.....ada lautan manusia
ada dedaunan menyusur sukma
ada haiwan pengongsi bersama
ada bayu menyapa muka
Bersama-sama kita hidup satu juzuk himpunan
berinteraksi membina FOTOSINTESIS
atas pemberian yang Maha Esa
Fotosintesis hadirmu membawa seribu makna
untuk semua pengongsi dunia dengan bantuan karbon sioksida
air dan pancaran sang suria membakar dedaunan terbentuknya
oksigen untuk kita menerus hidup di alam maya.
Fotosintesis kau penayambung riwayat
haiwan manusia tumbuhan udara bersatu bersama tenaga suria
menjamin kesegaran mengekal keamam dunia
Namun kini....
kau fotosintesis menerima padah nasib celaka manusia hipokrit ,
meterialistik menjajah membaham tunbuhan hijau setiap masa
alasan pembangunan alasan perindustrian alasan penerokaan
kononnya wawasan masa hadapan
Segala-galanya tanpa disedari
pembagunan membawa ke kawah api oksigen yang ada kian mati
hidup manusia tercari-cari kerana yang hilan sukar dicari ganti
Oh dunia celikkan matamu saujana memandang
hamparkan di benakmu sejuta fikir
Untukmu...
Fotosintesis
Ku kan bakal merubah menerobos dinding kecelakaan
dunia kan kembali riang dengan beburung piara imbau mengimbau
dengan insan bercinta berkasih sayang dengan bayu bak suterasejuk nyaman.
dengan titisan embun bersinar sekilau mutiara
dengan mentari senja semerah kuntuman mawar..........
Fotosintesis
Semoga dunia yang kita miliki ini
Senyum riang meniti hari....hari
Posted by Nusaibah at 4:41 AM 0 comments


