? ??????????????Spongebob? ????? ?? ???Rating: 4.3 (41 Ratings)??35 Grabs Today. 9593 Total Grabs. ??????P
review?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????Do You Feel Lucky?? ????? ?? ???Rating: 4.8 (23 Ratings)??33 Grabs Today. 6636 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Lil BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, October 10, 2007

Saya bukan pemalas

Sekarang saya bukan ahli AMP. Kalau saya seorang pemalas saya tidak akan terpanggil untuk menyudahkan esei ini. Tugasan esei ini diberikan sebelum saya diarahkan untuk bertukar medan ke B. Saya bukan pemalas kerana saban hari, pagi dan petang saya tidak putus untuk berdoa agar saya dijauhi dari sifat seorang pemalas. Apa doa saya? ’ Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-MU dari rasa susah dan sedih, aku berlindung kepada-Mu dari rasa lemah dan MALAS, aku berlindung kepada-MU dari sifat pengecut dan kikir dan aku berlindung kepada-MU dari lilitan hutang dan tekanan orang lain’. Saya yakin Allah akan kabulkan permintaan saya kerana ada satu hadis yang menyebut bahawa Allah sangat pemalu. Allah malu andai hambanya memohon suatu permintaan dan dia balik dengan tangan kosong ( Allah tidak mengabulkan permintaannya).
Memang diakui bahawa semangat manusia ada pasang surutnya. Kadang-kadang kita terlebih rajin dan ada kalanya semangat kita jatuh merundum. Kita tidak merasa teruja untuk pergi berziarah, kita tidak terpanggil untuk membuat ulangkaji nota kuliah kita. Kita asyik rasa malas. Kalau dalam syuro atau halaqoh pun sikap malas ini membekas dalam jiwa sama ada kita perasan atau tidak. Kadang-kadang kita malas hendak memerah idea dan berfikir untuk menyelesaikan musykilah yang dikemukakan kawan sehalaqoh. Dahulu, ana pun sama. Ana seorang yang agak fardi-fardi, tak suka sesi musykilah kerana kita terpaksa bertungkus lumus berfikir untuk solusi masalah orang lain. Tetapi kini tidak lagi, sesi musykilah adalah satu sesi yang saya sentiasa rindui dan rasa ingin berlama-lama dalam sesi itu. Ini kerana kita dapat banyak prior knowledge walau pengalaman itu kita tidak tempuh. Kita akan belajar sesuatu melalui pengalaman orang lain.
Ada banyak sebab mengapa kita jadi malas. Kita jadi malas bila kita tidak capai matlamat kita. Sebagai contoh, kita diamanahkan untuk pegang aras2 blok 3. setiap kali kita ketuk pintu dan kita menawarkan tarbiyah, semua menolak. Lama-kelamaan kita rasa lelah dan akhirnya malas nak ketuk pintu hati umat. Walhal tidak sepatutnya begitu, kita kena ubati kegagalan dengan motivasi dan hati yang terbuka. Andai kita ketuk 100 bilik dan semua menolak, itu bukan gagal tetapi kita sebenarnya telah memperolehi 100 cara macam mana nak ketuk pintu dan seterusnya memulakan langkah menyemarakkan roh islam dalam keperibadian setiap penghuni rumah.
Saya bukan pemalas. Kerana saya bukan pemalas lah maka saya dapat meneruskan pembelajaran saya di sini. Jika saya malas, saya tidak akan menelaah buku tatkala peperiksaan menjelang seterusnya dapat markah dan dapat meneruskan pembelajarn di sini. Walau pun, hakikatnya kerajinan saya masih belum optimum tetapi sekurang-kurangnya saya rajin.
Hidup dan masa tidak dapat dipisahkan. Semakin melonjak naik usia kita bermakna semakin sedikit sela masa hidup kita. Perumpamaan sela masa antara hidup dan matinya suatu makhluk itu umpama sela masa yang terungkap antara azan dan solat. Tak lama bukan? Ketika kita lahir, ayah kita sambut dengan azan dan kelak kita mengakhiri kehidupan dengan solat. Bayangkan kalau kita malas, kita banyak berpeluk tubuh, melutut dan memerhati tanpa ada tindakan. Banyak masa yang kita bazirkan. Masa itu, umpama emas, jadi kita kena jadi pelombong bukan penganggur yang membiarkan emas terbiar ditelan bumi. Kalau kata nak hidup mengejar Tuhan, maka kita tidak boleh jadi pemalas. Dalam dunia ini kita tidak boleh malas melombong sebab nanti kita tiada hasil lombongan yang kita hendak beri kepada MAJIKAN kita. Majikan yang telah membeli harta dan jiwa kita dengan harga sebuah syurga. SYURGA...apa lagi yang kita hendak selepas dapat keredhaan Allah melainkan dapat syurga. Malulah kita kalau kita nak mempersembahkan hasil lombongan emas yang tidak seberapa walhal MAJIKAN kita mahu memberikan kita syurga. Tapi kalau kau tidak malu, maka berbuatlah sesuka hatimu, kalau kau tidak malu ketika hari perhintungan kelak,maka jadilah pemalas di bumi ini.
Apa solusi untuk permasalahn ini ? Senang sahaja kalau kita pegang hukum inersia. Kalau kita sudah lama bergerak dan tiba-tiba ada perkara yang mempengaruhi kita untuk pegun, maka jangan layan rangsangan dan anasir luar itu. Sebaliknya kita kena mengekalkan diri kita dalam keadaan bergerak. Kita mesti memastikan diri kita sentiasa dalam keadaan bergerak,. Kita kena memastikan diri kita sibuk. Melazimkan diri kita dengan kesibukan membuatkan kita tidak akan kenal malas. Sebab kalau kita malas, banyak kerja akan bertangguh dan kita akan lebih sibuk, kerja akan semakin menumpuk. Lazimkan diri kita untuk selalu buat kerja dakwah dan tidak pernah kenal erti cuti biarpun ketika cuti raya puasa, cuti pertengahan semester kerana dakwah tiada cuti. Ketika cuti biar kita menjadi orang yang proaktif bertanya program atau tidak perlu tunggu arahan biar dia yang berinisiatif sendiri buat kerja dakwah. Ketika buat Rancangan Orientasi Sekolah, kita menyelam sambil minum air, buat majlis ta’lim kepada pelajar. Jangan jadi pemalas dan tunggu arahan dari murobbi. Tetapi yang penting, repotingnya mbak...akhirul kalam, saya menyeru kepada semua akhwat untuk sama-sama kita membudayakan sikap rajin dalam harakah kita. Harakah adalah gerakan. Oleh itu, kita hendaklah memastikan diri kita dalam keadaan bergerak. Kalau hendak bergerak tidak boleh malas. Sebab kalau kita malas kita bukan bergerak, tetapi kita adalah pegun. Ayyuhal akhwat, ayyuhal shabab..hayya bil jihad, hayya bil tidak malas-malas. Saya akhiri dengan sebuah pantun. Rajin-rajin hari-hari, hari-hari rajin-rajin, jangan asyik malas-malas, bermalas-malas jangan sekali.
Wassalam.

0 comments: