? ??????????????Spongebob? ????? ?? ???Rating: 4.3 (41 Ratings)??35 Grabs Today. 9593 Total Grabs. ??????P
review?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????Do You Feel Lucky?? ????? ?? ???Rating: 4.8 (23 Ratings)??33 Grabs Today. 6636 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Lil BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, October 10, 2007

Adawiyah bukan pemalas

Pemalas. Bukan susah untuk jadi pemalas dan bukan susah juga untuk jadi orang yang rajin. Apa yang penting adalah saya sendiri perlu sedar bahawa kenapa saya hendak sulitkan hidup dan kerja saya kerana saya tidak mahu jadi pemalas dan SAYA BUKAN PEMALAS. Jika saya sendiri tidak mampu menguruskan diri sendiri, mana mungkin saya mampu mengurus orang lain. Namun, saya ingin sekali menjadi dai’ dan murobbiah yang sukses, yang mampu mengurus dan membina orang lain. Tetapi, untuk itu saya tidak boleh menjadi pemalas dan saya bukan pemalas.
Baginya (manusia) ada malaikat-malaikat yang selalu menjaganya bergiliran, dari depan dan belakangnya. Mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap suatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya dan tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia.
(Surah Ar-Ra’d, 13:11)
Saya bukan bertanggungjawab dan berperanan hanya kepada diri sendiri tetapi juga kepada orang lain. Saya perlu berusaha untuk mengubah tingkahlaku saya yang tidak melambangkan saya punya peranan yang besar di muka bumi Allah ini saya boleh menyumbang sesuatu untuk dakwah. Hidup dalam jalan dakwah ini jalan yang mudah. Banyak ranjau dan ujian dan perjalanan adalah panjang. Bagaimana seorang yang bersikap malas dan lemah mampu mengikuti jalan yang panjang dan berliku? Gentar bila memikirkan perkara ini. Semua yang berlaku atas kehendak Allah juga dengan usaha dan doa kita. Teringat satu buku yang saya baca, jika tidak salah tajuknya “Problematika umat” (maaf jika salah). Dalamnya tertulis dai’ ini ibarat doktor yang mengubati pesakit, yang berusaha mencari penawar untuk pesakitnya. Dalam konteks kehidupan yang saya lalui sekarang, sesuailah kiranya para dai’ bertungkus lumus berusaha untuk mengubati umat Islam yang semakin sakit dengan ghazwul fikr atau yang jelasnya sekarang hiburan yang melampau dan budaya dan cara hidup yang semakin jauh dari cara hidup Islam.
Jadi sebagai seorang pakar atau doktor yang memikirkan dan berusaha untuk mengubati pesakitnya tentu tidak wajar jika wujud rasa malas dan putus asa dalam perjalanan usahanya. Jadi saya bukan pemalas kerana saya ingin sekali menjadi seorang doktor yang peka dengan sakit yang dialami oleh objek dakwah. Tidak mungkin saya ingin membiarkan kepudaran nilai-nilai yang baik dalam diri dan menggilap nilai-nilai yang buruk dalam diri terutamanya sikap malas.
Bila sikap malas wujud dalam diri, maka secara tidak langsungnya akan timbullah sikap suka bertangguh. Akibatnya setiap perkara yang dirancang tidak dapat dilaksanakan mengikut yang dijadualkan. Murabbiah saya pernah berpesan bahawa kita perlu sentiasa bersedia kerana hidup kita bukan seperti sebelum ditarbiyah dan bukan macam orang lain yang bersenang-lenang dan releks. Jadi, tidak sesuailah jika saya bersikap malas. Jika sikap malas dan bertangguh kita menyebabkan kerja orang lain juga tergendala, ini lebih mudarat.
Semua kerja hendak mudah, semua kerja hendak senang. Sedangkan banyak perkara yang perlu dilakukan. Saya sedar yang bukan semua yang kita mahu kita akan dapat dengan mudah dan kita tidak boleh biarkan diri kita terlalu selesa dan manja. Jalan dakwah ini tidak begitu.
Sekiranya (yang kamu serukan kepada mereka) ada keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, niscaya mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu terasa sangat jauh bagi mereka. Mereka akan bersumpah dengan (nama) Allah, “Jika kami sanggup niscaya kami berangkat bersamamu.” Mereka membinasakan diri sendiri dan Allah mengetahui bahawa mereka benar-benar orang-orang yang berdusta.
(Surah At-Taubah, 9:42)
Jalan dakwah bukan mudah dan jalannya adalah panjang.
Kesimpulannya adalah saya tidak mahu jadi pemalas dan saya bukan pemalas. Saya juga berharap saya akan terus konsisten dalam semua perkara yang saya buat. Moga doa kita semua dimakbulkan dan usaha kita diberkati oleh Allah.

0 comments: